Siapa tu Ailee? Malas nak citer panjang,,leh refer sini..
Aku suka bila dia cover lagu BEAST-On Rainy Days,,Sebagai penyanyi perempuan,dia telah mampu cover lagu ni dengan versi tersendiri dan skill rap nya sangat mengkagumkan..Version ni aku rasa lagi sedih..Let's check out..
Dah lama rasanya aku tak buat resensi buku dalam blog ini.Pernah baca "Negeri 5 Menara"? Karya ini dihasilkan oleh A.Fuadi,mengisahkan seorang remaja,Alif Fikri dalam menjalani hari-hari kehidupannya sebagai seorang pelajar di Pondok Madani.Pondok Madani ini diiinspirasi daripada Pondok Gontor.Aku difahamkan ada juga pelajar Malaysia di sana.Mungkin kalau ada ibu bapa berminat menghantar anak belajar ke sini,boleh ikuti facebook Pondok Modern Darussalam Gontor.Pengalaman penulis yang bergelar pelajar di Pondok Gontor ini diceritakan melalui watak Alif dan rakan-rakannya.Novel ini juga telah diadaptasi ke filem,untuk mendapat gambaran lebih jelas,boleh tonton filem ini di youtube.
Seusai membaca novel ini,aku rasakan wahhhh!!..Aku sangat ingin bersekolah di tempat serupa ini!Disiplin yang diterapkan di pondok ini sangat kena dengan jiwa aku.Pondok ini bukan sekadar sekolah agama atau pesantren biasa yang hanya tempat belajar ilmu agama,malah lebih daripada itu.
Pelajar di sekolah ini diwajibkan bertutur bahasa Arab dan bahasa Inggeris sahaja,bahasa Indonesia dilarang sama sekali kecuali ketika cuti persekolahan.Malah,cara pengajaran bahasa asing di mana perlu menghafal setiap kali solat Subuh dan adanya penggerak bahasa(macam "pengawas" kut) menjadikan penguasaan bahasa Arab dan Inggeris tidak mustahil dicapai.Aku kadang-kadang malu dengan keupayaan diri yang masih kurang mampu bertutur bahasa Arab dengan baik,terutamanya apabila berdepan dengan pelajar dari negara Arab pabila berjumpa di fakulti.Padahal,hampir 10 tahun belajar bahasa Arab sejak sekolah menengah,apatah lagi mengambil jurusan bahasa Arab kini.
Aku juga suka kegiatan kokurikulum di pondok ini.Kegiatannya bukan biasa seperti yang terdapat di Malaysia,malah sangat luas.Boleh belajar muzik,teater,(dua-dua ni aku suka..hehe..),ada kelab debat,perpustakaan,Tahfizhul Quran,kewartawanan,silat,diskusi ilmiah,nasyid, sukan mencakupi semua jenis sukan.Wah,heaven! Memang tak kan rasa bosan sekolah macam ni kan..Bagi melatih kemahiran komunikasi pula,aktiviti pidato bahasa Inggeris dan bahasa Arab diwajibkan kepada semua pelajar mengikut giliran.
Last but not least,yang ni aku suka.Bagi pelajar tingkatan enam pula,mereka akan membuat satu persembahan berskala besar pada tahun terakhir persekolahan mereka dinamakan Six Class Show.Dalam persembahan ini,terangkum semua cabang seni,teater,muzik, dan nasyid.Aku usha-usha youtube,,perghh!! memang gempak,kalah show kat Istana Budaya.Siapa kata pelajar sekolah agama tak boleh terlibat dalam cabang seni,jika kena cara dan diberi peluang,lagi gempak pulak kan!
Tengok ni,gempak kan!
Kalau dah masjidnya besar ni,boleh bayang la berapa ramai pelajar pondok ni..
p/s:Novel ni aku suka baca pabila perlukan motivasi untuk belajar.
''Eksperimen merupakan aspek paling penting dalam ilmu kimia.Nilai ilmu kimia tidak diakui oleh apa yang dibacanya melainkan telah diuji dan dibuktikan melalui eksperimen.''
