Wednesday, December 28, 2011

PESALAH JUVANA...BANTULAH MEREKA

Masa senggang selepas peperiksaan masaku isi dengan aktiviti menonton drama dan antara drama yang menarik perhatian ialah drama bersiri Juvana siaran TV3 terbitan penerbit tidak asing lagi iaitu Kabir Bhatia..selepas drama Nur Kasih,sudah lama saya tidak menonton drama bersiri Melayu kerana tidak ada yang betul-betul menarik minat..tetapi drama Juvana berjaya membuatkan saya menontonnya hingga tamat..

Ada yang berkata drama ini membawa contoh yang tidak baik terhadap remaja terutama tentang unsur keganasan yang dipaparkan.Namun, saya berpendapat banyak lagi drama Melayu lain yang lebih berunsur keganasan.Saya akui banyak mesej yang dipaparkan dalam drama ini yang sewajarnya direnungkan..


  • Kebanyakan pesalah juvana terdiri daripada latar belakang keluarga yang berantakan sehingga menyebabkan mereka membuat pelbagai salah laku.Hal ini digambarkan melalui watak Ayam yang membuat hubungan luar nikah sehingga membuang bayi yang dikandung pasangannya.Watak ibunya dan bapa pasangannya pula digambarkan tidak ambil peduli akan anak sendiri sehinggakan tidak dapat menghidu perkara sedemikian berlaku.
  • Kemiskinan keluarga turut membawa kepada salah laku seperti mencuri yang dilalui oleh watak Apek yang ingin membantu ibunya.Peranan masyarakat seperti pusat zakat negeri diperlukan agar tidak ada remaja yang melakukan salah laku sebegini.Hal ini bertepatan dengan salah satu hadis nabi yang membawa maksud 'kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran'.
  • Namun begitu,bukan semua kesalahan berpunca daripada keluarga.Pengaruh rakan sebaya juga menjadi sebab yang turut digambarkan oleh watak Gaban yang tepengaruh dengan ajakan rakannya untuk berlumba haram walaupun telah dinasihati oleh bapanya.
  • Anak yatim hendaklah dibantu agar tidak ada anak yatim yang menjadi gelandangan seperti watak Kedah dalam drama ini.Watak ini digambarkan tidak disantuni dengan baik oleh beberapa keluarga angkatnya sehingga menyebabkannya lari dan hidup tidak tentu arah di jalanan.Nabi Muhammad sangat menganjurkan umatnya agar menyantuni anak yatim kerana mereka termasuk dalam golongan yang perlu dibantu.
  • Watak utama iaitu Daim(lakonan Zahiril Adzim) tidak bersalah namun tetap dikira bersalah berdasarkan bukti di tempat kejadian.Di awal cerita,beliau selalu mempersoalkan takdir yang menimpanya dan menghadapi masalah menyesuaikan diri bersama budak-budak nakal di sekolah juvana tersebut.Namun di akhir cerita,beliau bersyukur tentang takdir yang menimpanya kerana beliau telah banyak belajar tentang kehidupan sepanjang berada di situ.Sesungguhnya hakim yang adil lagi bijaksana ialah ALLAH SWT.Semua manusia di muka bumi akan diadili dengan seadil-adilnya di akhirat kelak.

Drama ini juga mneyedarkan saya bahawa kita tidak seharusnya menghukum pesalah juvana ini sebaliknya membantu mereka kembali ke jalan yang benar.Keseluruhannya,saya sangat berpuas hati menonton cerita ini..Tahniah kepada team produksi Juvana kerana menghasilkan drama yang hebat ini..

Thursday, December 1, 2011

HUKUM HUDUD:SATU PENJELASAN

Dimulakan dengan lafaz bismillah. saya mulakan entri kali ini bukan untuk mencetus polemik yang telah pun sedia kontroversi berkaitan hukum hudud.Sekadar untuk berkongsi apa yang saya belajar tentang hukum hudud dalam sukatan mata pelajaran Syariah STPM..

Menurut pandangan Hanafi: Hudud tergolong dalam kesalahan yang telah ditetapkan hukumannya oleh Allah bagi kemaslahatan umum.Antara kesalahan hudud mengikut pandangan Hanafi:
  • mencuri
  • minum arak
  • zina
  • qazaf(menuduh perempuan yang baik berzina)
  • penyamun
Manakala menurut pandangan jumhur ulama' hudud adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kepentingan agama Allah dan individu.Antara kesalahan hudud mengikut pandangan jumhur ulama' ialah 5 kesalahan di atas dan ditambah satu kesalahan lagi iaitu murtad.

Antara cara pensabitan kesalahan hudud ialah:
  • pengakuan pesalah itu sendiri
  • dua orang saksi lelaki yang adil
  • qarinah(bukti)
Jika kriteria pensabitan di atas tidak dapat dipenuhi iaitu terdapat unsur keraguan atau dalam istilah mahkamah kini iaiatu melampaui keraguan munasabah,maka hudud tidak akan dilaksanakan dan hanya dikenakan ta'zir(hukuman atas arahan pemerintah).

