Saturday, August 22, 2026

Cinta dalam Sekam: Rupanya Saya Bukan Meneka Twist , Saya Meneka Shafiq

 Setelah lama saya tak update blog, drama Cinta dalam Sekam berjaya buat saya nak update blog semata-mata nak rant. Saya masih tak percaya saya boleh terfikir teori ini sebelum episod 12. 😂


Masa minggu episod 5-6, Amir Ahnaf pernah tulis di Threads, :

“ UWAN TU IMRAN…”


Ramai yang anggap dia bergurau atau troll. Bila episod 11 keluar pula, anak-anak Uwan sendiri berkata, “Tapi ayah kami Imran,” dan ketika itu memang ada penonton yang terus yakin bahawa Uwan ialah Imran.

Pada masa yang sama, ada juga teori bahawa Uwan sebenarnya Shafiq yang menukar identiti. Saya sendiri pada awalnya tak ambil serius pun teori itu.

Sampailah selepas habis episod 11, saya ternampak BTS interview Haidar Hasanudin baru release di ott Viu.  Saya saja layan sebab production keluarkan video pengalaman Haidar sepanjang berlakon dalam CDS.

Kemudian di hujung video, Haidar berkata:

“Saya Haidar, memegang watak Shafiq Zulkarnain…” lihat di minit 2:05


Saya terus:

Wait.

Kenapa saya rasa macam tak familiar nama penuh Shafiq disebut. Sepanjang 11 episod, kita tak pernah pun diberitahu nama penuh Shafiq.

Dan entah macam mana otak saya terus sambung dengan teori Shafiq menukar identiti.

Saya fikir dan meletakkan diri saya:

“Kalau betul Shafiq yang tukar identiti dan hidup sebagai Imran, macam mana dia akan pilih nama?”

Kemudian saya fikir lagi:

Shafiq Zulkarnain.

Kalau dia mahu mengambil nama Imran, saya rasa dia tak semestinya akan membuang seluruh identiti lamanya. Dia mungkin mengambil nama Imran, tetapi masih mengekalkan Zulkarnain.

Jadi saya terfikir:

Imran Zulkarnain.

Masa tu pun saya fikir saja-saja. Saya tak ambil serius. 😂

Kemudian episod 12 keluar.

Dan Shafiq(Uwan) sendiri berkata:

“Nama aku Imran Zulkarnain bin Mansor.”

Kemudian:

“Nama aku dulu Shafiq Zulkarnain bin Mansor.”

Saya:

……WAIT. SERIUS LAH?!

Yang membuatkan saya paling kagum bukanlah sebab saya “teka twist”.

Saya sebenarnya bukan meneka apa yang writer akan buat.

Saya cuba fikir:

“Kalau aku Shafiq, dengan semua pengalaman hidup dan rasa bersalah yang dia bawa, apa yang aku akan buat?”

Dan jawapan yang saya dapat secara spontan rupa-rupanya sama dengan jawapan writer.

Saya bermula dengan satu teori fandom di Threads:

Shafiq mungkin menukar identiti.

Kemudian saya mendapat satu maklumat baru:

Shafiq Zulkarnain.

Dan saya cuba cari mekanisme yang paling masuk akal dari POV Syafiq.

Akhirnya:

Imran Zulkarnain.

Dan writer memang buat begitu.

Itu yang membuatkan saya rasa puas hati gila. Sebab teori itu bukan sekadar “Uwan ialah Shafiq”. Ia menerangkan bagaimana Syafiq boleh menjadi Uwan tanpa kehilangan sepenuhnya identiti dirinya.

Dia mengambil nama Imran.

Tetapi dia mengekalkan Zulkarnain.

Dan selepas kita tahu seluruh kisah Shafiq, pilihan itu terasa sangat psychological.

Mungkin dia mahu hidup sebagai Imran kerana rasa bersalah dan kasihnya terhadap adiknya, tetapi dia juga tidak benar-benar membuang siapa dirinya.

Dia masih Shafiq.

Cuma sekarang dia hidup membawa nama Imran.

Dan yang paling lawak, Amir Ahnaf sebenarnya sudah “spoiler” dari episod 6:

“Sebenarnya Uwan tu Imran.”

Haidar pula bagi kita satu lagi clue sebelum final:

“Shafiq Zulkarnain.”

Dua-dua pelakon ni memang nakal. 😂

Amir bagi jawapan yang betul tetapi membiarkan penonton assume “Imran” yang mana.

Haidar pula bagi nama penuh Shafiq yang sepanjang 11 episod kita tak pernah tahu.

Kemudian episod 12 baru kita faham kenapa nama itu penting.

Cuma kalau production memang sengaja, saya suka, haha. dan lebih geram di caption video Youtube diletakkan SEBAGAI SHAFIQ, bukan SHAFIQ ZULKARNAIN. 

