Salam alaik..
Dah lama rasanya aku tak buat resensi buku dalam blog ini.Pernah baca "Negeri 5 Menara"? Karya ini dihasilkan oleh A.Fuadi,mengisahkan seorang remaja,Alif Fikri dalam menjalani hari-hari kehidupannya sebagai seorang pelajar di Pondok Madani.Pondok Madani ini diiinspirasi daripada Pondok Gontor.Aku difahamkan ada juga pelajar Malaysia di sana.Mungkin kalau ada ibu bapa berminat menghantar anak belajar ke sini,boleh ikuti facebook Pondok Modern Darussalam Gontor.Pengalaman penulis yang bergelar pelajar di Pondok Gontor ini diceritakan melalui watak Alif dan rakan-rakannya.Novel ini juga telah diadaptasi ke filem,untuk mendapat gambaran lebih jelas,boleh tonton filem ini di youtube.
Seusai membaca novel ini,aku rasakan wahhhh!!..Aku sangat ingin bersekolah di tempat serupa ini!Disiplin yang diterapkan di pondok ini sangat kena dengan jiwa aku.Pondok ini bukan sekadar sekolah agama atau pesantren biasa yang hanya tempat belajar ilmu agama,malah lebih daripada itu.
Pelajar di sekolah ini diwajibkan bertutur bahasa Arab dan bahasa Inggeris sahaja,bahasa Indonesia dilarang sama sekali kecuali ketika cuti persekolahan.Malah,cara pengajaran bahasa asing di mana perlu menghafal setiap kali solat Subuh dan adanya penggerak bahasa(macam "pengawas" kut) menjadikan penguasaan bahasa Arab dan Inggeris tidak mustahil dicapai.Aku kadang-kadang malu dengan keupayaan diri yang masih kurang mampu bertutur bahasa Arab dengan baik,terutamanya apabila berdepan dengan pelajar dari negara Arab pabila berjumpa di fakulti.Padahal,hampir 10 tahun belajar bahasa Arab sejak sekolah menengah,apatah lagi mengambil jurusan bahasa Arab kini.
Aku juga suka kegiatan kokurikulum di pondok ini.Kegiatannya bukan biasa seperti yang terdapat di Malaysia,malah sangat luas.Boleh belajar muzik,teater,(dua-dua ni aku suka..hehe..),ada kelab debat,perpustakaan,Tahfizhul Quran,kewartawanan,silat,diskusi ilmiah,nasyid, sukan mencakupi semua jenis sukan.Wah,heaven! Memang tak kan rasa bosan sekolah macam ni kan..Bagi melatih kemahiran komunikasi pula,aktiviti pidato bahasa Inggeris dan bahasa Arab diwajibkan kepada semua pelajar mengikut giliran.
Last but not least,yang ni aku suka.Bagi pelajar tingkatan enam pula,mereka akan membuat satu persembahan berskala besar pada tahun terakhir persekolahan mereka dinamakan Six Class Show.Dalam persembahan ini,terangkum semua cabang seni,teater,muzik, dan nasyid.Aku usha-usha youtube,,perghh!! memang gempak,kalah show kat Istana Budaya.Siapa kata pelajar sekolah agama tak boleh terlibat dalam cabang seni,jika kena cara dan diberi peluang,lagi gempak pulak kan!
Kalau dah masjidnya besar ni,boleh bayang la berapa ramai pelajar pondok ni.. |
p/s:Novel ni aku suka baca pabila perlukan motivasi untuk belajar.