"Malam ini kita berganding bahu, berdiri seiring, kita padam garisan itu, malam ini kita semua sama!"-Kuda
Mazli: Lain? Memang tu lah Kuda, lain. Oh, hang tak tau ah? Depa semua ni kata kalau bukan sebab Kuda, "ayam-ayam" yang hat duk berkelahi semalam tu tak dapat apa, dapat sakit, dapat lebam ja. Sampai lah Kuda ni dia naik jadi ketua, dia ubah semua tu. Dia yang mula bagi duit separuh duit sabung kat ayam hat menang, separuh lagi dia ambik, kira betullah dia lain. Dia yang buat kita ni sama rata. Sama dengan depa nu.
Di sini lah bermulanya sudut pandang berbeza Mazli yang rasa sistem sedia ada The Council sudah sama rata, sedangkan Abbas sudah merasakan sistem itu bermasalah dan perlu dilawan. Bagi Mazli, pembahagian hasil yang lebih baik dirasakan sudah cukup sedangkan Abbas nampak bahawa tak ada beza mana pun dengan realiti, tetap lah golongan marhaen yang menjadi "ayam" dikorbankan ketika pertarungan sabung antara rumah.
Dan Kuda berjaya mengekalkan imejnya sebagai ketua yang dilihat berjasa dengan merombak sedikit aturan dan pada masa sama tetap mengekalkan kuasanya. Ya lah, ada nama/gelaran dan keistimewaan, siapa nak hidup susah dan buang gelaran tu? 🙄
Dan sekali lagi inilah titik mula apa yang difahami permainan yang tidak sama rata. Abbas yang pernah melalui kedua-dua hidup dan tidak ingin hidup dalam keistimewaan darah bangsawan nampak kepincangan sistem sedia ada The Council tapi Mazli tidak merasakan begitu. Bagi Mazli, perubahan kecil itu sudah memadai berbanding dengan sebelum ini dan tidak nampak keperluan melawan "permainan" sedia ada.
"Maknanya apa Mazli sayang, Al Fatihah"- (baca dengan nada Ayam/Azam Project High Council 2023) 🤣🤣
In the end, semua tu naratif dicipta Pa dan Kuda untuk menguntungkan mereka.Rumah Tuah diketuai Kuda, rumah Lekir diketuai Pa. Piji menjadi ayam untuk rumah Lekir. Selepas rumah Lekir kalah, seminggu kemudian pelajar rumah Lekir terpaksa makan sisa. Pa memberikan sedikit makanan mewahnya kepada Mazli. Mazli pun menganggap Pa baik. Abbas pula menyangka Pa dan Kuda memang bermusuhan kerana mereka ketua rumah yang bertanding.Kemudian ditunjukkan Pa dan Kuda sebenarnya bergelak ketawa bersama.
Tunku Ghafar: Penting untuk diorang ke untuk kau?
Pa: Untuk kita.
Watak Pa di sini, dia bercakap tentang kepentingan satu kelompok, bukan kepentingan individu.Dia memahami bagaimana persepsi orang ramai boleh dibentuk.Dia sedar persaingan yang kelihatan boleh menjaga kepentingan bersama di samping membuatkan marhaen percaya yang mereka sama dengan golongan atasan.Dia menggunakan bahasa kolektif , “untuk kita”, untuk menjelaskan siapa yang sebenarnya mendapat manfaat. Kita di sini dimaksudkan golongan bangsawan/atasan yang masih ingin mengekalkan kuasa dan imej hatta dalam ruang lingkup kecil sekolah sekalipun.
Kuda dilihat masih cuba merekrut Abbas berpihak kepadanya menggunakan mentaliti "darah kita sama", merujuk Abbas masih berdarah bangsawan. Tapi akhirnya, Abbas mencabar Kuda untuk bersabung apabila tahu tindakan Kuda yang mungkin songlap duit biasiswa.
Piji: Simpan sikit baran kau tu, Abbas. Kau main dengan api, kalau marak nanti, bukan kau sorang yang terbakar.
Abbas: Kau ni sama macam dulu, semua benda kau telan, lawan lah balik..
Piji: Lepas tu, aku balik rumah tengok mak aku ada lebam baru, macam tu?
Dalam keghairahan Abbas untuk melawan sistem, dia terlupa bahawa ada kesan kepada golongan marhaen sedia ada seperti Piji yang telah menelan siksa sekian lama. Abbas mungkin mempunyai nilai moral mengetahui sistem sedia ada tidak kena, tapi Abbas mungkin belum cukup memahami dan membuat pertimbangan bagaimana cara terbaik melawan sistem itu.
Episod 2 menunjukkan pertarungan Abbas-Kuda bermula. Kuda melihat Abbas sebagai ancaman terhadap kedudukan dan sistem The Council sedia ada. Dan di akhir episod 2, Abbas yang akhirnya tahu tindakan Kuda songlap duit biasiswa memulakan api keresahan yang lama menyiksa....😆#ytjt.
Jadi, persoalannya, yang menentukan sistem sedia ada itu perlu dikekalkan atau tidak, bergantung dahulu kepada adakah wujud keperluan untuk melawan atau tidak? Mungkin pada ketika itu, sistem sedia ada sudah stabil bagi mengelakkan mudarat lebih besar, haa sudah, adakah aku sudah diracuni fikiran manipulator Pa? 🤣🤣
































