Sunday, May 20, 2012

STPM Aliran Agama Part 2


Salam mahabbah buat pembaca sekalian

Setelah sekian lama tidak menjengah blog,saya perhatikan bahawa entri sebelum ini mendapat ‘page views’ yang sangat tinggi.Hal ini menunjukkan bahawa ramai lepasan SPM 2011 yang begitu berminat menyambung pelajaran ke tingkatan enam.Seperti yang saya janjikan(juga maaf kepada mereka yang menunggu sambungan entri sebelum ini),saya akan memberi maklumat tentang subjek sejarah,syariah dan usuludin.

Sebelum itu saya ingatkan,pelaksanaan STPM bagi lepasan SPM 2011 sudah diubah kepada sistem modular.Jadi,mungkin terdapat perbezaan dalam aspek sukatan pelajaran antara tahun 2011 dan 2012 seperti yang saya terangkan dan juga pembahagian kertas bagi setiap subjek.Saya hanya boleh membantu mengesyorkan buku rujukan yang sesuai untuk anda bagi setiap subjek.

1.Sejarah
Terdapat dua kertas yang perlu diambil.Kertas 1 merangkumi bahagian A dan bahagian B iaitu sejarah tamadun dunia hingga tahun 1800 dan tamadun Islam.Manakala kertas 2 merangkumi sejarah Malaysia dan sejarah Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Timur.Maknanya,ada sekurang-kurang 4 buah buku diperlukan bagi subjek sejarah.Mesti ada yang kata,kalau macam tu banyaknya kena baca..Jangan risau.Semasa tahun saya,kami hanya fokuskan untuk ‘study’ tema 1 dan tema 2 je.Setiap bahagian ada 8 tema seperti system masyarakat,peluasan kuasa,perkembangan kerajaan dan banyak lagi(dah tak ingat sebenarnya).
Buku saya guna dulu..


Setiap kertas ada 4 soalan yang wajib dijawab.2 soalan daripada bahagian A dan dua soalan daripada bahagian B.Setiap bahagian pula akan ditanya 8 soalan.Kan ada 8 tema?Mestilah setiap tema keluar satu soalan kan?Tu yang cikgu nasihatkan kami focus tema 1 dan 2 je.

Pelajar yang mengambil subjek ni memang kuat semangat sebenarnya sebab nak kena ‘study’ 4 buah buku berbanding subjek lain yang biasanya 2 buah buku sahaja(sebab ada dua kertas).Biasanya guru anda akan membantu anda membuat rangka jawapan.Ah,lupa pulak nak cerita,sejarah jawab ESEI ya!Dah takde dah objektif ni.4 soalan bagi setiap kertas dijawab selama 3 jam.Satu soalan membawa 25 markah iaitu 5 markah bagi pendahuluan dan penutup serta 20 markah untuk isi.
Macam nilah contoh soalan Kertas 2

‘’Eh,ada jugak pendahuluan dengan penutup,macam belajar BM je?’’
Bukan sebarang pendahuluan dan penutup anda boleh buat.Pendahuluan dan penutup ni juga memerlukan anda mengisinya dengan fakta sejarah.Jangan risau ya,guru akan ‘guide’ anda bagaimana membuat pendahuluan dan penutup yang membolehkan anda ada 20 markah dalam tangan.5 x 4=20.

Buku rujukan seperti nasihat saya sebelum ini,pakatlah dengan rakan anda supaya membeli daripada syarikat yang berbeza supaya anda dapat input yang berbeza.

Saya sarankan rujuk juga blog ini yang dibuat oleh seorang guru Sejarah Kertas 1 dari Perak.Manfaatkan internet untuk mencari bahan rujukan.Jangan main facebook je dengan internet!

2.Syariah
Subjek ini boleh dikatakan kesinambungan subjek Pendidikan Syariah Islamiah semasa menengah atas dulu.Ada juga tajuk yang diulang semasa di tingkatan 4 dan 5 diulang lagi.Terdapat juga 2 kertas bagi subjek ni.Bagi kertas 1 terbahagi kepada fiqh dan usul fiqh.Manakala kertas 2 terbahagi kepada ayat hukum dan hadis hukum.
Kiranya anda perlukan 4 buah buku jugak bagi subjek ni(sama macam kes subjek sejarah tadi).Subjek ni memang anda bergantung sepenuhnya kepada buku dan guru kerana sumber rujukan di internet terhad.

