Sekian lama tidak berkongsi di blog ini,,saya ingin berkongsi syair daripada Al-Jahiz,pemikir dan sasterawan Muslim abad ke-8, di Basrah Iraq....
Buku itu mendiamkan diri selama mana engkau mahu dia diam begitu.
Buku itu fasih berceloteh apabila engkau mahukan perbincangan.
Buku itu tidak akan sekali-kali mengganggumu ketika engkau sibuk tidak mahu diganggu.
Dan ketika engkau sepi, buku itu temanmu yang sejati.
Dia tidak akan mengkhianatimu, jauh sekali bersikap hambar kepadamu.
Ia adalah sahabat, yang tidak pernah lelah, melayan kehendakmu"
Banyak tugasan ku semester ini menuntutku banyak membaca dan mengkaji dengan lebih mendalam cabang ilmu sejarah Islam sesuai dengan diriku yang mengambil pengkhususan Sejarah dan Tamaddun Islam. Bukan hanya bahan dalam bahasa Melayu yang perlu dikaji, bahasa Inggeris dan bahasa Arab juga menjadi antara tugasanku sem ini.
Kadangkala terdetik juga keluhan apabila terasa kesukaran membaca dan perlu memahami dalam bahasa asing.Tetapi,sering diingatkan oleh pensyarahku,,jika tidak kami yang mengkaji cabang sejarah Islam ini dan menyebarkannya pula dalam bahasa Melayu,,siapa lagi? Bidang ini semakin dipandang sepi oleh masyarakat,hatta dalam kalangan pelajar Pengajian Islam itu sendiri..
Dua subjek pengkhususan sejarah yang aku ambil sem ini ialah Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus.Bagi subjek ini, ada tugasan menuntut kami mengkaji sebarang artikel jurnal dalam bahasa asing pilihan sendiri.Lantas, aku memilih tajuk ''Identity and Differentiation in Ninth-Century al-Andalus''. Aku memilih tajuk ini kerana ingin mendalami kepelbagaian masyarakat yang terdapat di Andalus sewaktu era kerajaan Bani Umayyah tahap kedua.
Dan satu lagi subjek ialah Tamadun Islam Zaman Umawi dan Abbasi.Disebabkan pensyarahnya orang yang sama,jadi bentuk tugasannya sama juga.(hehe..) Jadi,aku memilih artikel bertajuk ''The Caliphs, the ʿUlamāʾ, and the Law: Defining the Role and Function of the Caliph in the Early ʿAbbāsid Period''.Jika bagi subjek sebelum ini,aku menumpukan isu sosial,,kali ini aku ingin menumpukan kepada isu politik.
Semoga aku diberi kekuatan oleh-Nya untuk terus membaca dan mengkaji cabang ilmu sejarah Islam agar dapat memberi manfaat kepada ummah...