NI dia jenis-jenis kopi, bagi sesiapa yang tak tau nak pesan kopi masa lepak-lepak kt coffee house dengan member, ini boleh dijadikan panduan.Kalau aku, aku ikut mood, kadang-kadang cappuccino,latte,mocha.Tekak aku tak berapa boleh terima Americano, macam mana entah rakyat Korea boleh suka Americano ni...huhu..
Setelah sekian lama aku tak study sejarah, maka mari kita rangsang sel-sel otak kita dengan tonton dokumentari tentang Perang Salib ni.Masa aku sem 5 dulu, subjek Perang Salib ini ada ditawarkan sebagai subjek elektif pelajar major Sejarah dan Tamadun Islam tapi aku tak ambik.Dokumentari ni diterbitkan oleh Aljazeera.Jangan risau, ianya dalam bahasa Inggeris.Boleh subscribe akaun youtube Al Jazeera English untuk tonton kesinambungan sejarah Perang Salib ni.
Masa aku random tengok youtube, tertengok satu grup ni cover lagu-lagu korea terutamanya ost drama dan kpop la.Depa ni semua study kat Iplay Music Academy kat Korea.Surprisingly, cover depa ni sangat best.Walaupun depa banyak ubah susunan muzik lagu asal, tapi tak rasa pelik dan makin best dengar.Antara cover depa yang aku suka ialah:
1. Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo x Love in The Moonlight OST
Pandai depa mashup lagu dua drama yang meletup-letup ni.
2. BTS - Blood Sweat and Tears
Pabila lagu epik BTS tahun ni rasa macam sedih pulak bila depa cover.
3. EXO - Overdose
Pergh,,sedap perempuan ni rap.
4. EXO - Lucky One x Monster Mashup
Tak sangka lagu ni menjadi bila mashup sebab feeling lagu Monster ni macam dark tapi lagu Lucky One sangat bright macam lagu EXO sebelum ni, Love Me Right.
5. BTOB - I'll Be Your Man x Thriller x Remember That Mashup
Ok..ni daebak..Aku memang duk cari-cari lagu BTOB yang best selepas tertengok BTOB perform lagu I'll Be Your Man kat Music Bank.Aku tau BTOB ni macam ballad grup.Rapper depa pun sedap nyanyi tau.Terus aku cari lagu Thriller dan Remember That lepas depa cover ni. Dan yang pasti, bertambah list fandom aku join, officially MELODY..huhu..
Mass is not proportional to volume.. A girl as small as a violet, a girl who moves like a flower petal, is pulling me with more force than her mass. Just then, like Newton’s Apple, I rolled towards her without stopping until I fell on her.. with a thump. My heart keeps bouncing between the sky and the ground. It was my first love. Lepas drama DOTS, penulis skrip Kim Eun Sook dah berjaya hook aku tengok Goblin ni.Walaupun pada mulanya, sangsi nak tengok sebab jalan cerita sangat fantasy..huhu.. Selain disebabkan barisan pelakon Gong Yoo yang dah lama tak berlakon drama, aku suka lakonan Kim Go-eun yang sangat natural sebelum ni dalam Cheese in The Trap. Setakat 4 episod sekarang, lakonan dia sangat menjadi sebagai pelajar sekolah tinggi yang banyak cakap dan cute bila berdepan dengan goblin.Lakonan nya kita tak kan rasa gedik ke apa, natural gitu.
Bonus...quote kat atas ni sebenarnya daripada buku yang Kim Shin ni baca masa tunggu Eun Tak buat apa entah.Ada satu puisi yang menggunakan konsep fizik, mass, gravity semua tu..Konsep fizik pun boleh jadi puisi kan..Kat bawah ni, aku sertakan puisi asalnya siap dalam hangul lagi..
“The Physics of Love”
by Kim In-yook
질량의 크기는 부피와 비례하지 않는다
The size of the mass is not proportional to volume
제비꽃같이 조그마한 그 계집애가
The little girl who is like a violet (flower)
꽃잎같이 하늘거리는 그 계집애가
The little girl who is like a petal that is swaying
지구보다 더 큰 질량으로 나를 끌어당긴다.
The girl who is a greater mass than earth attracts/pulls me.
순간,
In instant,
나는 뉴턴의 사과처럼
I’m like Newton’s apple
사정없이 그녀에게로 굴러 떨어졌다
Without any reason, I fell / tumbled towards her
쿵 소리를 내며
Thump
쿵쿵 소리를 내며
Thump thump
심장이, 하늘에서 땅까지 아찔한 진자운동을 계속하였다
My heart, like a pendulum movement, continuously moves to heaven and earth
- Dalam dunia ni, bila hang hilang sesuatu, barulah hang akan menghargai yang lain. Bila hang ada sesuatu, kadang-kadang hang akan menzalimi yang lain.
- Jangan cepat meletakkan hukum.Siapa tahu, dulu menjadi sebutan kerana perangainya,kemudian menjadi sebutan kerana kematiannya.
- Cari sesuatu di ''kampung dunia' sebelum kita ke "kampung sana". Kita menyangka berada di atas dunia sudah cukup indah.Ada yang lebih indah.
Lepas habis aku baca novel ni, memang thumbs up aku bagi kat penulis.Genre dan gaya penulisan yang agak lain daripada novel-novel keluaran FIXI yang aku biasa baca.Latar kampung dengan masyarakat yang biasa menempuh kehidupan sehari-sehari berjaya digarap dengan penulis dengan penuh falsafah yang tersirat.Yang best sebab baca loghat utara.Malas nak review banyak, sila baca.Ada sesuatu yang kita akan dapat lepas baca novel ni.
Episod Hello Counselor kali ni mendengar masalah seorang wanita Muslim asal Uzbekistan yang telah menetap di Korea selama 8 tahun.Hong Hana menghadapi diskriminasi segelintir masyarakat Korea yang menyuruh beliau agar membuka hijab malah dituduh terrorist.Membesarkan dua orang anak selepas penceraian dengan warga Korea bukan lah senang.Malah, anak beliau turut mengalami diskriminasi sedangkan terang-terangan anak sulungnya berwajah Korea.
Menarik episod ini kerana Hong Hana telah membawa ke kaca televisyen nasional Korea Selatan tentang imej Islam sepatutnya.Dan pengacara rancangan ini pun memohon pengertian orang ramai agar tidak wujud diskriminasi sebegini lagi dan memahami perbezaan dengan agama lain.
Kesusahan yang ditanggungnya walau bagaimanapun tidak menghalangnya berjumpa dengan orang-orang yang baik membantunya mendapatkan pekerjaan.Beliau bekerja sebagai penterjemah di balai polis.Beliau boleh bercakap dalam 4 bahasa, Korea, Inggeris, Uzbek dan Rusia.
Semoga beliau diberikan ketabahan menempuhi hari-hari mendatang....
Blog yang macam-macam ada.Seorang yang bookaholic, suka muzik,layan drama,belajar macam-macam bahasa (tahu sikit-sikit je sebab secara tak formal),suka masak (walapun tak pandai mana),suka travel (walaupun tak pernah travel betul-betul lagi),dan menulis bila ada mood.Salam perkenalan....