Kertas 1 bagi tajuk Fiqh anda akan mempelajari muamalat,munakahat(yang ni mesti ramai suka),jinayat,dan faraid. Bagi bahagian Usul Fiqh,anda akan mempelajari dalil disepakati(Al-Quran,Sunnah dan Ijmak) dan dalil tidak disepakati(istihsan,masalih mursalah,saddu az-zara’i’ dan banyak lagi).Ada satu lagi bahagian dalam Usul Fiqh iaitu Qawaid Fiqhiyyah(cara hukum dikeluarkan).Nota semasa di tingkatan 4 dan 5 sangat membantu bagi memahami semula tajuk-tajuk ini kerana buku yang digunakan kadang-kadang terselit penggunaan bahasa Melayu era 90-an yang menyebabkan susah sedikit untuk memahaminya. Buku yang saya gunakan ialah terbitan Pustaka Majid. Biasanya guru anda akan memberitahu di mana tempat yang anda boleh dapatkan buku ini kerana cetakan buku ini juga terhad dan bergantung kepada permintaan.
Buku ni pun boleh guna juga.versi rumi..

Kertas 2 pula kertas ‘favourite’ ramai pelajar sebab banyak soalan secara KBKK dikemukakan dalam peperiksaan.Buku Ayat Hukum dan Hadis Hukum yang saya guna ialah tulisan Ustaz Abdul Latif Muda terbitan Pustaka Salam.Ramai yang boleh ‘skor’ subjek Syariah kerana adanya kertas 2 ni.Mungkin ini juga menyebabkan ada pelajar sekolah harian biasa bukan daripada aliran agama turut mengambil subjek ini tanpa mengambil bahasa Arab.Saya dulu banyak tumpukan kertas 1 kerana lebih banyak yang perlu dihafal dan difahami  berbanding kertas 2.Yang penting anda WAJIB faham setiap ayat Al-Quran dan hadis yang dipelajari kerana bila anda telah faham,senang lah nak ‘goreng’ soalan KBKK yang dikemukakan.Paling-paling kena hafal ialah sebab nuzul dan sebab wurud hadis.

Lupa pulak nak bagitahu setiap kertas 5 soalan anda WAJIB jawab.Bagi kertas 1, anda dikehendaki memilih 3 daripada 5 soalan Fiqh yang dikemukakan.Bagi bahagian Usul Fiqh, 2 soalan wajib dijawab daripada 4 soalan yang dikemukakan.Jadi ada 5 soalan semuanya dan setiap soalan membawa 20 markah.

Bagi kertas 2 pula, 2 soalan wajib dijawab daripada bahagian ayat hukum dan 2 soalan lagi daripada hadis hukum.Kemudian,anda dikehendaki memilih untuk menjawab satu soalan lagi tidak kira daripada bahagian ayat atau hadis.Jadi,5 soalan juga jumlahnya dan setiap soalan membawa 20 markah.

Nasihat saya,ambil peluang untuk memahami setiap tajuk yang dipelajari dan bukan sekadar menghafal untuk peperiksaan kerana anda akan sedar banyak lagi yang anda tak tahu rupanya tentang agama kita sendiri.

3.Usuluddin
Subjek ni saya tak boleh cerita panjang lebar sangat kerana saya tak mengambilnya.Subjek ni kesinambungan subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah semasa SPM dulu.

Bagi kertas 1, terdapat dua bahagian iaitu Tauhid dan Ilmu Mantik.Bagi kertas 2 pula,terdapat 2 bahagian juga iaitu Ulum Al-Quran dan Ulum Hadis.Seperti juga subjek Syariah,ramai yang ‘skor’ kertas 2 berbanding kertas 1.Tak tahulah kenapa! Mesti ada yang tertanya-tanya ilmu mantik tu apa?Ilmu mantik ni lebih kurang berkaitan dengan falsafah atau bahasa lainnya ilmu logik.
Buku Pengantar Ilmu Tauhid

Saya lihat rakan-rakan saya yang mengambil subjek ini menggunakan buku Pengantar Tauhid,Pengantar Ilmu Mantik,Pengantar Ulum Al-Quran dan Pengantar Ulum Hadis juga terbitan Pustaka Salam.Biasanya ramai guru subjek Syariah dan Usuludin membuat modul sendiri yang berfokus kepada soalan peperiksaan bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Jadi,berdampinglah dengan guru anda!


