Aku tak tahu kenapa aku suka lagu ni. Bagi aku, susunan muzik dan lirik lagu ni lain daripada lagu-lagu lain. Tajuk pun rare kan. Sebab tajuk lagu ni la, aku kaji apa tu aurora dan kebetulan belajar dalam subjek Sains sekolah menengah.Lagu ni muncul masa aku sekolah menengah. Setiap kali aku dengar lagu ni terutama kalau pakai headphone, vibe dia rasa macam kau sedang menjelajah angkasa gitu, macam berada di dunia lain.Tak tahu nak describe macam mana lagi, hangpa dengaq la sendiri ya.
Kdrama OST (Instrumental) When the Weather is Fine.
Banyak lagu instrumental drama ni aku suka. Vibe drama ni pun menenangkan je. Time musim sejuk kat luar bandar, jadi sinematografi pun cantik. Tambah pula instrumental drama ni semua best dan kena dengan jalan cerita.Aku kongsi beberapa instrumental drama ni yang aku suka.
Lagu legend ni kot. Terbit tahun 2009. Memang cannot resist nak menari bila dengar lagu ni.Sesuai jugak lagu ni utk exercise dan workout. Step lagu ni pun tak de la susah mana nak ikut, mungkin susah sikit pun part dance break tu.
Hari Keempat - is by an artist you want to hang out with.
μνΌμ€ν (Superstar) - Mido and Falasol
Aku pilih Mido and Falasol, pelakon utama dalam Kdrama Hospital Playlist. Sifat mereka yang berbeza melengkapi satu sama lain sebagai seorang rakan. Mesti best dapat lepak dengan kawan-kawan macam ni.
Walaupun Malaysia tak ada musim panas, aku pilih lagu ni sebab MV nya pun ada vibe musim panas.Lagu yang mula-mula kenalkan aku dengan kumpulan ni. Walaupun diorang dah disband, lagu-lagu diorang aku masih setia dengar. Lagu diorang sangat sedap dan berkualiti hatta side tracks sekali pun.
Semenjak lagu ni release minggu lepas, hari-hari aku dengar. Macam lagi sedap yang cover dari versi asal dari segi susunan muzik. Paduan suara Afieq dan Tajul pun sesuai dan melengkapi satu sama lain.
Jarang-jarang aku tonton drama Jepun. Satu hari di kala aku bosan-bosan, aku go through Mydramalist, terjumpa drama ni dalam list genre slice of life. Episod pun sikit, dalam 8 episod. Satu episod dalam 40 minit lebih je, maka aku pun decide tengok.
Coffee Ikaga Deshou tu maksudnya "Would you like some coffee?"
Bila dah habis tengok, kenapa la tak jumpa drama ni dari awal. Aku dah tengok drama ni masa bulan 8. Sekarang baru rasa nak buat review sempena hari kopi sedunia. Drama ni mengisahkan Hajima Aoyama, seorang tauke yang ada coffee truck. Berbanding ada coffee house yang tetap, dia lebih suka run secara truck dan setiap seminggu, dia akan pindah ke tempat lain. Kenapa dia suka pindah-pindah, kena la tengok.
Setiap episod, akan ada penerangan tentang jenis kopi yang berbeza. Seni setiap kopi pun diterangkan. Kenapa la drama best macam ni 8 episod je, huhu. Ada special episode tak silap aku, tapi belum jumpa yang english subs lagi. Kena tunggu subs pulak.
Drama ni bukan cerita tentang kopi je, ada jugak tentang pengajaran hidup, watak hero ni pun misteri. Tak rugi tengok bagi sesiapa yang suka drama slice of life.
Blog yang macam-macam ada.Seorang yang bookaholic, suka muzik,layan drama,belajar macam-macam bahasa (tahu sikit-sikit je sebab secara tak formal),suka masak (walapun tak pandai mana),suka travel (walaupun tak pernah travel betul-betul lagi),dan menulis bila ada mood.Salam perkenalan....