Jadi, saya be like, boleh je kut Haidar sebut sebagai Shafiq, so bila tiba di ep 12, penonton macam ok, tapi kenapa kat caption ditulis SHAFIQ, tapi dia sebut Shafiq Zulkarnain, adakah dia disuruh sebut macam tu? saya tak boleh sangka baik dah kat production.🤣


Jadi sekarang saya rasa macam:

Saya rasa inilah jenis pengalaman menonton yang saya paling suka.

Bukan semata-mata berjaya meneka twist, tetapi apabila kita cuba memahami cara watak itu berfikir, kemudian writer membawa watak tersebut ke keputusan yang sama.

Jadi kali ini saya bukan sekadar rasa:

“Saya betul.”

Saya rasa:

“Oh. Rupanya cara saya memahami Shafiq memang selari dengan cara writer memahami Shafiq.”


Dan banyak lagi sebenarnya saya nak kupas tentang cerita ini, antaranya bahasa cinta berbeza Shafiq-Amanda, Imran-Laila, sahabat, kekeluargaan, misteri dan legasi. Satu saya nak puji produksi cukup bijak dengan tidak membiarkan sedikit pun klu pasal nama Uwan ni tersalah sebut atau disengajakan dalam cerita. Dan rupanya, kalau produksi memang betul memberi klu melalui pelakon yang memegang watak ini di luar cerita.Sabar je la aku ni,

Tuesday, February 7, 2023

TUTOR ONLINE SUBJEK AGAMA

 Assalamualaikum.

Saya ada menawarkan tuisyen online bagi subjek-subjek agama sekolah menengah di sekolah iaitu Pendidikan Islam, Bahasa Arab, dan Pendidikan Syariah Islamiah di aliran perdana. Untuk calon persendirian SPM, kelas boleh dilakukan pada siang weekdays. Jika mahukan tutor bagi subjek Kurikulum Bersepadu Dini(KBD) seperti Lughah Muasirah dan Syariah, boleh dipertimbangkan. Ibu bapa atau pelajar yang berminat, boleh terus tekan link whatsapp www.wasap.my/60145238536/naktutor.

BIODATA

Nama: Siti Fatimah Wahidah binti Zamri

Kelulusan: Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam), UKM. Diploma Lepasan Ijazah dalam Pengajaran, OUM.


Berpengalaman 6 tahun mengajar mulai tahun 2017 sehingga 2023 di sekolah menengah agama swasta. Sekarang, tutor online freelance sepenuh masa.

Wednesday, May 11, 2022

Monday, February 14, 2022

Review When the Weather is Fine

 Review K-Drama

Kalau anda inginkan drama yang slow-pace dan dijamu mata dengan sinematografi kawasan luar bandar yang menarik, anda mesti tonton drama ini. Vibe cerita ini pun rasa macam kita pun berada di musim sejuk sambil menghirup kopi memandang tepi tingkap, gitu..OST dan instrumental drama ini pun semua best, sesuai dengan latar musim sejuk tu.

Lakonan Park Min-young (Mok Hae-won) dan Seo Kang-joon (Im Eun-seob), cerita ini bermula dengan watak Mok Hae-won pulang ke kampungnya ketika musim sejuk akan bermula. Disebabkan lelah dengan kehidupan bandar, Hae-won pulang ke kampungnya dan menetap bersama ibu saudaranya.

Drama ini menarik bagi aku sebab menunjukkan kehidupan yang tenang di desa tanpa hiruk pikuk kota metropolitan seperti di Seoul.Watak Eun-seob pula mempunyai kedai buku kecil yang cantik dan cozy, Good Night Bookstore. Bertambah menarik, di kedai buku Eun-seob ini lah mereka wujudkan Kelab Buku yang akan berkumpul membincangkan pelbagai genre buku. Hae-won diajak menyertai Kelab Buku tersebut oleh rakan lama beliau, yang juga sekelas dengan Hae-won dan Eun-seob, iaitu Lee Jang-woo dipegang oleh Lee Jae-wook.Bagi peminat Kdrama yang juga bibliophile, pasti suka scene perbincangan Kelab Buku mereka ini.Banyak puisi dan cerita yang best aku dapat tahu daripada scene gathering Kelab Buku mereka ni.

Cerita ini juga mengisahkan bagaimana watak Hae-won dan Eun-seob ini berdamai dengan masa lalu.Masing-masing watak ini mempunyai cerita masa lalu yang membuatkan mereka agak sukar menempatkan diri dalam masyarakat dan lebih banyak menyendiri.Watak-watak sampingan dalam drama ini juga berjaya menambah rencah cerita ini seperti watak adik Eun-seob, ahli-ahli Kelab Buku daripada pelbagai peringkat usia, serta watak Jang-woo. Aku suka watak Lee Jae-wook dalam drama ini yang kecoh dan baik dengan kawan-kawannya, berbeza betul dengan watak Lee Jae-wook dalam Extraordinary You yang stress aje, haha..