Moga entri kali ini akan memberi manfaat kepada semua.Dan moga tidak ada lagi dalam golongan umat Islam sendiri yang mempertikaikan hukum Allah.Setiap hukum Allah pasti memberi kebaikan kepada kemaslahatan manusia.



Thursday, November 24, 2011

Inspirasi Harimau Muda

Dalam kesibukan menghadapi peperiksaan STPM,saya sempat menonton perlawanan akhir pasukan bola sepak negara menentang Indonesia,negara jiran kita.

Jantung sangat berdebar untuk menantikan keputusannya setelah melihat keadaan terikat 1-1 sehingga ke masa tambahan.Dan apabila kapten pasukan,Badrol Bakhtiar menyempurnakan sepakan penalti terakhir dan gol! Saya dan rakan-rakan begitu kuat bersorak...dan entah mengapa terasa diri ini begitu sebak dengan kemenangan pasukan negara..

Banyak sebab sebenarnya yang membuatkan saya sebak dalam keadaan gembira kerana pasukan negara menang dalam begitu kepayahan dengan kontroversi keputusan pengadil,beberapa jaringan dibatalkan disebabkan offsaid dan sikap fanatik penyokong lawan..

Namun,semangat pemain negara tidak mudah patah malah berjuang hingga ke saat-saat terakhir..Hal ini menjadi inspirasi kepada saya untuk gigih berusaha untuk peperiksaan STPM..

Dan yang kedua sukan memang berupaya menyatupadukan penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan perbezaan ideologi politik boleh duduk semeja menyokong pasukan negara...

Seharusnya sukan digunakan sebagai platform untuk memantapkan perpaduan rakyat..

Akhir kata,MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA....

Saturday, November 5, 2011

Dalam Mihrab Cinta

Dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi peperiksaan STPM,saya sempat menonton filem Dalam Mihrab Cinta(nak lepaskan tekanan kononnya!) Filem ini diarahkan oleh penulis novel yang tidak asing lagi di Indonesia,Habiburrahman el-Shirazy.Filem ini percubaan pertama beliau mengarahkan filem dan hasilnya bagi saya dianggap satu percubaan yang baik.Filem ini diadaptasi daripada novel beliau dengan tajuk yang sama. Ramai yang menantikan filem ini selepas kejayaan besar filem Ketika Cinta Bertasbih(KCB) yang turut diadaptasi daripada novelnya.

Berikut adalah sinopsis filem ini:

Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup selesa.. Di pesantren ini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) anak pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dirompak di dalam bas sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kediri.Dipesantren ini Syamsul dibuang kerana dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar 
membuat Syamsul menjadi seorang penyeluk saku dalam meneruskan kelangsungan hidupnya.
Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah. Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya?





Saya akui karya ini menunjukkan sisi kelainan dalam karya Kang Abik berbanding KCB.Banyak pengajaran yang boleh didapati dalam karya ini:

1.Syamsul Hadi difitnah mencuri oleh sahabatnya sendiri yang iri hati akan dirinya.Dalam filem ini pemilik pesantren tidak membuat siasatan yang mendalam terhadap tuduhan tersebut.Beliau hanya bersandarkan bukti pelajar-pelajar lain yang melihat Syamsul mengambil dompet Burhan dalam almarinya padahal Burhan yang menyuruh Syamsul mengambilnya untuk merangkap beliau.Dalam hukum syariah, bukti atau qarinah menjadi perselisihan para ulama sama ada boleh atau tidak untuk mensabitkan sesuatu kesalahan.Bukti menjadi khilaf para ulama kerana dikhuatiri terjadi seperti kes di atas yang melibatkan penganiayaan ke atas orang lain.Sekadar maklumat,dalam pensabitan kes hudud,hanya pengakuan pesalah dan saksi yang digunakan 
dalam mensabitkan sesuatu kesalahan hudud.

2.Syamsul Hadi kemudiannya benar-benar menjadi pencuri untuk meneruskan kelangsungan hidupnya di kota besar Jakarta.Kesempitan hidup membuatkan beliau mengambil jalan pintas ini.Setiap kali selesai mencuri,dia akan merekodkan nama pemilik setiap dompet yang diambil dan jumlah wang yang diambil.Beliau kemudian mendapat pekerjaan sebagai guru mengajar Al-Quran di sebuah rumah orang kaya.Orang kaya tersebut mempercayakan sejumlah wang kepadanya untuk disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin.Di sini menjadi titik tolak hidupnya untuk berubah kerana beliau terharu kerana orang lain menganggap beliau seorang yang baik padahal pada masa yang sama dia mencuri.Beliau mengepos semua dompet yang pernah dicurinya bersama jumlah wang yang diambil yang direkodkan sebelumnya bersama tambahan 50000 rupiah.Walaupun Syamsul seorang pencuri,dia tetap mendirikan solat lima waktu.Disini menunjukkan bahawa iman manusia kadangkala turun dan naik.Namun,beliau kemudiannya bertaubat.Hal ini menunjukkan sebagai manusia biasa,kita tidak terlepas daripada melakukan dosa.Persoalannya,adakah kita bertaubat selepas melakukan dosa tersebut atau terus membiarkan diri dibelenggu dosa?