''Kunci untuk memahami struktur logam,bahkan untuk semua benda,ialah al-mizan atau keseimbangan''
Kata-kata ni aku jumpa semasa membaca dan mengkaji artikel tentang Jabir ibnu Hayyan,seorang ilmuan Islam dahulu kala yang pakar dalam bidang ilmu kimia.Tugasan ini pula terangkum dalam subjek Sains & Teknologi dalam Tamaddun Islam,antara subjek elektif yang ditawarkan untuk pelajar pengkhususan sejarah di jabatan aku.
Bila ambil subjek ini,terasa kembali ketika zaman ambil SPM,sebab aku dulu aliran sains agama.Bila belajar sains daripada sudut sejarah ni,makin menarik pula.Betapa banyaknya ilmu sains masa kini telah dimulakan dan dipelopori oleh ilmuan Islam dulu kala. Ibnu Sina (perubatan),Al-Khawarizmi (matematik), Al-Zahrawi(pembedahan), sekadar menyatakan beberapa nama begitu unggul dalam pelbagai bidang kajian di samping mereka kelihatan menyerlah dalam bidang tertentu.
Satu lagi tugasan ialah aku perlu menyiapkan sebuah artikel bertajuk ''Peringkat Perkembangan Sains & Teknologi zaman Bani Umayyah di Damsyik".Nah,di sini kesukaran bermula.Disebabkan kerajaan ini kerajaan terawal dalam tamadun Islam,maka perkembangan ilmu sains baru bermula.Tidak banyak rekod sejarah perkembangan tentang sains didapati.Aku banyak menemukan fakta yang berulang.Semua rujukan dalam bahasa Inggeris ditambah pula hanya ilmu perubatan,kimia, dan farmasi yang dilihat sedikit bermula.Aku rasa dah macam pelajar perubatan apabila senarai rujukan aku hampir kesemuanya ada perkataan "medical,pharmacy,chemistry"...haha..Ilmu ini dilihat berkembang di peringkat awal kerana berkait rapat dengan keperluan masyarakat dalam menjaga kesihatan ketika itu.
Subjek ini sungguh menarik ditambah dengan pensyarah yang sangat 'sporting'.Malah,kami dibawa melawat ke Kompleks Falak al-Khawarizmi,salah satu kompleks falak di Malaysia yang terletak di Melaka.Kami berpeluang mencerap matahari,(bulan tak dapat sebab hujan),diajar sedikit cara membaca peta bintang,serta cara menentukan arah kiblat.Kajian lapangan sebegini membuatkan subjek ini lebih menarik.Terima kasih kepada Prof Madya Dr Roziah Sidik kerana berjaya membuatkan kami menelusuri subjek ini dengan rasa teruja dan seronok.
Pada minggu terakhir semester,Dr Roziah telah mengemukakan persoalan kepada kami,"Adakah faktor-faktor kegemilangan sains teknologi tamadun Islam dahulu dapat diaplikasikan zaman sekarang?"
Hasil perbincangan kami ialah;
Gerakan penterjemahan giat dilakukan daripada bahasa asing ke bahasa ibunda.Melihatkan bahasa Inggeris sekarang yang menjadi 'lingua franca',menyebabkan faktor penterjemahan ke bahasa ibunda kini sukar diaplikasikan.
Integrasi antara ilmu naqli dan aqli dilakukan.Walaupun sudah ada usaha dilakukan di peringkat sekolah menengah dengan diwujudkan aliran sains agama,namun ia seakan tiada ksesinambungan apabila di peringkat universiti kerana sistem sedia ada lazimnya menumpukan kepada satu-satu bidang sahaja.
Perlunya ada orang perseorangan atau badan bukan kerajaan yang menyokong dari segi pengeluaran dana untuk sebarang projek penggalakan bidang sains dan teknologi.
