Saturday, October 29, 2022
Wednesday, May 11, 2022
Monday, February 14, 2022
Review When the Weather is Fine
Review K-Drama
Kalau anda inginkan drama yang slow-pace dan dijamu mata dengan sinematografi kawasan luar bandar yang menarik, anda mesti tonton drama ini. Vibe cerita ini pun rasa macam kita pun berada di musim sejuk sambil menghirup kopi memandang tepi tingkap, gitu..OST dan instrumental drama ini pun semua best, sesuai dengan latar musim sejuk tu.
Lakonan Park Min-young (Mok Hae-won) dan Seo Kang-joon (Im Eun-seob), cerita ini bermula dengan watak Mok Hae-won pulang ke kampungnya ketika musim sejuk akan bermula. Disebabkan lelah dengan kehidupan bandar, Hae-won pulang ke kampungnya dan menetap bersama ibu saudaranya.
Drama ini menarik bagi aku sebab menunjukkan kehidupan yang tenang di desa tanpa hiruk pikuk kota metropolitan seperti di Seoul.Watak Eun-seob pula mempunyai kedai buku kecil yang cantik dan cozy, Good Night Bookstore. Bertambah menarik, di kedai buku Eun-seob ini lah mereka wujudkan Kelab Buku yang akan berkumpul membincangkan pelbagai genre buku. Hae-won diajak menyertai Kelab Buku tersebut oleh rakan lama beliau, yang juga sekelas dengan Hae-won dan Eun-seob, iaitu Lee Jang-woo dipegang oleh Lee Jae-wook.Bagi peminat Kdrama yang juga bibliophile, pasti suka scene perbincangan Kelab Buku mereka ini.Banyak puisi dan cerita yang best aku dapat tahu daripada scene gathering Kelab Buku mereka ni.
Cerita ini juga mengisahkan bagaimana watak Hae-won dan Eun-seob ini berdamai dengan masa lalu.Masing-masing watak ini mempunyai cerita masa lalu yang membuatkan mereka agak sukar menempatkan diri dalam masyarakat dan lebih banyak menyendiri.Watak-watak sampingan dalam drama ini juga berjaya menambah rencah cerita ini seperti watak adik Eun-seob, ahli-ahli Kelab Buku daripada pelbagai peringkat usia, serta watak Jang-woo. Aku suka watak Lee Jae-wook dalam drama ini yang kecoh dan baik dengan kawan-kawannya, berbeza betul dengan watak Lee Jae-wook dalam Extraordinary You yang stress aje, haha..
Ahli Kelab Buku Good Night BookstoreKesimpulannya, jika anda inginkan drama bergenre slice of life, healing, sinematografi luar bandar yang cantik, dunia buku, kehidupan yang tenang, sila lah tonton drama ini, dan anda tidak akan menyesal.
Sunday, November 28, 2021
Review Perempuan dari Masa Lalu oleh Wafa Awla
Sudah lama, Malaysia tiada buku puisi yang menjadi best seller seperti ini. Bacalah, dan anda akan mengerti mengapa buku ini menjadi best seller. Puisi yang ditulis saudari Wafa Awla ada jiwa, dan mudah difahami oleh semua orang. Hal ini mungkin kerana coretan yang dinukilkan pernah dihadapi oleh semua orang dalam meniti usia kedewasaan.
Antara puisi kesukaan aku dalam buku ini ialah Monolog: Pagi, Ketika Seorang Lelaki dan Perempuan, Sebuah Kota dalam Dada, Monolog: Syurga ialah Rak Perpustakaan dan Seorang Perempuan dari Masa Lalu.Aku kongsikan sedikit bait-bait yang aku suka daripada buku ini:
- Monolog: Pagi
Ajaibnya pagi, ia selalu hadir sebagai sebuah petanda harapan masih lagi ada.
- Sebuah Kota dalam Dada
Di kotaku, hanya di kotaku, kami terlupa cara menjadi gembira
Kami bisu yang cuma mereka-reka bahagia.
- Monolog: Syurga ialah Rak Perpustakaan
Barangkali syurga akan seperti rak-rak buku penuh di perpustakaan.
Kata-kata berpesta berusaha menjarakkan kesunyian.
Boleh juga dengarkan bacaan puisi tersebut di Spotify:
Tahniah kepada penerbitan @inibukujiwa kerana menerbitkan buku seumpama ini. Aku pasti akan mendapatkan buku puisi daripada Wafa Awla lagi selepas ini. 😃
Friday, October 15, 2021
30 Day Song Challenge - Day 14
Hari ke-14 - is an all-time favourite.