3.Syamsul Hadi kemudiannya memilih untuk berkahwin dengan Silvie sebagai isterinya.Malangnya,Silvie kemalangan beberapa hari menjelang hari pernikahan mereka.Hal ini menunjukkan bahawa jodoh pertemuan di tangan Allah dan manusia hanya mampu merancang.Dia kemudiannya mengkhitbah Zizi untuk menjadi isterinya.Persoalan jodoh sering ditunjukkan oleh Kang Abik dalam novelnya termasuk KCB bahawa jodoh dan cinta adalah dua perkara yang berbeza.

Apabila filem mampu menjadi medium dakwah,mengapa tidak kita merealitikannya?Saya berharap penulis dakwah di Malaysia dapat menceburkan diri dalam penulisan skrip kerana drama atau filem yang baik berpunca dariapda skripnya.Pengadaptasian novel Islamik yang popular juga boleh dilakukan agar dunia hiburan di Malaysia tidak terus-menerus dilanda hedonisme.Filem ialah medium dakwah yang efisien khususnya kepada golongan remaja.Di Indonesia,Habiburrahman telah berupaya melakukannya,bila pula giliran kita?

Friday, October 28, 2011

MUJAHADAH ITU PERIT...

Kadang-kadang kita rasa berat nak bangun pada awal pagi untuk bertahajud tetapi sanggup pula kita berjaga malam semata-mata menonton perlawanan bola sepak..

Senario di atas membuatkan kita perlu kuat bermujahadah melawan hawa nafsu untuk melakukan perkara yang sia-sia atau lagha.

Wanita yang menutup aurat menahan rasa melihat wanita lain berfesyen yang berlebihan atau remaja yang menonton rancangan agama melihat rakannya pergi menonton konsert hiburan.
Semua ini perlu mujahadah yang kuat untuk menghadapinya.


Memang lumrah alam sesuatu perkara baik yang ingin kita dapat perlulah menempuh pelbagai onak dan ranjau sebelum memperolehnya..
Hayati kata-kata di bawah..

ISLAM is a school,
DUNIA is a class,
WE are student,
AL-QURAN is syylabus,
SOLAT is practical,
MUHAMMAD(SAW) is a teacher,
ALLAH SWT is a examiner,
QIAMAT is  date of result,
JANNAH is the best reward...

Mana yang kita pilih,,,jalan susah yang mendatangkan kesenangan di kemudian hari atau jalan senang yang mendatangkan susah di kemudian hari..

Thursday, October 27, 2011

Bicara Kata


Manis bicara indah tutur kata 
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata




Wednesday, October 26, 2011

Jewel In The Palace

TV Al-Hijrah menayangkan drama Korea? Biar betul! Itulah anggapan saya bila melihat promo cerita tersebut apabila melihat rancangan Lau kana bainana..Saya pernah menonton drama ini tapi beberapa tahun lepaslah..Oleh kerana saya ini ialah antara peminat drama Korea,maka saya pun ulanglah tengok drama ini..Mula-mula terkejut juga kerana TV Al-Hijrah dikenali dengan konsep keislaman dalam penyiaran rancangan mereka tetapi turut menayangkan drama Korea yang menjadi trend stesen TV yang lain..Tetapi selepas menonton drama ini,saya faham sebab pihak stesen TV tersebut menayangkan drama ini..



Berikut adalah sinopsis yang diambil dari wikipedia bahasa Melayu:
Berdasarkan kisah sejarah yang terdapat dalam Babad Dinasti Joseon, ia memaparkan kisah seorang wanita yang dipanggil Jang-geum (dilakonkan oleh Lee Young Ae), yang berjaya menjadi wanita perubatan peribadi pertama kepada raja Korea di masa Dinasti Joseon. Tema utama dalam siri ini adalah kecekalannya dalam menghadapi sebarang masalah dan ketekunan dan kebijaksanaannya hingga dia berjaya mencapai sesuatu yang wanita pada masa itu tidak mungkin berjaya mendapat. Drama ini juga memaparkan makanan tradisional Korea termasuk makanan yang dimakan oleh keluarga diraja dan juga ubat-ubatan tradisional.
Jang-geum sebagai wanita istana


Cerita ini menggambarkan betapa penggunaan kasta dalam kehidupan masyarakat silam dan diskriminasi terhadap wanita juga berlaku.Kegigihan Jang-geum dalam mencapai kedudukannya sebagai tabib diraja selepas bergelar tukang masak maharaja juga patut dijadikan contoh bagi semua pihak.Memang tepat keputusan TV Al-Hijrah menayangkan cerita ini yang bertepatan dengan konsep stesen tersebut dalam menyebarkan nilai-nilai moral dalam kehidupan..
Jang-geum sebagai tabib diraja yang pertama dalam kalangan wanita

Drama ini juga selamatlah daripada penayangan unsur-unsur yang tak patut dilihat oleh kita..Unsur dengki-mendengki dalam kalangan wanita istana juga menunjukkan realiti sebenar kehidupan..Dan seperti biasa pihak yang benar akan menang pada akhirnya.