Semester 5 sudah pun berakhir.Tinggal satu semester sahaja lagi aku di bumi UKM ini bagi menghabiskan pengajian ijazah sarjana muda.Moga Allah permudahkan.
p/s:Subjek terakhir semester depan,Sastera Arab Moden,Sejarah Kesenian Islam,dan Sejarah Pemikiran Politik Islam dan tesis berkaitan kerajaan Islam terakhir di Sepanyol,kerajaan Granada.
Pabila masuknya bulan Januari,bermakna musim peperiksaan akhir bagi kebanyakan pelajar IPTA pun bermula.Sem 5 ni aku ada 2 paper je,,bunyi macam heaven,tapi tak jugak,sebab bila ada sikit je paper utk exam,bermakna aku ditimbuni tugasan yang menimbun bagi subjek lain yang ditiadakan final exam tu..Haruslah kan,tugasan banyak sebab nak cover markah untuk penilaian subjek,takkan senang-senang lecturer nak bagi markah free,,hehe..
Subjek Wajib Fakulti aku tinggal satu je untuk dihabiskan iaitu subjek Pemikiran Islam Semasa.Subjek ni terletak di bawah pengkhususan Jabatan Usuluddin & Falsafah.Bagi aku subjek ni menarik untuk diikuti walaupun boleh dikatakan majoriti pelajar kurang suka disebabkan perlu memerah otak memahami pelbagai aliran pemikiran.Dalam subjek ni,kami mengenali pelbagai aliran pemikiran seperti gerakan Islah, reformisme,tradisionalisme,pluralisme,liberalisme dan macam-macam -isme yang lain.Subjek ni penuh dengan falsafah yang tersirat.
Kami juga mempelajari biografi beberapa orang tokoh seperti Syed Muhd Abduh,Malik Bennabi,Jamaluddin Al-Afghani serta ulama masa kini yang tidak asing lagi,Syeikh Yusof Al-Qardawi.Aku tertarik dengan teori peradaban dan ketamadunan oleh Malik Bennabi.Dah namanya pun aku ni budak sejarah,memang senang tertarik dengan teori-teori macam ni..hehe..Boleh rujuk latar belakang beliau di sini..
Antara teorinya ialah:
Dua Asas Pembinaan Peradaban iaitu:
Memahami Teori Pembangunan Tamadun
Membina Semula Kebudayaan Masyarakat Islam
Menurut Malik lagi:
Masyarakat Islam sedang berdepan dengan masalah peradaban.
Kehilangan peradaban ialah punca hilangnya peranan masyarakat Islam dalam sejarah hari ini.
Pembangunan semula peradaban ialah asas kemajuan semula masyarakat Islam.
Peradaban adalah ‘sumber’. Dari sumber peradaban, maka lahirlah pencapaian-pencapaian dalam bentuk produk-produk ketamadunan pelbagai bidang kehidupan i.e sosial, ekonomi dan politik.
Peradaban melahirkan masyarakat pencipta. Mereka mencipta pelbagai produk ketamadunan untuk keperluan seluruh warga masyarakat. Mereka tidak lagi bergantung kepada produk ciptaan peradaban lain bagi memenuhi keperluan kehidupan warga masyarakatnya.
Akhir kata,aku nak kongsi kata-kata daripada Ibnu Khaldun,tokoh sejarawan yang terkenal:
“Throughout history many nations have suffered a physical defeat, but that has never marked the end of a nation. But when a nation has become the victim of a psychological defeat, then that marks the end of a nation.”
Rasa nak balik rumah tetiba bila dengar lagu ni..Padahal liriknya tak de la bersangkut-paut pun,,huhu..mungkin sebab musim final exam..Jom layan..Aku prefer versi unplugged sebab lagi terasa deep ditambah lagi ada part rap..
Kenapa aku wish nak bilik macam ni? Sebab semua contoh gambar bilik macam ni dilengkapi rak buku dan meja belajar yang sangat kemas.Disebabkan aku ni punya koleksi buku sendiri kat rumah,how I wish I can put and arrange them neatly in my room.I love to see all my books collections in my room instead in living room.Bak kata Hlovate dalam novel 5 Tahun 5 Bulan,,
“My books are my staple diet. As serious as insulin doses for those who are diabetics!”
