Saturday, September 24, 2011

APA ITU ISLAM TSAQAFI?

Mesti ada yg tertanya-tanya apa itu islam tsaqafi? tsaqafi ialah perkataan dlm bahasa Arab yg bermaksud kebudayaan.Idea ini muncul apabila saya membaca novel karya Faisal Tehrani iaitu Sebongkah Batu di Kuala Berang...

 Novel ini menceritakan sekumpulan pelajar di Akademi Seni Islam yang dipertanggungjawabkan menerbit sebuah filem dokumentari mengambil latar belakang sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu yang dipercayai melalui penemuan batu bersurat di Kuala Berang..Konflik mula berlaku apabila pelajar-pelajar ini mengambil pelakon yang telah sedia popular yang sukar menyesuaikan diri dengan pembikinan filem ini yang berlandaskan syariat..Namun,pengakhiran cerita berakhir dengan kesudahan yg sempurna(bagi saya) kerana pelakon-pelakon tersebut mula sedar akan identiti mereka yang bergelar seorang Melayu yang beragama Islam..Idea Islam Tsaqafi digarap penulis melalui novel ini bahawa Islam perlu disebarkan dengan lebih efektif melalui elemen kebudayaan seperti drama,filem dan lagu contohnya..

 Komen Saya:
1. Penulis telah menyedarkan kepada saya dan mungkin juga pembaca yang lain bahawa sudah sampai masanya kita meneroka dunia penerbitan filem atau drama yang berunsur dakwah agar masyarakat mendapat mesej yg betul..Dunia penerbitan drama dan filem kita masih jauh dlm memartabatkan dakwah sebagai matlamat utama penerbitan sesuatu karya..Hali ini telah pun dilakukan oleh negara jiran kita Indonesia,melalui filem Ketika Cinta Bertasbih hasil adapatasi novel berjudul yang sama..

 2. Pentingnya penglibatan golongan agama dalam industri penerbitan drama dan filem agar mesej yang ingin disampaikan kepada khalayak betul tanapa ada unsur kontroversi.Habiburrahman el Shirazy telah membuktikan bahawa perkara itu tidak mustahil dengan beliau sendiri turun padang bagi menjalankan uji bakat bagi mencari pelakon filem KCB..

 3. Imaginasi penulis yang begitu tinggi dalam mewujudkan Akademi Seni Islam yang melatih pelajar-pelajar dalam bidang penerbitan filem atau drama berlandaskan syariat..Masih belum wujud fakulti pengajian seumpama ini di mana-mana IPTA...Nafas baru mungkin boleh disuntik ke dalam Fakulti Pengajian Islam dengan mewujudkan kursus pengajian Dakwah melalui media..

 4. Hollywood telah membuktikan bahawa mereka berjaya menyebarkan dakyah mereka melalui filem..Kanak-kanak kita dipasakkan dengan pemikiran ada penyelamat dunia seperti Superman dan unsur sihir melalui karakter Harry Potter..Mengapa tidak kita menggunakan medium filem sebagai medan dakwah bagi memperjelaskan tentang Islam kepada dunia..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...