REMAJA DAN POLITIK

''Buat apa ambik tahu pasal politik,kita kan masih muda lagi'

''Politik asyik-asyik gaduh,gila kuasa,tak selamat lah kalau masuk politik''

Itu kata-kata yang sering terngiang jika ditanya pendapat remaja tentang politik.Ada dua jenis golongan remaja yang biasa dijumpai jika ditanya pendapat mereka tentang politik.

''Malas lah nak ingat pasal DUN lah,Parlimenlah,pilihan rayalah''Pendapat ini biasa dijumpai dalam kalangan rakan-rakan ana yang mula mengenal sistem perundangan dan pentadbiran negara dalam mata pelajaran Pengajian Am dalam STPM.Kepada golongan ini, tukar persepsi anda dan perlu ambil tahu tentang politik agar anda tahu hak anda di sisi undang-undang dan tidak mudah diperkotak-katikkan pada masa depan.

Ada juga golongan remaja yang gemar menghentam pemimpin tertentu(maaf saya katakan mereka biasanya terdiri daripada pelajar sekolah agama yang bagi saya terlalu mempunyai kesedaran politik yang tinggi)..



Kepada mereka,doakanlah pemimpin kita agar mereka memperoleh hidayahNya dalam memimpin rakyat ke arah jalan yang diredhai Allah..Serta lengkapkanlah diri anda dengan ilmu akademik,agama,kepimpinan dan komunikasi dan bila sampai masanya SILAKANLAH terjun dalam bidang politik..

ANDA lah yang diharapkan dalam menerajui negara pada masa hadapan ke jalan yang diredhai ALLAH..


BAITI JANNATI

''Mak aku pun tak tegur aku tak pakai tudung,,sapa kau nak tegur aku?''


''Ayah aku sporting je..keluar malam balik lewat pun takpe''


''Ala mak aku siap bagi aku keluar dengan pakwe aku''




Mendengar kata-kata segelintir(hampir kebanyakan sebenarnya) orang di sekeliling kita terutamanya remaja yang pernah mengungkapkan kata sedemikian. Saya sebenarnya cukup takut bila melihat keadaan remaja sekarang yang penuh dengan gejala sosial..tak perlu saya sebut jenis maksiat yang dilakukan.


Saya dan mungkin anda juga yang lahir dalam suasana yang baik dan dikawal pergerakan mungkin rasa bersyukur kerana tidak terjebak dalam pelbagai maksiat sekarang ini.Namun, saya kasihan melihat remaja yang tidak dilahirkan dalam suasana seperti kita.Menjadi tanggungjawab kita sebagai daie untuk sama-sama mengajak mereka ke arah kebenaran..


Jangan menghukum mereka dengan mengatakan mereka itu akan masuk neraka kerana yang berhak menentukan ialah ALLAH jua..Sebaliknya kita yang diberi kefahaman Islam yang sebenar inilah wajib menyeru ke arah kebenaran dan mencegah kemungkaran..


''Sesungguhnya tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada.''kata-kata Imam Syahid Hassan al-Banna ini perlu direnungkan sedalam-dalamnya.



Wednesday, October 19, 2011

SALJU SAKINAH..CITRA SETABAH SUMAYYAH

Amalan membaca rakyat Malaysia dikatakan sangat mendukacitakan apabila kajian menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku sahaja dalam masa setahun. Bagi golongan remaja terutamanya perempuan, pastinya novel berbaur cinta dan romantik komedi menjadi pilihan namun fenomena novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman el-Shirazy mencetuskan fenomena bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia dan mencetus satu genre baru dalam dunia terbitan novel di Malaysia iaitu novel berunsurkan islamik. 


Antara syarikat yang aktif menerbitkan novel bergenre sebegini ialah Syarikat PTS Publications and Distributors di bawah labelnya tersendiri PTS Millenia. Saya telah membaca beberapa novel di bawah jenama ini dan saya akui terbitannya bermutu dan maaf kalau saya katakan novel islamik terbitan PTS ini lebih berkualiti daripada novel islamik terbitan negara Indonesia. Berikut antara novel yang saya pernah baca:

Salju Sakinah karya Zaid Akhtar
Novel ini ditangani dengan baik sekali oleh guru SMKA Segamat ini. Berlatarbelakangkan lulusan pengajian Bahasa Arab dari Universiti Yarmouk, Jordan membuatkan penulis berjaya mengisahkan kehidupan watak utamanya,Sumayyah yang mengikuti pengajian dalam bidang Syariah di universiti yang sama dalam tahun akhir. Pengarang berjaya menjentik emosi pembaca dengan kematian bapa kandung Sumayyah sekembalinya pulang ke tanah air setelah tamat pengajian. 


