Saturday, August 25, 2012

Ukhuwah Itu Manis 3


Salam mahabbah..Dah lama nak sambung entri tentang kawan-kawanku kat SMSSI,tapi tak buat-buat jugak..So,nilah sambungannya..

Nak tahu macam mana aku boleh tercampak kat bumi Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar,Mersing ni,boleh tengok entri ni..Aku rasa ukhuwah kat sini lebih erat mungkin sebab semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama.Ye la,balik asrama ke,pergi sekolah ke,muka-muka yang sama jugak yang kita jumpa..Walaupun 2 tahun je aku menuntut ilmu kat sini,tapi ukhuwah dengan kawan-kawan kat sini sangat terasa sampai sekarang.
·     
    
  •       Rabiatul Adawiyah bt Mohamad-Wiwi.

     Yang ni memang BFF sampai la ni.Masa aku kenal dia kat SMKAJB takdelah rapat mane pun,just kenal gitu-gitu je.Tapi tu la kan,takdir menentukan bahawa aku sekelas dengan Wiwi masa kat SMKAJB dan masih sekelas juga mase baru pindah SMSSI masa form 4.Mase form 5 je,kami terpisah gara-gara ‘ranking’ peperiksaan.Hehe.Dia bijak pandai dalam ‘science stream’ jika nak dibandingkan dengan aku.Dia agak sensitif jugak la,selalu jugak gaduh dengan dia(mungkin sebab anak bongsu kut,hehe,asif Wiwi!),tapi dia macam jugak Fit dengan Azni,tak takut-takut nak tegur aku jika aku ada buat salah.Tu baru betul sahabat!Banyak perbezaan sifat dan perangai sebenarnya antara aku dengan Wiwi,tapi tu la kan,perbezaan itu yang melengkapkan persahabatan kami.Aku suka bincang pasal isu semasa dengan dia nak-nak isu sukan.Banyak-banyak kawan,dengan dia aku boleh bincang pasal sukan,nak-nak badminton dan bola sepak.Sangat rindu kan dia!Sekarang dia sedang merantau di bumi Perlembahan Nil(Iskandariah,Mesir) dan bakal bergelar doktor lagi 3 atau 4 tahun..Hehe..Chaiyok Dr!

·         Saidatul Masitah bt Mohd.Shahridin-Sai

Ada jugak kawan kat SMSSI yang aku dapat panggil Sai selepas aku berpisah dengan Saidatul Akmal yang aku tinggalkan kat SMKAJB.Hehe..Die memang asal sekolah sini sejak form 1.Banyak-banyak pelajar lama kat sini,aku memang boleh cam dia dengan cepat sebab dia sorang je pakai tudung labuh.Peribadinya sangat baik.Aku tak pernah jumpa orang macam dia.Dia sentiasa berbaik sangka dengan semua orang.Bagus ada kawan macam Sai ni,peribadinya buat kita rasa nak jadi baik jugak.(aku ni nakal sikit,hehe).Cita-cita dia nak jadi ustazah memang akan tercapai sebab sekarang dia belajar kat Institut Pendidikan Guru(IPG) kat Batu Pahat pengkhususan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Ni gambar official batch aku..

  •  Aminatulmunawwarah bt Mustafa Kamal-Moena
           Moena ni pun budak ‘second intake’ sama dengan aku dengan Wiwi.Aku,Wiwi, dengan Moena ditempatkan di kelas yang sama masa mula-mula daftar iaitu kelas 4 As-Thaqafah.Rumah Moena ni dekat je dengan sekolah.Disebabkan dia anak jati Mersing,banyak jugak lah mintak tolong dengan dia kalau nak beli barang ke atau tanya jalan area Mersing.Cantik dia ni!Muka ala-ala Cina sikit.Dia pandai melukis.Kalau subjek Sejarah,dia siap buat peta minda dan komik setiap bab dalam Sejarah tu,dah jadi macam buku Komik Sambil Belajar Sejarah yang ada jual kat pasaran tu.Dia selalu berangan(ye ke berangan,bercita-cita kut) nak sambung belajar kat Mesir.Memang tercapai pun cita-cita dia apabila dia sekarang belajar bidang farmasi kat Mansoura,Mesir.



