Thursday, December 1, 2011

HUKUM HUDUD:SATU PENJELASAN

Dimulakan dengan lafaz bismillah. saya mulakan entri kali ini bukan untuk mencetus polemik yang telah pun sedia kontroversi berkaitan hukum hudud.Sekadar untuk berkongsi apa yang saya belajar tentang hukum hudud dalam sukatan mata pelajaran Syariah STPM..

Menurut pandangan Hanafi: Hudud tergolong dalam kesalahan yang telah ditetapkan hukumannya oleh Allah bagi kemaslahatan umum.Antara kesalahan hudud mengikut pandangan Hanafi:
  • mencuri
  • minum arak
  • zina
  • qazaf(menuduh perempuan yang baik berzina)
  • penyamun
Manakala menurut pandangan jumhur ulama' hudud adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kepentingan agama Allah dan individu.Antara kesalahan hudud mengikut pandangan jumhur ulama' ialah 5 kesalahan di atas dan ditambah satu kesalahan lagi iaitu murtad.

Antara cara pensabitan kesalahan hudud ialah:
  • pengakuan pesalah itu sendiri
  • dua orang saksi lelaki yang adil
  • qarinah(bukti)
Jika kriteria pensabitan di atas tidak dapat dipenuhi iaitu terdapat unsur keraguan atau dalam istilah mahkamah kini iaiatu melampaui keraguan munasabah,maka hudud tidak akan dilaksanakan dan hanya dikenakan ta'zir(hukuman atas arahan pemerintah).

Moga entri kali ini akan memberi manfaat kepada semua.Dan moga tidak ada lagi dalam golongan umat Islam sendiri yang mempertikaikan hukum Allah.Setiap hukum Allah pasti memberi kebaikan kepada kemaslahatan manusia.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...