Sumayyah juga berjaya membuktikan kemampuan graduan lulusan agama apabila mengambil alih kilang kerepek arwah bapanya, Desa Wali Food Sdn Bhd di samping tidak melupakan tugas dakwahnya dengan giat memberi ceramah di merata tempat. Kehadiran Muazam, yang berusia dua tahun lebih muda daripadanya ,pembantu setia arwah bapanya di kilang kerepek yang bersuara mirip bekas teman istimewanya, Afnan menambah rasa di hati Sumayyah. 


Namun, hati Sumayyah belum terbuka menerima mana-mana lelaki sehinggakan tawaran Luqman, rakan zaman persekolahannya untuk menjadikannya suri ditolak mentah-mentah. Pergolakan keluarga turut mewarnai novel ini apabila kakak sulungnya, Safiah terlibat dalam ajaran sesat hasil pengaruh abang iparnya, Jasman namun Jasman akhirnya menerima balasannya apabila meninggal dunia dipanah petir ketika mengikut tuk guru mereka memuja sebuah tempat yang dikatakan keramat. Kematian tunang kakak keduanya, Salbiah turut menambah rencam di hatinya. 


Dan Sumayyah juga tidak terlepas diuji apabila dia sebenarnya belum bergelar siswazah kerana gagal dalam satu mata pelajaran! Hatinya yang nekad untuk segera pulang selepas tamat peperiksaan akhir tanpa menunggu hasil keputusan peperiksaan dan majlis konvokesyen rupa-rupanya membawa dirinya untuk kembali berjuang meneruskan pengajian semula di bumi Jordan itu. 


Namun, hatinya diuji lagi setibanya di bumi Jordan apabila datang lamaran untuk memperisterikannya daripada seorang pelajar pengajian sarjana, Ustaz Naufal lalu mengimbau kenangan lalunya apabila jejaka yang sama pernah menegurnya kerana pulang ke rumah pada lewat tengah malam tidak sesuai dengan statusnya yang antara EXCO Tertinggi Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Yarmouk. Mungkin dikatakan jodoh mereka bertemu sekali lagi di pentas forum apabila diadakan satu forum dan mereka bertindak sebagai ahli panel. Namun, kali ini hatinya sudah nekad dan bersedia bergelar isteri dan restu ibu akhirnya diperolehi. Turut menggembirakan, kesedihan kakak keduanya Salbiah yang kematian tunang turut diubati oleh seseorang yang memang prihatin dengan kebajikan keluarganya iaitu Muazam! 


Cerita ini diakhiri dengan baik sekali oleh penulisnya tanpa perlu mewujudkan unsur tergantung di akhir penceritaannya. Ketika membaca baris demi baris ayat dalam novel ini, terasa seolah novel ini dikarang oleh penulis wanita namun Zaid Akhtar telah membuktikan yang penulis lelaki juga mampu mencipta sebuah naskhah yang berjaya membuai emosi pembaca.

CELL PHONE AND QURAN

-A credit for Sinergi magazine for this amazing quote..Ishare with all my friends here..


Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around in our purses or pockets?

What if we flipped through it several time a day?
                      
What if we turned back to go get if we forget?

What if we used it to receive messaged from text?

What if we treated it like we couldn’t live without it?

What if we gave it to friends as gifts?

What if we used it when we traveled?

What if we used it in case of emergency?

Unlike our cell phone, we don’t have to worry about our Quran being disconnected..

Makes you stop and think where are our priorities?(and no dropped calls)


ALQURAN IS  NUR IN OUR LIFE
If we close with Quran like we close with our handphone..


Tuesday, October 18, 2011

Subhana Allah (Maher Zain feat. Mesut Kurtis)



سبحان الله
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك
Maher Zain:
As I traveled through the earth
I can’t help but notice
The symphony I hear all around
from the smallest grain of sand
to the faraway planets
to a flower put in roots in the ground
Every bird in the sky
Every rock and every raindrop
Says as it falls from the clouds
every ant, every plant
every breeze and all the seas
They all sing
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك





Mesut Kurtis:
جل الله بكل كون الله
ألمح نور الله
وذكر ربي في دقات قلبي
يهتف بسم الله
خلق الله
صنع الله ما أبهاه
والأكوان تسبح بسم الله
جل الله في علاه
يا رباه يا رحمن
الله
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك
سبحان الله
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك

renungkan sejenak lirik di atas
Allah telah menjadikan alam ini seindah-indahnya sehinggakan akal kita tidak mampu berfikir bagaimana Allah menjadikannya?..
Dengan semua kejadian alam ini,adakah kita masih berkata tidak kepada SURUHAN ALLAH?




BUKU..OH BUKU

Tatkala menguliti helai demi helai madah sastera Arab yang menjadi antara muqarrar ku dalam kertas Bahasa Arab Kertas 2..aku terpandang satu prosa zaman Abbasiyah yang bertajuk 'Fi Wasfil Kitab' karya Al-Jahiz..Antara maksud prosa ini ialah menceritakan kegilaan penulis prosa ini terhadap buku atau kitab..banyak unsur tasybih(perumpamaan..sape yg belajar balaghah taulah apa maknanya ni) yang diumpamakan penulis bagi menggambarkan kegembiraannya tatkala menatap buku. Bila menatap prosa ini,terasa yang prosa ini dutujukan juga kepadaku..

