Wednesday, December 28, 2011

PESALAH JUVANA...BANTULAH MEREKA

Masa senggang selepas peperiksaan masaku isi dengan aktiviti menonton drama dan antara drama yang menarik perhatian ialah drama bersiri Juvana siaran TV3 terbitan penerbit tidak asing lagi iaitu Kabir Bhatia..selepas drama Nur Kasih,sudah lama saya tidak menonton drama bersiri Melayu kerana tidak ada yang betul-betul menarik minat..tetapi drama Juvana berjaya membuatkan saya menontonnya hingga tamat..

Ada yang berkata drama ini membawa contoh yang tidak baik terhadap remaja terutama tentang unsur keganasan yang dipaparkan.Namun, saya berpendapat banyak lagi drama Melayu lain yang lebih berunsur keganasan.Saya akui banyak mesej yang dipaparkan dalam drama ini yang sewajarnya direnungkan..


  • Kebanyakan pesalah juvana terdiri daripada latar belakang keluarga yang berantakan sehingga menyebabkan mereka membuat pelbagai salah laku.Hal ini digambarkan melalui watak Ayam yang membuat hubungan luar nikah sehingga membuang bayi yang dikandung pasangannya.Watak ibunya dan bapa pasangannya pula digambarkan tidak ambil peduli akan anak sendiri sehinggakan tidak dapat menghidu perkara sedemikian berlaku.
  • Kemiskinan keluarga turut membawa kepada salah laku seperti mencuri yang dilalui oleh watak Apek yang ingin membantu ibunya.Peranan masyarakat seperti pusat zakat negeri diperlukan agar tidak ada remaja yang melakukan salah laku sebegini.Hal ini bertepatan dengan salah satu hadis nabi yang membawa maksud 'kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran'.
  • Namun begitu,bukan semua kesalahan berpunca daripada keluarga.Pengaruh rakan sebaya juga menjadi sebab yang turut digambarkan oleh watak Gaban yang tepengaruh dengan ajakan rakannya untuk berlumba haram walaupun telah dinasihati oleh bapanya.
  • Anak yatim hendaklah dibantu agar tidak ada anak yatim yang menjadi gelandangan seperti watak Kedah dalam drama ini.Watak ini digambarkan tidak disantuni dengan baik oleh beberapa keluarga angkatnya sehingga menyebabkannya lari dan hidup tidak tentu arah di jalanan.Nabi Muhammad sangat menganjurkan umatnya agar menyantuni anak yatim kerana mereka termasuk dalam golongan yang perlu dibantu.
  • Watak utama iaitu Daim(lakonan Zahiril Adzim) tidak bersalah namun tetap dikira bersalah berdasarkan bukti di tempat kejadian.Di awal cerita,beliau selalu mempersoalkan takdir yang menimpanya dan menghadapi masalah menyesuaikan diri bersama budak-budak nakal di sekolah juvana tersebut.Namun di akhir cerita,beliau bersyukur tentang takdir yang menimpanya kerana beliau telah banyak belajar tentang kehidupan sepanjang berada di situ.Sesungguhnya hakim yang adil lagi bijaksana ialah ALLAH SWT.Semua manusia di muka bumi akan diadili dengan seadil-adilnya di akhirat kelak.

Drama ini juga mneyedarkan saya bahawa kita tidak seharusnya menghukum pesalah juvana ini sebaliknya membantu mereka kembali ke jalan yang benar.Keseluruhannya,saya sangat berpuas hati menonton cerita ini..Tahniah kepada team produksi Juvana kerana menghasilkan drama yang hebat ini..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...