''Hang tau berapa kali aku panggil hang,pinggan banyak lagi tak basuh..''
''Hang sorang lagi,movie korea,running man, tak running man,facebook,twitter,
''Dahla jarang-jarang balik rumah,asal balik 24 jam depan laptop,nampak ni rumah berselerak,cuba hang kemas sikit''
''Aku tengah berdakwah ni bro,update status-status Islamik,ramai gila org like,cubalah baik sangka kat aku''
'Aku duk keluaq rumah pun,bukan duk buat kerja sia-sia,aku pi buat kerja-kerja persatuan''
''Haa dakwah la sangat!!,pastu persatuan paksi komuniti la macam-macam ,
ni yang bilik dah macam gua kelam''
''Weh,hang jangan duk cakap deras macam tu,malu aku kat jiran,dahla rumah akhawat kat sebelah ni''
Ok,,cukup-cukup,,aku bagi sikit je tu,yang lain tengok sendiri ye..Sumpah lawak, video dari Qawiem Khairi ni,vlogger Langit Ilahi. Ramai je jenis macam ni sebenarnya,kat luar pung pang pung pang duk dakwah sana dakwah sini tapi bilik sendiri tak terurus sampai menyusahkan housemate@roommate.Kalau diri sendiri pun tak boleh nak urus,tok sah mimpi la nak kahwin awal.
Ni yang biasanya penulis terkenal,Hilal Asyraf ada tekankan dalam penulisannya bahawa kita yang bujang ni hendaklah jadi bujang beriman.'Bujang beriman' maknanya biar diri sendiri dan keadaan tempat tinggal kita terurus,takkanlah nak tunggu kahwin baru nak semuanya terurus.Walaupun saudara Hilal banyak tujukan kepada kaum lelaki,kaum hawa pun bolehla ambil peringatan bersama,bukan tak ada perempuan yang tak boleh urus diri sendiri,wujud je golongan sebegini.
SELAMAT MENONTON!
P/S:Pesanan untuk diri sendiri jugak!
0 comments:
Post a Comment