                                                    Ahli Kelab Buku Good Night Bookstore

Kesimpulannya, jika anda inginkan drama bergenre slice of life, healing, sinematografi luar bandar yang cantik, dunia buku, kehidupan yang tenang, sila lah tonton drama ini, dan anda tidak akan menyesal.



Sunday, November 28, 2021

Review Perempuan dari Masa Lalu oleh Wafa Awla

Sudah lama, Malaysia tiada buku puisi yang menjadi best seller seperti ini. Bacalah, dan anda akan mengerti mengapa buku ini menjadi best seller. Puisi yang ditulis saudari Wafa Awla ada jiwa, dan mudah difahami oleh semua orang. Hal ini mungkin kerana coretan yang dinukilkan pernah dihadapi oleh semua orang dalam meniti usia kedewasaan.

Antara puisi kesukaan aku dalam buku ini ialah Monolog: Pagi, Ketika Seorang Lelaki dan Perempuan, Sebuah Kota dalam Dada, Monolog: Syurga ialah Rak Perpustakaan dan Seorang Perempuan dari Masa Lalu.Aku kongsikan sedikit bait-bait yang aku suka daripada buku ini:

- Monolog: Pagi

Ajaibnya pagi, ia selalu hadir sebagai sebuah petanda harapan masih lagi ada.

- Sebuah Kota dalam Dada

Di kotaku, hanya di kotaku, kami terlupa cara menjadi gembira

Kami bisu yang cuma mereka-reka bahagia.

- Monolog: Syurga ialah Rak Perpustakaan

Barangkali syurga akan seperti rak-rak buku penuh di perpustakaan.

Kata-kata berpesta berusaha menjarakkan kesunyian.


Boleh juga dengarkan bacaan puisi tersebut di Spotify:

 

 Tahniah kepada penerbitan @inibukujiwa kerana menerbitkan buku seumpama ini. Aku pasti akan mendapatkan buku puisi daripada Wafa Awla lagi selepas ini. 😃

Friday, October 8, 2021

30 Day Song Challenge - Day 7

 Hari Ke-7- with (almost) no words.

 Kdrama OST (Instrumental) When the Weather is Fine.


Banyak lagu instrumental drama ni aku suka. Vibe drama ni pun menenangkan je. Time musim sejuk kat luar bandar, jadi sinematografi pun cantik. Tambah pula instrumental drama ni semua best dan kena dengan jalan cerita.Aku kongsi beberapa instrumental drama ni yang aku suka.









Tuesday, October 5, 2021

30 Day Song Challenge - Day 4

 Hari Keempat - is by an artist you want to hang out with.

 슈퍼스타 (Superstar) - Mido and Falasol 

Aku pilih Mido and Falasol, pelakon utama dalam Kdrama Hospital Playlist. Sifat mereka yang berbeza melengkapi satu sama lain sebagai seorang rakan. Mesti best dapat lepak dengan kawan-kawan macam ni.





Friday, October 1, 2021

Review Coffee Ikaga Deshou

 Review J-drama


Jarang-jarang aku tonton drama Jepun. Satu hari di kala aku bosan-bosan, aku go through Mydramalist, terjumpa drama ni dalam list genre slice of life. Episod pun sikit, dalam 8 episod. Satu episod dalam 40 minit lebih je, maka aku pun decide tengok.

                              Coffee Ikaga Deshou tu maksudnya "Would you like some coffee?"

Bila dah habis tengok, kenapa la tak jumpa drama ni dari awal. Aku dah tengok drama ni masa bulan 8. Sekarang baru rasa nak buat review sempena hari kopi sedunia. Drama ni mengisahkan Hajima Aoyama, seorang tauke yang ada coffee truck. Berbanding ada coffee house yang tetap, dia lebih suka run secara truck dan setiap seminggu, dia akan pindah ke tempat lain. Kenapa dia suka pindah-pindah, kena la tengok.


Setiap episod, akan ada penerangan tentang jenis kopi yang berbeza. Seni setiap kopi pun diterangkan. Kenapa la drama best macam ni 8 episod je, huhu. Ada special episode tak silap aku, tapi belum jumpa yang english subs lagi. Kena tunggu subs pulak.

Drama ni bukan cerita tentang kopi je, ada jugak tentang pengajaran hidup, watak hero ni pun misteri. Tak rugi tengok bagi sesiapa yang suka drama slice of life.







Selamat Hari Kopi Sedunia

 Happy International Coffee Day for all coffee lovers!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...