Tuesday, December 6, 2016

I'm a Korean That Wears a Hijab



Episod Hello Counselor kali ni mendengar masalah seorang wanita Muslim asal Uzbekistan yang telah menetap di Korea selama 8 tahun.Hong Hana menghadapi diskriminasi segelintir masyarakat Korea yang menyuruh beliau agar membuka hijab malah dituduh terrorist.Membesarkan dua orang anak selepas penceraian dengan warga Korea bukan lah senang.Malah, anak beliau turut mengalami diskriminasi sedangkan terang-terangan anak sulungnya berwajah Korea.

Menarik episod ini kerana Hong Hana telah membawa ke kaca televisyen nasional Korea Selatan tentang imej Islam sepatutnya.Dan pengacara rancangan ini pun memohon pengertian orang ramai agar tidak wujud diskriminasi sebegini lagi dan memahami perbezaan dengan agama lain.

Kesusahan yang ditanggungnya walau bagaimanapun tidak menghalangnya berjumpa dengan orang-orang yang baik membantunya mendapatkan pekerjaan.Beliau bekerja sebagai penterjemah di balai polis.Beliau boleh bercakap dalam 4 bahasa, Korea, Inggeris, Uzbek dan Rusia.

Semoga beliau diberikan ketabahan menempuhi hari-hari mendatang....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...