Aku akui aku jenis yang gila menatap buku tak kira lah apa genre sekalipun..serius, fiksyen,motivasi,novel,buku agama,komik,hatta buku resipi sekalipun..(hehe.)Minat ku dalam membaca ku kira faktor genetik main peranan jugak kut..abah ku minat baca suratkhabar dan buku agama..satu almari besar kat rumah je penuh dengan buku agama sejak dari kitab kuning yang dalam bahasa Arab sampaila buku agama versi moden keluaran PTS dan Telaga Biru..suratkhabar je dua jenis tiap-tiap hari beli..Berita Harian dan Utusan Malaysia..Ummiku pula minat baca novel,puisi dan cerpen..orang sastera la katakan.dan minat ku ini juga turut diikuti oleh adik-beradikku yang lain..biarlah depa baca komik ke,,janji baca gak..biasanya faktor umur yang menentukan jenis genre buku yang dibaca oleh seseorang..Habis je periksa STPM, aku akan beli sebanyak mungkin buku untuk mengisi masa lapangku,..sesiapa yang pencinta buku pasti bersetuju dengan saya bahawa bau buku umpama bau perfume Ambi Pur (bunyi hiperbola sikitlah) betapa nak tunjukkan taksubnya terhadap buku..

Antara genre buku yang saya pernah dan akan baca:
 1.Novel cinta-Trilogi Tak Seindah Mimpi karya Sharifah Abu Salem dan macam-macam lagila keluaran Alaf 21..tak dilupa koleksi Yoyo keluaran Creative Enterprise,tapi semenjak meningkat tua ni selera dah kurang tuk baca novel-novel berbaur hedonis ni..

 2.Novel islamik-Salju Sakinah,Bukan Yang Pertama,Tautan Hati,Sinergi,Denyut Kasih Medik dan macam-macam lagi..sekarang dalam proses mengumpul novel sebegini terutama novel Sebarkan Cintamu karya Fatimah Syarha antara novel yang dicanang sebagai sebuah novel tauhid yang harus dimiliki..bila baca novel islamik tak kan rasa rugi baca berulangkali.kadang-kadang aku berhenti baca di mana-mana muka surat yang terdapat isi tazkirah yang menyentuh hati.

3.Majalah-Zaman PMR dan SPM dulu baca Dewan Siswa dan Fokus SPM..dah meningkat tua ni cari bahan bacaan lain pulak..mujur terjumpa dengan Solusi..dalam Solusi ada semua ilmu.ilmu motivasi,kewangan,tauhid,sirah,fiqh,hadis,jinayah,keluarga, semuanya ada berbaloi dengan harga RM10..skang ni tengah nak cukupkan isu-isu yang lepas.. Majalah Gen-Q best gak tapi bagaimanapun Solusi lebih menyentuh jiwa..Gen-Q lebih sesuai kepada remaja awal belasan tahun

 4.Kitab agama-Sedang cuba menghabiskan kitab La Tahzan karya Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni..setiap kata-katanya penuh hikmah dan motivasi berlandaskan syariat..lepas ni nak cari buku Sirah Nabawiyyah oleh Dr.Said Ramadhan al-Buti,ulama terkenal Syria.
 Rumusannya,sebagai umat Islam wajiblah kita menjadikan Al-Quran bacaan harian kita kerana bahan bacaan lain tidak mampu menandingi ketinggian ilmu dalam Al-Quran..hobi hobi juga..jangan sampai meninggalkan ibadah

                                         kanak-kanak ni nak baca Quran,kita?

Friday, October 14, 2011

BELAJAR KERANA PERIKSA?

Makin nak dekat periksa STPM, aku makin malas nak ulangkaji...Study Pengajian Am tak kena,belek Syariah pulak,pastu belek Sejarah lagi lah tak kena..tengah-tengah tension cam ni..apa lagi aku belek lah novel-novel lama yang ada kt rumah..aku pun belek Tautan hati karya Fatimah Syarha..aku pun terbuka lah satu muka surat yang cam kena je isi dia dgn aku..

1. ''Kita kena belajar betul-betul kerana Allah..tak kan kita nak bagi C je untuk Islam..''antara perbualan Asiah Yusra dan rakannya Elya Khadeeja..Bila baca je part ni buatkan aku rasa bila niat kita belajar hanya untuk periksa..kita akan lupa apa yang kita belajar lepas habis periksa..

2.Tapi,bila kita niat untuk menuntut ilmu kerana Allah dan amalkan dalam kehidupan seharian,,kita akan rasa semangat untuk menuntut ilmu akan melonjak..

3.Menjadi tanggungjawab kita memberi imej yang baik kepada Islam dengan kecemerlangan dalam setiap disiplin ilmu yang kita pelajari..Imej pelajar Islam yang cemerlang dalam peperiksaan SPM semenjak tahun kebelakangan ini seeprti Nik Nur Madihah dan Azali Azlan membuktikan negara tidak ketandusan mukmin yang profesional  pada masa akan datang..