Akhir kata,bagi lepasan SPM 2011 yang mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan enam,belajarlah bersungguh-sungguh dan buat sehabis baik ketika STPM 2013.Pedulikan rakan anda yang telah berada di universiti dan matrikulasi dan tunjukkan kepada mereka bahawa pilihan anda ini tiada cacat-celanya.Setiap orang memiliki takdir yang berbeza dan terpulang kepada kita bagaimana hendak mengubah nasib sendiri!

19 comments:

Anonymous said...

INFO YANG SANGAT SANGAT BAIK

Anonymous said...

salam, boleh sy tahu jika kita ambil subjek syariah dan bahasa arab perlukah ambil subjek sejarah?

sfw said...

kepada Anonymous..tak perlu sebab pakej semasa STPM sangatlah bebas..tak perlukan kombinasi mana-mana subjek,cuma yang penting jika mahu ambil bidang pengajian Islam,jangan ditinggalkan bahasa Arab..

Unknown said...

tumpang tanya..di manakah kedai buku yang boleh sy dapatkan bahan2 rujukan bagi terbitan pustaka majid??

sfw said...

saudara saiful,
biasanya ada di kedai-kedai yang memang menjual buku-buku agama sahaja..kalau di di kedai-kedai buku biasa susah untuk didapati..

Anonymous said...

salam ...saya student aliran agama jugak..saya ambil 4 subjek(bm,pa,syariah dan sejarah..tapi saya tertanya-tanya mcm sy ambil syariah tanpa bahasa arab..urm,,macam mana pilihan bidang di universiti kelak.??

sfw said...

waalaikumsalam Anonymous..setakat yang saya tahu kalau nak ambil bidang syariah di IPTA memang memerlukan kelayakan bahasa Arab sebagai gandingan kerana mengkaji kitab-kitab fiqh yang sememangnya dalam bahasa Arab pasti memerlukan kemahiran bahasa ini kan?,apapun,boleh rujuk syarat kelayakan di laman web UPU..

Unknown said...

Assalammualaikum, saya pelajar lepasan SPM 2015. Saya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke form 6. Dan saya mendapat aliran agama. Masalah saya ialah, saya kurang mahir dalam subjek bahasa arab dan risau jika tidak dapat carry subject killer tu. Time SPM, saya hanya mendapat D dalam bahasa arab. Tetapi saya memang minat dalam subject syariah kerana saya ingin mengambil law. Pada pendapat akak, perlu ke saya terima tawaran ini ataupon sambung sahaja belajar di tempat lain?

Unknown said...

Assalamualaikum.. Mana nak dapatkn buku utk subjek syariah

Unknown said...

Assalamualaikum.. Mana nak dapatkn buku utk subjek syariah

sfw said...

kepada Wiwie Nurhidaya,
buku untuk subjek syariah boleh cuba cari di kedai-kedai buku agama

Anonymous said...

Salam,akak. Saya dari sekolah menengah agama. Boleh tak kalau saya buat permohonan untuk ambil stpm di kolej tingkatan 6 pontian? And dekat situ ada kemudahan asrama tak?

sfw said...

Salam..Kepada Anonymous..anda boleh rujuk PPD Pontian berkenaan hal berikut

Anonymous said...

salam kak,saya berminat nak ambil stpm di kisas,akan tetapi boleh tak dgn stpm ni saya boleh melanjutkan ke bidang kaunseling atau psikologi di ipta?

Unknown said...

Assalamualaikum akak. Jurusan agama ni kan, dalam bahasa melayu ker arab? Maksud saya subjek syariah ni dalam melayu ker?

sfw said...

Kepada Unknown,untuk STPM,subjek syariah dan usuludin dalam bahasa Melayu

Anonymous said...

Assalamualaikum, buku usul fiqh tu ada versi online tak? Jika tiada, boleh saya dapatkan tahun terbitan dan tempat terbitan?

Anonymous said...

Nak tanya juga, adakah subjek syariah dn usuluddin tu mesti dijawab dlm jawi atau rumi?

sfw said...

Kepada Anonymous, seiingat saya mesti dijawab dalam jawi.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...