Thursday, June 14, 2012

Oh My English!


Salam ukhuwah.And it’s very long time ago since I update my blog..eh eh..ni kenapa dah termasuk gear tulis blog dalam English ni..Oh My English!

Bukan apa,tengok promo demi promo disiarkan astro tentang rancangan Oh My English(OME) di beberapa saluran astro yang utama macam astro Ria dan astro Prima membuatkan aku terpanggil untuk tengok rancangan ni.First impression, daebak!(hehe,termasuk bahasa korea sikit,daebak has same meaning with amazing). Secara tak langsung,kita dapat mempelajari bahasa Inggeris secara santai dan pada masa yang sama dapat membaiki penguasaan bahasa Inggeris.

Konsep cerita ni mudah je apabila seorang guru dari England datang ke sebuah sekolah dan dikehendaki mengajar bahasa Inggeris di kelas 3 Merah di SMK Ayer Dalam.Semua ni atas arahan pengetuanya, Puan Hajar(lakonan Adibah Noor) kerana pencapaian bahasa Inggeris mereka sangatlah teruk!Nak-nak masa ‘speaking’,berterabur semua!Teringat masa zaman sekolah dulu,sama je berterabur budak-budak ni speaking dengan aku.Hehe.Bila cakap pasal graduan menganggur yang kurang kemahiran bercakap dalam English ni,aku rasa disebabkan sistem pengajaran bahasa Inggeris kat sekolah-sekolah lebih tekankan penulisan daripada percakapan.
Oh My English disiarkan di Astro TVIQ saluran 610 setiap hari Ahad jam 10 pagi 


Ala kalau budak-budak Terengganu(baca=Ganu) mesti faham konsepnya lebih kurang dengan ETA(English Teacher Assistant) yang dibuat oleh kerajaan negeri yang mana ETA ni dihantar ke sekolah-sekolah dan berkomunikasi dengan pelajar.Aku memang tak sempat nak rasa ada ETA ni tapi adik aku sempat.Kesannya,(adik aku katalah) memang meningkatkan keyakinan diri pelajar supaya bercakap dalam bahasa Inggeris sebab cikgu ETA ni memanglah tak pandai sepatah haram cakap Melayu.Nak tak nak kena lah berkomunikasi dengan dia cakap English.

Guru dari England ni dikenali dengan Sir Henry Middleton(lakonan Zain Saidin) memang bercakap ’full in English’ dengan budak-budak ni sebab nak ‘improve’ English dioranglah.Ada teori mengatakan kalau kita nak pandai dalam sesuatu bahasa,cara terbaik ialah berkomunikasi dan berkawan dengan penutur jati bahasa tersebut.Jadi,konsep ni memang menjadilah!Tambah-tambah pulak budak-budak kelas 3 Merah ni mempunyai perwatakan yang pelbagai.Ada yang jenis skema,huru-hara,nak jadi 'rockstar',nak jadi pemain bola,nak jadi kaya, dan macam-macam lagila.Perwatakan merekalah mewarnai lagi OME ni.Kalau budak-budaknya skema je,tak 'best' dah kut nak tengok OME ni.

Bila tengok OME ni banyak rupa-rupanya perkataan BI ni kita salah guna dalam pelbagai keadaan.Memang ramai lah suka tengok iklan yang salah seorang pelajar kelas 3 Merah(tak ingat lak yang mana satu) cakap ‘Can you chop this letter?’.Lepas tu Encik Mohd Saleh(lakonan Harun Salim Bachik) kata, ‘Are you sure you want me to chop this letter’.Tiba-tiba,krakk!,Encik Mohd Saleh koyakkan surat tu ala-ala gaya kita potong daging tak pun ikan yang nak disiang.Perkataan yang betul bagi ‘chop’ tu ialah ‘stamp’.Tu la,dah biasa cakap Melayu guna perkataan cop.Memang kelakar!

Kesimpulannya,tak salah pun kita sebagai remaja awal 20-an tengok rancangan yang ala-ala dikhaskan untuk budak-budak sekolah.Kalau untuk ilmu,apa salahnya kan!
Budak-budak kelas 3 Merah
Dari kiri belakang(nama watak):Syafiq,Faiz,Jamil a.k.a Jibam(ketua kelas),Farouk
Dari kiri depan:Faiza(kembar Faiz),Anusha,Azlin,Encik Mohd Saleh,Sir Henry,Puan Hajar,Mazlee,See Yew Soon(SYS)

5 comments:

schafieqa aqiela said...

apa nama sebenar jibam eh?

sfw said...

akmal nazri kalau tak silap

linda jes said...

sy suka snt izara aisyah

Alif Yusof said...

aku pun tgk citer ni. lawak tp bermaklumat. hehe

Sazzy Mazuki said...

jibam so cute

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...