Kesimpulannya,menuntut ilmu kerana Allah,nescaya kita akan diredhaiNya..

Saturday, September 24, 2011

PERSADA PERJUANGAN


Masih mekar kenangan indah,
Zaman gemilang islam menjulang,
Ketika rasul ada bersama,
Para sahabat mentadbir dunia,

Zaman nubuwwah era khulafa,
Islam umpama api membara,
Menerangi ummah dan juga sahabat,
Bahangnya bagai membakar lawan.

Di celah itulah kami mengatur,
Langkah membina sebuah tamadun,
1 barisan 1 perjuangan,
Bersama kita segera tunaikan,
Amanah rasul itu yg utama,

Ayuh semua para mujahid,
Ayuh semua mujahidah,
Mari bersama kita nyalakan,
Bara perjuangan di dalam diri,
Agar tertegak kalimah ilahi.

Lagu ini memberi signifikan tersendiri buat saya...bahawa Islam pernah melalui zaman kegemilangan sebelum kejatuhan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah..Ayuhlah bangkit umat Islam semua..yakinlah dengan laungan takbir kita mampu mengegar dunia..ALLAHU AKBAR!

APA ITU ISLAM TSAQAFI?

Mesti ada yg tertanya-tanya apa itu islam tsaqafi? tsaqafi ialah perkataan dlm bahasa Arab yg bermaksud kebudayaan.Idea ini muncul apabila saya membaca novel karya Faisal Tehrani iaitu Sebongkah Batu di Kuala Berang...

 Novel ini menceritakan sekumpulan pelajar di Akademi Seni Islam yang dipertanggungjawabkan menerbit sebuah filem dokumentari mengambil latar belakang sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu yang dipercayai melalui penemuan batu bersurat di Kuala Berang..Konflik mula berlaku apabila pelajar-pelajar ini mengambil pelakon yang telah sedia popular yang sukar menyesuaikan diri dengan pembikinan filem ini yang berlandaskan syariat..Namun,pengakhiran cerita berakhir dengan kesudahan yg sempurna(bagi saya) kerana pelakon-pelakon tersebut mula sedar akan identiti mereka yang bergelar seorang Melayu yang beragama Islam..Idea Islam Tsaqafi digarap penulis melalui novel ini bahawa Islam perlu disebarkan dengan lebih efektif melalui elemen kebudayaan seperti drama,filem dan lagu contohnya..

 Komen Saya:
1. Penulis telah menyedarkan kepada saya dan mungkin juga pembaca yang lain bahawa sudah sampai masanya kita meneroka dunia penerbitan filem atau drama yang berunsur dakwah agar masyarakat mendapat mesej yg betul..Dunia penerbitan drama dan filem kita masih jauh dlm memartabatkan dakwah sebagai matlamat utama penerbitan sesuatu karya..Hali ini telah pun dilakukan oleh negara jiran kita Indonesia,melalui filem Ketika Cinta Bertasbih hasil adapatasi novel berjudul yang sama..

 2. Pentingnya penglibatan golongan agama dalam industri penerbitan drama dan filem agar mesej yang ingin disampaikan kepada khalayak betul tanapa ada unsur kontroversi.Habiburrahman el Shirazy telah membuktikan bahawa perkara itu tidak mustahil dengan beliau sendiri turun padang bagi menjalankan uji bakat bagi mencari pelakon filem KCB..

 3. Imaginasi penulis yang begitu tinggi dalam mewujudkan Akademi Seni Islam yang melatih pelajar-pelajar dalam bidang penerbitan filem atau drama berlandaskan syariat..Masih belum wujud fakulti pengajian seumpama ini di mana-mana IPTA...Nafas baru mungkin boleh disuntik ke dalam Fakulti Pengajian Islam dengan mewujudkan kursus pengajian Dakwah melalui media..

 4. Hollywood telah membuktikan bahawa mereka berjaya menyebarkan dakyah mereka melalui filem..Kanak-kanak kita dipasakkan dengan pemikiran ada penyelamat dunia seperti Superman dan unsur sihir melalui karakter Harry Potter..Mengapa tidak kita menggunakan medium filem sebagai medan dakwah bagi memperjelaskan tentang Islam kepada dunia..

Friday, September 16, 2011

حيا باللغة العربية

Salam ukhuwah dan mahabbah..

Tiba-tiba rasa nak cakap(eh,silap,tulis) pasal perkara ni....nak-nak bila melihatkan ramai dlm kalangan student agama sendiri yg takmenunjukkan minat belajar bahasa Arab...mari kita renungkan hikmah dan signifikan bahasa Arab dipilih sebagai bahasa Al-Quran dan bahasa syurga...antara analisis saya:

1. Kaedah nahu(tatabahasa) bahasa Arab melibatkan perbezaan antara lelaki dan perempuan...hal ini menyebabkan bahasa Arab dijadikan bahasa Al-Quran kerana boleh menunjukkan perbezaan secara terus ayat-ayat dlm Al-Quran ditujukan kepada muslimin atau muslimat.