Pilihan aku ialah Amy Mastura - Jawapan Kasih. Walaupun lagu ni release masa aku baru umur 2 tahun, tetap lah jadi kesukaan aku sampai sekarang. First time aku dengar lagu ni dalam filem lakonan Amy Mastura, terus melekat sampai sekarang. Malah dalam Spotify playlist aku, lagu ni jadi all-time favourite playlist aku.Sebab apa suka lagu ini? Tak tahu lah kenapa, muziknya yang catchy dan light, jadi sedap je didengar.
Thursday, October 14, 2021
30 Day Song Challenge - Day 13
Hari ke-13 - would be the anthem of your childhood.
Pilihan aku ialah Ella - Rama-rama. Walaupun lagu ni release tahun 2007 di mana waktu ni aku dah form 3, kiranya bukan zaman childhood dah pun, aku tetap pilih lagu ni untuk menjadi simbol zaman kanak-kanak dan remaja aku.
Kenapa aku pilih lagu ni untuk menggambarkan zaman kanak-kanak dan remaja aku? sebab aku seumpama rama-rama, yang ingin nak bebas menjelajah seluruh dunia. Umur di mana aku dah mula kena galas tanggungjawab sebagai pelajar dan anak sulung harapan keluarga. Banyak benda aku pendam dan terpaksa korbankan.Aku ibarat rama-rama dalam lirik lagu ini, ingin bebas tanpa fikir tanggungjawab yang aku kena galas.
Seumpama rama-rama
Terbang bebas di udara
Tanpa ada halangan
Aman damai suka-suka
Riang ria tanpa ada
Rasa duka sengketa
Rama-rama
Terminal yang pasti satu fitrah hati
Kerana yang sejati tiada kekal lagi
Terbanglah ke sini mencari abadi
Terbanglah ke mari mencari hakiki
Wednesday, October 13, 2021
30 Day Song Challenge - Day 12
Hari ke-12 - you have heard live (or would like to).
Pilihan aku ialah Super Junior - The Crown dan GFRIEND - Labyrinth. Dua-dua lagu ni aku teringin nak dengar versi live.
Seterusnya, lagu GFRIEND iaitu Labyrinth. Lagu ni macam tunjuk betapa elegan dan badass kumpulan ni. Tapi sayangnya, depa dah disband. Jadi, lagu ni hanya pernah ada persembahan kat music show, tak sempat ada versi konsert dan music awards.
Betapa synchronised nya tarian depa untuk lagu ni.
Tuesday, October 12, 2021
30 Day Song Challenge - Day 11
Hari ke-10 - is by an artist no longer living.
Pilihan aku ialah semua lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan juga duetnya bersama Allahyarhamah Puan Sri Saloma.
Antaranya ialah:
1. Jangan Tinggal Daku (filem Ibu Mertuaku 1962)
2. Tiada Kata Secantik Bahasa (filem Anakku Sazali 1956)
5. Ilham Tiba (filem Nasib Do Re Mi 1966)
Monday, October 11, 2021
30 Day Song Challenge - Day 10
Hari ke-10 - calms you down.
Pilihan aku ialah Kyuhyun - Album Fall, Once Again (2015).
Ada 3 lagu dalam album ni yang buat aku feeling tenang-tenang. Vibe konon-konon sambil bunyi hujan dan minum kopi gitu, hehe. Lagu Wind, Piano Forest dan Autumn Sleeves. Siapa yang suka lagu-lagu ala-ala musim luruh yang tenang, dengar la lagu Kyuhyun. Kebanyakan lagu dia vibe tenang gitu. Sebab tu E.L.F pun gelarkan dia suara musim luruh. Kalau Ryeowook suara musim panas sesuai vibe ceria, Yesung pulak suara musim sejuk, vibe sedih sendu je sebab biasanya kan orang tak berapa aktif waktu tu. Ni semua E.L.F yang labelkan, haha..Kalau dah biasa dengar lagu dan suara trio KRY, confirm korang pun akan setuju dengan statement ni.
Wind versi live Autumn SleevesPiano Forest versi live
Sunday, October 10, 2021
30 Day Song Challenge - Day 9
Hari ke-9 - few people know, but you love.
Pilihan aku ialah GFriend - L.U.V & La pam pam.
Kali ni dua lagu GFriend aku suka. Dua-dua lagu ni bukan title tracks, side tracks je, so aku assume kalau bukan Buddy tegar, tak kan tahu lagu ni. Oh silap, La pam pam tu title track bagi album Jepun depa ni. Sayang betul diorang ni disband, semua berbakat, dan lagu depa pun ada identiti sendiri, means kalau kita dengar, kita tau tu lagu depa. Sekarang semua dah bawa haluan masing-masing ke company berbeza.
L.U.V Versi konsert












.jpg)
.jpg)


