Sunday, November 26, 2017

Go Back Couple

Tahun 2017 banyak betul drama genre time-travel tapi kelainan Go Back Couple ni ialah tak tertumpu kepada teori time-travel.Lakonan Son Ho-jun (Choi Ban-do) dan Jang Na-ra (Ma Jin-joo)bagi aku sangat cemerlang.Pada mulanya, aku skeptikal dengan gandingan mereka berdua tapi mereka membuktikan sebaliknya.



Drama ni bermula dengan Ban-do dan Jin-joo ni failkan permohonan cerai.Pergaduhan yang kecil membawa kepada masing-masing nak bercerai dan meluahkan rasa menyesal kerana berjumpa antara satu sama lain.Jin-joo harapkan Ban-do faham kesusahan Jin-joo sebagai suri rumah manakala Ban-do jenis tak bercerita tentang kesusahan pekerjaannya.Maka,jadilah dua-dua memendam perasaan sehingga berlaku salah faham.Kemudian,mereka kembali ke tahun 1999, iaitu tahun pertama masing-masing sebagai pelajar universiti.Mereka pertama kali berjumpa semasa group blind date.

                                                   Ni muka zaman muda-muda depa..

 Ni babak di mana depa ni gaduh laki bini kat studio radio uni..rupanya radio tu tgh on-air,,tak pasal-pasal satu uni dengar dan timbul banyak gosip lepas tu.

Aku maraton drama ni dalam masa satu malam sahaja sampai mata bengkak-bengkak..haha..drama yang sangat bagus bagi aku untuk sesiapa yang bakal berkahwin, dah berkahwin malah yang tak tahu bila nak kahwin macam aku ni.Mereka kembali ke masa lalu agar dapat cari balik cinta yang hilang.Mereka ambil keputusan nak bercerai lepas 18 tahun berkahwin dan ada seorang anak lelaki.

Kesimpulannya,komunikasi tu penting dalam perkahwinan.Aku suka bagaimana writer cerita ni tak highlightkan semata-mata kesengsaraan Jin-joo sebagai suri rumah sepenuh masa malah bagaimana Ban-do struggle mencari nafkah untuk keluarga juga dipaparkan.Ban-do ni kelulusan kejuruteraan sivil tapi end up bekerja sebagai salesman untuk syarikat farmaseutikal,Tekanan hidup menyebabkan masing-masing mengharapkan pasangan satu sama lain memahami tapi apa yang berlaku sebaliknya.




                               Babak-babak Ban-do dan Jin-joo yang teringat dan rindukan anak mereka
                                Seo-jin masa mereka balik tahun 1999.

Cerita ni sangat realiti dalam kehidupan.Realiti suri rumah sepenuh masa dan tanggungjawab ayah dan suami yang berat dalam mencari nafkah bagi aku menjadi tunjang utama drama ni.Ban-do bila kembali ke masa lalu menyarankan ibunya agar memahami kesusahan ayahnya dalam bekerja kerana dia dah rasa pada masa sekarang.Jin-joo lebih menghargai ibunya bila dia sendiri dah jadi ibu. 

Banyak quotes menarik dalam drama ni:

1."At one point in life,we begin to take somethings for granted because we get comfortable and used to them."-Choi Ban-do. 
Bila awal-awal kahwin, rajin celebrate tarikh-tarikh penting,tapi bila lama dah kawin,buat tak kisah sebab kononnya dah selesa.

2. "But you know,once I had a kid,there's nothing you can't do in this world." "The youth may have dream and passion as their weapon.But we have child as bigger weapon that helps us fight against anything."-Choi Ban Do. 
Ban-do ni jumpa senior dia yang bekerja sebagai ejen insurans yang dulunya masa universiti habis dicanang kononnya akan jadi arkitek.Aku rasa tersentak dengan scene ni sebab Ban-do kata bila lelaki dah jadi ayah, mereka akan sanggup buat apa-apa kerja untuk anak isteri,malu semua tolak tepi.

3. "You can live without your parents,but you can't live without your child."
Ni mak Jin-joo kata kepada Jin-joo supaya balik ke masa sekarang.Mak Jin-joo dapat rasa ada yang tak kena dengan Jin-joo dan suruh Jin-joo ni balik untuk jaga anaknya, Seo-jin.