2.Turut menunjukkan perbezaan antara mufrad(seorang),musanna(dua orang) dan jamak(ramai) ...hal ini juga membolehkan umat Islam memahami maksud ayat yang ditujukan sama ada kepada individu atau secara jemaah...kebanyakan bahasa lain di dunia tidak mampu menunjukkan perbezaan mengikut bilangan orang ini..

3.Bahasa Arab mempunyai byk perbendaharaan kata...contohnya perkataan kawan dlm bahasa Arab saja ada tiga iaitu zumala',asdiqa' dan sohaba'.

4.Ketinggian bahasa yg digunakan dlm Al-Quran sehinggakan para sahabat pada zaman Nabi juga tidak mampu memahami sesetengah perkataan yg digunakan walaupun mereka bangsa Arab yangg tulen... 

Kesimpulannya,,,pelajarilah bahasa Arab kerana bahasa Arab mendekatkan diri kita kepada agama kita iaitu Islam...yg penting niatkan mempelajarinya kerana Allah kerana segala amalan kita bergantung pada niat...

Friday, August 12, 2011

SETIAP BERLAKU ADA HIKMAHNYA

Terfikir gak nak citer pasal bende ni bila terbaca di notanotasebuahpengembaraan.blogspot.com. Lepas SPM, bila tengok rakan-rakanku dapt tawaran asasi n matrik..terfikir gak ape sebenarnya bidang dan tempat yang aku nak ceburi dan pergi...setelah fikir dgn mendalam..jawapannya undang-undang syariah..then bila aku tak dapat tawaran upu aku pun terfikir nak masuk tingkatan enam di mana2 smka..sebabnya ummiku sendiri lepasan stpm di sebuah sekolah menengah agama tapi ambil usuludin la...lagipun laluan untukku further study dlm cos yang aku minat ni lebih cerah jika aku mengambil stpm..


Selepas dua bulan aku mendaftar diri sebagai pelajar lower 6 di SMKA Sheikh Abdul Malek, aku diuji dengan tawaran matrikulasi dalam jurusan perakaunan..aku memangla dah x minat matematik ni..kalau sains aku minatla nak2 kalau subjek biologi..aku pun tekadkan hati nak troskan je form 6 ni...di SHAMS ni lak..org mesti tanya result spm aku..bila aku jawab..mesti ada org tanye.. takkan lah x dpt mane2 U? dah x dpt lah sebab tu masuk form 6..pas2 tanya sal matrik lak..bila aku kata aku x nak pergi matrik..dorang kata 'eiii...ruginya..nape x gi?''aku jwblah aku x minat n nak amek syariah..

Oh ye form 6 SHAMS ni amek subjek pengajian am,bm,bahasa arab,sejarah,..n then leh pilih syariah atau usuludin...bila2 lama-lama duk kt sini..aku jatuh cinta dengan biah solehah kt skola ni..ade tazkirah,usrah,dan macam2 lah...walaupun aku terpaksa belajar loghat ganu betul2 sebab nak communicate dgn kwn2ku...tapi bunyi gak 'kejohoran'bila aku cakap dgn kwn2 ganu aku...nak buat camne...tapi aku dpt tahu mcm2 dialek lah sebab aku byk dibesarkan di perantauan berbanding tempat kelahiran aku sendiri..akhirnya impian aku nak belajar di sekolah menengah agama tercapai juga...sebab tu 'Allah akan beri apa yang kita perlukan,,dan bukan apa yang kita kehendaki'..doakan aku dapat 5A STPM tahun ni ...insyaAllah..sentiasalah bersangka baik dengan perjalanan hidup kita yang telah ditakdirkan..

Thursday, August 11, 2011

IMAN TURUN DAN NAIK

lama rasanya tak menulis di blog...sibuk sangat dengan preparation trial stpm..wish me luck..baru je baca novel sinergi karya hilal asyraf..dan ade satu kata-kata yang membuatkan saya nak menulis di blog...katanya'Ramadan hendaklah dijadikan permulaan untuk kita berubah ke arah kebaikan'.Banyak maksud tersirat di sebalik kata-kata ni..kita hendaklah menjadikan ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini sebagai batu loncatan untuk kita berubah ke arah kebaikan pada bulan-bulan yang seterusnya...ada satu hadis berbunyi..'tidak akan seseorang itu berzina jika dia berada dalam keadaan beriman,tidak akan seseorang itu minum arak jika dia berada dalam keadaan beriman,dan tidak akan seseorang itu mencuri jika dia berada dalam keadaan beriman'..
Mafhum hadis ini ialah iman manusia kadang-kadang turun dan naik...bukan macam iman nabi dan rasul yang sentiasa naik...maknanya kita hendaklah sentiasa meningkatkan tahap keimanan kita dengan cara menambahkan amalan-amalan sunat macam-macam lagi..gunakan internet ke arah kebaikan...cari rencana tazkirah yang boleh mengingatkan kita dari alpa...kalau di sesetengah ipta terdapat kumpulan usrah atau halaqah yang boleh mengingatkan setiap ahli usrah...istiqamahlah kita mengikutinya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...