Monday, April 22, 2013

Bumi Urdun @ Jordan

Salam alaik...

Jordan (pron.: /ˈdʒɔrdən/; Arabic: اَلأُرْدُنّ‎ Al-ʾUrdunn), officially the Hashemite Kingdom of Jordan (Arabic: اَلمَمْلَكَة اَلأُرْدُنِيَّة اَلهَاشِمِيَّة‎ al-Mamlakah al-ʾUrdunniyyah al-Hāšimiyyah), is an Arab kingdom in the Middle East, on the East Bank of the River Jordan, and extending into the historic region of Palestine. Jordan borders Saudi Arabia to the south and east, Iraq to the north-east, Syria to the north and Israel to the west, sharing control of the Dead Sea with the latter.

Dah lama rasanya nak 'post' pasal Jordan kat blog ni..Kenapa Jordan? Entahlah! Aku pernah menyimpan cita-cita untuk menuntut ilmu di bumi Urdun ini..Dibandingkan dengan Mesir,,keinginan untuk terbang menuntut ilmu di bumi Urdun lebih membuak-buak..Sehinggakan kebanyakan koleksi bukuku banyak mengambil latar belakang Jordan..Antaranya:


Penulis memberi gambaran Yarmouk,Jordan tahun 90-an melalui watak Sumayyah.


Ustaz Hasrizal turut menceritakan pengalamannya belajar di
Universiti Mut'ah,Jordan.


Saudara Hilal pula memberi gambaran Yarmouk era sekarang
sesuai dengan pengalaman penulis yang belajar di Jordan pada  abad ke-21.

Friday, April 19, 2013

Rindu Ramadhan

Salam alaik..

Sudah tak lama lagi kita akan menjengah bulan Rejab dan seterusnya Syaaban dan RAMADHAN menurut kalendar Islam...Tak sabar aku menunggu kedatangan bulan yang penuh barakah ini..Mari bersama kita hayati lagu Rindu Ramadhan dendangan kumpulan Devotees ini..


Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali

Keindahan yang tiada tara

Kemuliaanya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan...






Rindu aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan
(Ramadhan ya Ramadhan)

Ya Allah tolong sampaikan Hajatku
Untuk berpanjangan Nafasku 
Hingga pengakhiran



Monday, April 15, 2013

PBAKL Aku Datang!

Salam alaik..

Mood aku baru balik dari Kota Karimun,Kepulauan Riau aku kendurkan seketika kerana nak bagi laluan kepada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang akan bermula tidak lama lagi...Tak sabar rasanya nak memborong buku-buku kat situ.Hanya yang 'sama spesies' macam aku je akan faham betapa seronoknya pergi ke PBAKL ni..


Dan,,aku tak sabar nak pergi 'booth' Jemari Seni,Galeri Ilmu,Telaga Biru,PTS, dan banyak lagi!..Moga urusanku dipermudahkan oleh Yang Maha Esa! Amin! PBAKL Aku Datang!


Hlovatinta,,petikan kata-kata motivasi drpd karya-karya Hlovate sebelum ini!


NOVEL TERBARU HLOVATE! Ready to grab it!

''Setelah banyak membaca buku,satu hari nanti anda pasti akan mengembara''

''Satu ayat yang anda baca mungkin akan mengubah diri anda daripada kesesatan menuju ke gerbang hidayah''

''Membaca adalah cara sederhana untuk mengubati fikiran''

''Tambahilah kecerdasan kamu dengan membaca karya-karya orang terdahulu sebelum kamu''

''Reread the book till you master in it content and explore the secret of the book''

Thursday, April 4, 2013

Ekspedisi Daie Muda di Riau

Salam alaik..

Lama sangat tak mengemas kini blog ni..Sibuk dengan tuntutan pelajaran dan terlibat dengan beberapa program kokurikulum membuatkan aku melupakan seketika blog ku ini (nampak sangat alasan,orang lain sibuk jugak!,huhu..)

Kali ni aku nak kongsikan satu program yang aku akan terlibat semasa cuti mid-sem yang akan bermula minggu hadapan (nasibla tak balik rumah!).Malas nak tulis banyak-banyak,tengok je kat bawah ni!
Semoga perjalanan kami seramai 40 orang akan dipermudahkan oleh-Nya.Perkembangan tentang ekspedisi dakwah ini aku akan update bila balik nanti.

Sekadar renungan:

''Jika kamu tidak sibuk dengan perkara yang haq,nescaya kamu akan sibuk dengan perkara yang batil''



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...