Hubungan menantu dengan mertua juga dipaparkan sangat baik.Ban-do bila kembali ke tahun lepas punya lah gigih nak jumpa mak Jin-joo.Ban-do kata dia pun rindu kan mak mertuanya sama dengan Jin-joo.Tapi,cerita ni tak delah penuh dengan air mata ja, scene-scene lawak pun ada masa Ban-do balas dendam balik kat senior yang buli dia masa tahun 2017 dan kawan-kawan Ban-do dan Jin-joo yang menceriakan drama ni.

Kesimpulannya, drama ni sangat bagus memaparkan realiti alam perkahwinan.Ternyata saluran KBS tahun ni banyak memaparkan drama sebegini bermula dengan Fight for My Way dan Strongest Deliveryman.




Saturday, October 7, 2017

Review Pelukis Jalanan - Teme Abdullah

“Ia kekal dongeng..Jika engkau tidak mula berjalan..’’

Bila aku baca je kata-kata ni dekat kulit muka depan, memang aku rasa tak rugi beli buku ni.Buku ni dah keluar tahun lepas lagi, tapi aku selalu bertagak-tagak je nak beli walaupun buku ni dah bestseller.Tapi, minggu ni aku kerap rasa stress dan terus rasa nak cari apa-apa buku untuk naikkan balik semangat aku.

Tak salah la aku beli buku ni pada masa sekarang.Banyak quotes dalam ni yang aku suka.Antaranya ialah:
  • ·         “Sungguh, kadangkala kita perlu keluar dari ‘zon selesa’ untuk belajar bersyukur dan bercita-cita.Beruntunglah mereka yang Allah telah bantu untuk dijauhkan dari wabak terlampau selesa” -m/s 53. Aku memang boleh relate betul dengan quotes ini,sebab sekarang aku kira seorang diri tercampak kerja kat Senawang  dengan pekerjaan yang aku dulu tak nak sangat, tapi sekarang aku dah bergelar cikgu pun.Dengan housemate yang tak berapa mesra alam sangat, mula-mula aku kerja,sangat depress.Dengan kerja yang aku separuh hati tak berapa nak suka,memang keluar dari zon selesa betullah aku ni.                                                                                                
  •  ·         “Dia sedar ini merupakan ujian Allah untuknya.Dalam keadaan kesempitan wang,apa sahaja sanggup dilakukan oleh seseorang untuk mencari rezeki” –m/s 83. Ni pun aku rasa,lumrah baru kerja dengan gaji tak lah banyak mana, memang ada keinginan aku nak tambah pendapatan.Cuba-cuba nak belajar berniaga,tapi ada sesetengah perniagaan yang secara berjemaah ni,ada yang diajar kena overclaim produk,sungguh aku rasa tak selesa.Dan sekarang, aku selesa dengan kerja home tutor je.                                                                                                                                                               
  • ·         “Janganlah tengok periuk nasi orang lain untuk bandingkan dengan periuk nasi kau sendiri. Tapi, tengoklah periuk nasi orang lain untuk pastikan mereka ada cukup makanan. Bersyukurlah dengan rezeki yang Tuhan beri pada kita.Bantu orang lain.Kau akan jadi tenang.” –m/s 102                                                                                      
  • ·         “Kalau kalian punyai minat,fikirkan bagaimana cara untuk salurkannya ke jalan Allah.Asah minat itu setajam-tajamnya.Gunakan bakat itu untuk meraih redha Allah.Kalau tidak, kehebatan itu hanyalah debu yang tiada nilainya.”-m/s 196                                                                                                                                                              
  • ·         “Tangan ini.Mata ini.Semua ini anugerah Allah kepada hamba-Nya.Mana mungkin seorang hamba sanggup menggunakannya untuk mengundang murka Tuhannya.Itu derhaka”- m/s 202
Buku yang sangat bagus untuk inspirasi dan motivasi.Teme ni rahsiakan identitinya macam Hlovate. Beliau seorang arkitek.Kalau Matluthfi menyentuh kita dengan videonya, Teme ni menyentuh kita melalui lukisan dan tulisannya.Jarang jumpa orang boleh menulis sehingga kita tersentuh dan melukis dengan sangat baik.Sungguh aku cemburu dengan bakat yang dianugerahkan kepadanya.Nanti aku akan beli pulak sambungan buku ni,Arkitek Jalanan.

                                   Antara lukisan Teme yang menjadi popular selepas diupload ke                                                      Instagram.Boleh la follow instagram beliau Teme Abdullah.

Boleh dapatkan  buku Teme keluaran Iman Shoppe di sini, https://www.imanshoppe.com/products/pelukis-jalanan-by-teme-abdullah?_pos=2&_sid=f657bfe89&_ss=r&ref=k3rhjb5mbo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...