Monday, April 30, 2012

STPM Aliran Agama Part 1


Salam mahabbah buat pembaca..
Keputusan kemasukan ke tingkatan 6 baru diumumkan.Bagi lepasan SPM 2011,pasti ada yang sedang bingung dan memikirkan sama ada mahu melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6.Saya akan fokus untuk memberi maklumat beberapa subjek yang ditawarkan di peringkat STPM khususnya jurusan agama.Kenapa fokus jurusan agama?Sebabnya saya dulu pun boleh dikatakan ‘zero’ tentang jurusan ni.

‘Eh,form 6 pun ada aliran agama?’
‘Belajar dalam bahasa Arab macam STAM ke?’

Saturday, April 21, 2012

Akrab Persahabatan

Salam ukhuwah..

Sahabat merupakan insan yang dianggap kedua penting bagi seseorang insan selepas ibu bapa dan ahli keluarga.Buat rakan-rakanku yang pernah mewarnai hidupku terutama rakan-rakan 3 RKA 2005-2007 SMK Sultan Abdul Jalil,Kluang,4 As-Thaqafah dan 5 Al-Ittihad SMS Sultan Iskandar,Mersing dan 6 Bilal dan 6 Ammar SMKA Sheikh Abdul Malek,Kuala Terengganu.Semoga persahabatan kita diredhai Allah sentiasa dan berkekalan hingga ke syurga-Nya.Hayatilah...

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

PASCA-SPM...SUATU KETIKA DAHULU


Salam ukhuwah..
Semoga pembaca diredhai Allah sentiasa..
Sekarang ni tajuk yang bermain-main di status rakan-rakanku di facebook,tidak lain tidak bukan ialah IPTA,Medsi,Munsyi dan bla..bla.Semuanya berkaitan hala tuju selepas mendapat keputusan STPM,iaitu menjejakkan kaki ke IPTA..

Tetapi,bukan itu fokus utama dalam entri kali ini,saudara lelakiku yang merupakan lepasan SPM semenjak dua minggu ini sibuk menghadiri temuduga Diploma Tahfiz Darul Quran dan Institut Pengajian Islam(INSPI),Kemaman.Apabila melihat dirinya,aku seolah-olah melihat diriku dua tahun lalu ketika pasca-SPM.Sibuk memikirkan dan memahami apa itu istilah asasi,matrikulasi,diploma,Politeknik,Tingkatan 6,Institut Pendidikan Guru(IPG) dan bla...bla..Ditambah lagi juniorku di SHAMS juga rajin bertanya :
‘Nak masuk maktab camne ah?’
‘Form 6 susah tak?’
‘Asasi dgn diploma,mana bagus?’
‘Mesir dgn Jordan,mana lagi best?’
‘JPA dgn MARA,mana senang dpt?’


Wednesday, April 11, 2012

Pesona Dunia

Salam mahabbah..

Lama rasanya tak kongsi lirik lagu di sini..Entri kali ni saya nak berkongsi lirik lagu Pesona Dunia nyanyian kumpulan In-Team..Sungguh insaf jika kita menghayati liriknya ditambah dengan melodi yang cukup sayu..
Hayatilah..

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka





Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan

Khusyuk dalam Solat

Salam ukhuwah kepada pembaca sekalian..

Bagi umat Islam,solat fardu lima waktu sehari semalam difardukan ke atas mereka yang sudah mukallaf(baligh dan berakal).Namun,berapa ramai yang mampu mencapai khusyuk dalam solat seperti mana sahabat-sahabat Rasulullah apatah lagi untuk mencapai piawaian seperti baginda.Saya sendiri masih sukar untuk memperoleh khusyuk ketika solat.Solat seperti tidak ubah hanya sekadar rutin yang kita lakukan setiap hari seperti juga makan dan tidur.Mari kita lihat apa erti khusyuk dalam solat:

Khusyuk dalam solat bermaksud melakukan solat dengan penuh perhatian kepada Allah yang dilakukan dengan anggota badan dan hati serta menjaga syarat,rukun dan adab-adab solat dengan sempurna.

Sunday, April 8, 2012

Pengalaman di SBP Part 2


Salam mahabbah...
Ada orang kata,belajar kat sekolah mana-mana pun sama je,yang penting kemahuan diri kita untuk belajar.Pendapat tu mungkin betul kalau dikira dari aspek keputusan peperiksaan awam di mana pelajar sekolah biasa juga menunjukkan kecemerlangan saban tahun.Tetapi jika dikira daripada aspek pembentukan jati diri dan ciri kepimpinan,sekolah berasrama(tak kiralah asrama penuh atau asrama harian)mampu menjadi medan terpenting dalam membentuk peribadi seseorang.

Disini aku akan highlightkan beberapa point menarik sepanjang aku belajar di SBP(pengalaman setiap orang mungkin tak sama):

Saturday, April 7, 2012

Pengalaman di SBP Part 1

Salam mahabbah..
Sekolah adalah tempat menuntut ilmu dan semua orang pasti bersetuju bahawa zaman persekolahan adalah yang paling indah.Saya adalah insan yang dikira bertuah kerana mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh ketika di tingkatan empat.Walaupun second intake,tak kisahlah janji dapat peluang.Betul tak?

Nak tahu apa itu SBP?Rujuk.sini.Selepas mendapat keputusan PMR, disebabkan keinginan untuk terus belajar bahasa Arab,aku mengambil keputusan memohon ke SMKA Johor Bahru.Dan alhamdulillah permohonanku diterima dan aku ke sana bersama rakanku,Saidatul Akmal.Selepas tiga bulan di SMKAJB,aku mendapat surat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar(SMSSI),Mersing.Eh,sekolah ape ni?Tak pernah dengar pun.Search punya search rupa-rupanya nama lama ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Mersing.Nak tahu lebih lanjut tengok sini.Mula-mula dapat macam tak nak pergi sebab dah best skolah kt SMKAJB,dahla second intake lak tu..Lagi lah rasa rendah diri.Tapi bila fikir balik,peluang ni bukan senang dapat dan jawapannya..terima..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...