·         Nadhirah Razanah bt Shahrol-Nad

       Yang Nad ni aku tak tahulah macam mana boleh rapat dengan dia.Dahla aku baru kenal dia masa kiteorang ada ‘camping’ kat Pulau Besar mase form 4 yang melibatkan 4 kelas masa tu.Aku baru tahu dia tu ‘wujud’ mase tu(hehe..sori Nad).Sai yang kenalkan kiteorang kalau tak silap.Best kawan dengan Nad sebab perangai gila-gila sikit kut.Satu lagi persamaan kiteorang ialah sama-sama berasal dari kelas KAA sebelum tercampak kat bumi Mersing ni.Firasat aku tentang dia dan firasat dia tentang aku sama kuat dan tepat.Hehe.Dia pernah ‘target’ aku kena ‘cabutan bertuah’ kena buat ‘public speaking’ spontan masa perhimpunan setiap hari Selasa.Memang la ko Nad!And then, aku ‘target’ dia dapat tawaran program Persijilan Tahfiz Darul Quran-UIAM,tak dapatla dia cuti lama sangat lepas SPM sebab die kene daftar awal bulan 1.Hehe.. Genius dia ni!Kalau tak,takkan dia dapat tawaran program Persijilan Tahfiz Darul Quran-UIAM lepas SPM dulu.Habis je kat DQ,dia dapat ‘offer’ JPA untuk buat A-Level Medic kat INTEC Shah Alam.InsyaAllah,dia ‘fly’ gi Ireland tahun depan!Aja aja,fighting!

Yang ni bangunan untuk area kelas menengah atas 


·         Sofia Syafika bt Halim-Pia

    Pia ni pun sama kes dengan Nad,aku tak tahu bila masa lah aku boleh rapat dengan dia.Mungkin sebab banyak persamaan kut.Kiteorang suka pergi mana-mana awal giler daripada budak-budak lain.Aku jenis tak suka lambat-lambat,sama la dengan Pia.Lagi satu,orang lain mungkin nampak Pia ni macam biasa je,mungkin sebab dia kelas Sains Tulen,bukan kelas Sains Tulen Agama,tapi semua lagu nasyid dalam kepala dia.Aku pun terkejut!Aku rasa aku banyak ‘improve’ English aku bila dengan Pia sebab Pia ni jenis ‘speaking’ sikit.Thanks Pia!Masa form 4,Pia berangan nak jadi ‘pilot’.Tapi tu la bukan senang nak jadi ‘pilot’ kan,jadi aku pun ‘suggest’ kan la kami sama-sama amek course ‘law’.Tapi,sekarang tinggal dia sorang je amek course ‘law’ kat UiTM Shah Alam.Takpela,ada jugak dia meneruskan cita-cita aku yang tak kesampaian.Hehe..


·         Nur Ilham bt Haron-E-am

       Aku start rapat dengan E-am sama masa aku rapat dengan Pia.Start je tahun kami form 5,aku,Pia dan E-am boleh dikatakan ke mana-mana sentiasa bersama la.Nak gi sekolah,dewan makan,surau,’outing’,semua sama-sama.Dorm aku dengan Pia dan E-am setentang  je.Jerit je sikit nama diorang,lepas tu kiteorang gerak ke mana-mana bersama-sama.Sampaikan adik-adik junior aku dah tahu dah bila ‘time’ diorang akan panggil aku.E-am pandai Maths dan Add Maths.Aku dengan Pia memang lemah bab-bab Maths ni,so kiteorang banyak study dengan E-am la.E-am sangat sabar melayan kerenah aku dan Pia yang agak ‘lampi’(lambat ‘pick up’) Maths ni.Syukran,E-am!Cita-cita dia nak jadi cikgu Maths memang akan tercapai sebab sekarang dia amek degree Pendidikan mengkhusus dalam Matematik kat UPSI.E-am ni sukakan semua benda berkaitan Jepun terutama anime dan komik Jepun.Selalu jugaklah teman dia beli komik Jepun time keluar ‘outing’.Hehe.Padahal komik barang larangan!Tak hairanlah E-am best student dalam subjek bahasa Jepun dari form 1 sampai form 4.

Yang ni official logo group batch aku kat facebook 

Ramai lagi kawan-kawan aku macam Hajar dengan Naim yang kaki Hindustan macam aku,(hehe),Rahmah dengan Shikin yang ‘sweet’,Hanis seorang ketua yang baik(banyak-banyak ketua yang aku pernah bekerja sama,Hanis adalah yang terbaik sebab mengambil kira pendapat orang bawahan),Azie,Erin,Aiman,Ili,Mira,Julie,Diba,Wani,AnNabilah,Ziera,tak lupa juga ‘dormmate’ aku Husna,Yana,Neyney dengan Nisa’.I owe you all big!

Semoga dapat bertemu kalian di syurga!

2 comments:

Anonymous said...

patut la..beruntung dapat jalinkan ukhwah kat mersing..teruskan penulisan..boleh keluarkan novel macam dr. siti..hihi..aq memang dari dulu sampai skrg salute giler kat mu sbb hebat bab sjrh..pengetahuan am kau aq rse boleh kalah PM n menteri2nye..yg penting kita akan tetap berhubung sampai bila2..

sfw said...

is that you,saidatul masitah?rasa macam mu je..sampai tahap buat novel tu taklah kot..imaginasi aku takdelah tinggi macam dr.siti..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...