Meja belajar pulak sebab aku pun seorang yang sangat bergantung kepada laptop untuk buat semua kerja berkaitan akademik,photoshop,video editing,blogging,internet surfing,tu tak masuk maraton drama korea,Running Man,Superman is Back lagi..hehe..Jadi,aku sangat perlukan meja belajar yang selesa untuk aku bercinta dengan laptop aku setiap hari,,
Kalau ada bilik macam ni kat rumah,memang aku tak kisah kalau tak keluar pergi jalan-jalan kut,,cukup ada koleksi buku aku dengan laptop,dah boleh buat aku tak keluar bilik,,hehe..
Hobi aku ialah membaca.Tapi,rasanya dah bukan hobi kut sebab hampir setiap hari aku akan luangkan masa membaca buku dan juga blog.Ada beberapa blogger yang aku follow dan kebanyakannya ialah penulis buku atau orang yang terlibat dalam dunia sastera seperti Nisah Haron dan Ummu Hani Abu Hassan.Saudari Ummu Hani sekarang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah di Korea.Boleh ikuti coretan pengalaman kehidupan beliau di Korea dalam blognya.Disebabkan mereka ini orang sastera,jadi gaya penulisan blog mereka lebih menarik untuk dibaca jika dibandingkan dengan blogger biasa.
Namun,keunikan blogger terkenal lain bagi aku ialah pengalaman hidup.Semua orang ada cerita hidup yang berbeza dan kisah hidup mereka ini bagi aku boleh dijadikan inspirasi untuk aku berjaya.
FL dan Maria Elena
Kebelakangan ini,aku suka baca blog Maria Elena.Orang lain dah lama kenal dia ni,aku baru je nak kenal,But,it's better late than never,right? Aku terinspirasi bila baca coretan sis Maria ni tentang pengalamannya daripada seorang yang tidak berhijab kepada berhijab.Sungguh lah,,hidayah itu Allah yang pegang.Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu untuk mula berhijab,boleh baca pengalamannya di sini..
Suka dengan perubahan Maria Elena ni..
Oh ya,macam mana aku boleh kenal Maria Elena ni? Aku kenal sebab Fatin Liyana(FL) adik ipar dia..hehe,,dan FL selalu cerita tentang Maria ni dalam blog dia dan membuatkan aku ingin lebih mengenali Maria Elena ni.FL pula aku suka baca sebab gayanya sangat sempoi bila menulis dan berjaya buatkan aku ketawa sorang-sorang dalam bilik plus FL ni student medic kat UKM KL dan baru konvo tahun ni.Aku suka baca entri FL ni tentang resipi-resipi ringkas terutamanya western food sebab aku suka memasak..Simple dan mudah diikut resepi FL ni..Boleh check out resepi FL dalam blognya.. Kredit gambar daripada blog FL dan fb Maria Elena..
Haha,,nak gelak pun ada tengok poster ni,,aku rasa aku ni jenis AB,,terlalu mudah menjadi bosan,,actually,aku ni jenis study sambil dengar something,contohnya muzik atau drama,,ya,,dengar drama,bukan tengok drama,aku dengar je dialog yang dituturkan oleh para pelakon sambil study,,
Kalau muzik,aku prefer instrumental bagi subjek yang perlukan kefahaman dan hafalan,instrumental means hanya muzik tanpa suara penyanyi..Antara instrumental yang aku suka:
Kalau subjek yang tak berat sangat,aku main hentam je dengar lagu apa-apa pun,,korea,nasyid,hindi,english,melayu,rock kapak,,semua pun aku dengar ikut mood,,by the way,music is universal! Kalau korang tak sesuai cara study macam ni,,jangan ikut ye..
Blog yang macam-macam ada.Seorang yang bookaholic, suka muzik,layan drama,belajar macam-macam bahasa (tahu sikit-sikit je sebab secara tak formal),suka masak (walapun tak pandai mana),suka travel (walaupun tak pernah travel betul-betul lagi),dan menulis bila ada mood.Salam perkenalan....