Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012

Salam mahabbah..

Hari ni hari terakhir dalam kalendar 2012 Masihi.Begitu banyak perkara berlaku pada diriku pada tahun ini.Bermula dengan keriangan bercuti panjang di rumah(lepas habes peksa STPM),ba'da zalik dapat result STPM pulak(yang ni rasa mcm tak nak imbas kembali je),sehinggalah keriangan diriku melonjak kembali apabila mendapat tawaran ke UKM..So,here I am...

Perjalanan diriku sebagai penuntut ilmu di UKM mengubah perjalanan hidupku sehingga 360 darjah.Di sini aku belajar pelbagai ilmu baru tidak kiralah sama ada dari sudut akademik,kokurikulum,mahupun pergaulan bersama pelbagai lapisan masyarakat.Dan bila dah habis satu semester kat sini(walaupun final exam aku tak start lagi,kira dah hujung sem jugak lah kan!),aku akui aku begitu gembira di sini dan amat bersyukur kerana Allah mentakdirkan aku berada di sini.

Pengalaman bergelut dengan lautan buku di Perpustakaan Tun Seri Lanang,mempelajari pelbagai cabang ilmu baru di Fakulti Pengajian Islam(Akidah Islam,Akhlak dan Tasawuf,Fiqh Sirah,Penulisan Makalah Arab,Nahu wa Sarf,Sejarah dan Tamadun Islam di Malaysia),terlibat dalam menganjurkan Festival Seni UKM 2012(yang ni cheq  tak taula macam mana boleh terlibat..hehe),menjadi ahli Bulan Sabit Merah Malaysia(yang ni pun cheq tak tau nak habaq lagu mana cheq boleh jadi ahli,sebab macam bertentangan ja dengan personaliti cheq),dan last but  not least,aku menjadi ahli kelab debat bahasa Arab UKM..(yang debat ni memang minat,tak boleh nak kata apa dah,cuma dalam bahasa Arab it's something new for me)...Semua benda ni memang membuatkan hidupku di UKM menjadi lebih seronok...

Sebagai khulasahnya,doakan lah aku dapat menempuh peperiksaan akhir semester ni dengan tenang dan dapat pointer above 3.00..Juga selamat menempuh peperiksaan akhir semester juga buat rakan-rakan di IPT...(aku caye sek2 aku leh wat molek lake!)


P/S:Entri terakhir aku dalam tahun 2012 ni memang penuh dengan campuran BA dan BI,serta loghat utara dengan ganu,there's no point,saja-saja sebagai pengakhiran tahun 2012)...

Untuk renungan bersama..

Thursday, December 20, 2012

Dalam Sujud Cintaku


Munsyid : Abd Halim - Devotees
http://liriknasyid.com


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.


Tuesday, December 18, 2012

Musabaqah Widiyyah Almunazarah 2012

Salam mahabbah..Kali ni entri aku agak formal sikit..Menurut tajuk di atas,bermaksud pertandingan persahabatan debat bahasa Arab..Let's check out..

Pertandingan ini dianjurkan oleh pelajar tahun 1 USIM dan USIM menjemput UM,UKM,Darul Quran, dan KUIS untuk menyertai pertandingan ini.Syaratnya ialah peserta mestilah pelajar tahun 1 yang tidak pernah menyertai apatah lagi mewakili universiti masing-masing dalam debat bahasa Arab.Menjelang seminggu sebelum pertandingan iaitu 15 Disember 2012,YDP Kelab Debat Bahasa Arab UKM,saudara Mohamad Akmal Amali Bin Jamaluddin mengorak langkah mencari ahli-ahli baru kelab sebagai persiapan menghadapi pertandingan ini.

Dan aku pun saja-saja mendaftarkan diri untuk menyertai kelab debat ini dengan tujuan mahu meningkatkan skil kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab.Ramai juga rakanku dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam tahun 1 menyertai kelab ini dengan tujuan yang sama.Kami didedahkan dengan asas debat dan bagaimana menyusun ayat untuk berdebat dalam bahasa Arab.Barisan pendebat utama kami pada hari musabaqah tersebut ialah saudari Siti Aishah Hamzah,saudara Sheikh Ahmad Zahidi,saudara Emir Alhakim dan saudara Asrul.Dan ahli-ahli yang lain(macam akula) berperanan membantu mereka mencari isi-isi hujah untuk pertandingan.


Barisan pendebat utama UKM ketika pusingan ke-2

UM,lwn UKM ketika pusingan ke-2

Menjelang pertandingan,rombongan kami seramai 2 orang bertindak sebagai murabbi,4 orang pendebat utama,dan 5 orang penyokong(penyokong juga bertindak sebagai jurukamera,hehe) bergerak ke USIM seawal 9 pagi.Dan alhamdulillah,UKM mendapat tempat keempat daripada 6 pasukan yang bertanding dan turut layak ke separuh akhir.Dan hal ini merupakan hal di luar jangkaan kerana YDP Kelab kami hanya mensasarkan peringkat penyertaan sahaja.Berikut adalah laluan UKM hingga ke separuh akhir:



PERINGKAT
PESERTA
TAJUK
KEPUTUSAN
Pusingan Pertama
USIM B lwn UKM
1)    وَسَائِلُ الإِعْلَامِ تُسَاعِدُ عَلَى نَشرِالدعوة الإسلامية
Media massa membantu dalam penyebaran dakwah Islam

UKM
Pusingan Kedua
UM lwn UKM
مُشَارَكَةُ الشَّبَابِ فِي السِّيَاسَةِ الحِزبِيَّةِ ضَرُورَةٌ
Penyertaan pemuda dalam parti politik penting
UM
Separuh Akhir
USIM A lwn UKM
إِلغَاءُ شَهَادَةٌ مُتَوَسِّطَةٌ يُسَبِّبُ تَأَخَّرٍ الطَّلَبَة فِي الدِّرَاسَةِ
Pemansuhan PMR menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran
USIM A
Separuh Akhir
UM lwn DQ
DQ


Barisan pendebat utama UKM ketika separuh akhir

Akhirnya,pertandingan akhir menemukan team USIM A dan Darul Quran dengan tajuk 
استِخدَامُ الكَامِيرَاهَاتِ لِتُقَنِّصِ السُّرعَةِ فِي الشَّوَارِعِ ضَرُورَةٌ

Maksudnya,penggunaan kamera AES dalam menangkap salah laku memandu secara laju di jalan raya sangat penting.Dan team USIM A memenangi pertandingan akhir ini.Mestilah,tuan rumah lah katakan!
Pendebat Darul Quran ketika pusingan akhir

Pendebat USIM A ketika peringkat akhir

Apapun,syukran jazilan saya ucapkan banyak-banyak kepada pihak tuan rumah kerana layanan yang memuaskan kepada wakil UKM sepanjang pertandingan yang berlangsung sehari suntuk dari pagi hingga ke malam.Secara keseluruhannya,musabaqah ini berjaya memberi pendedahan mengenai konsep debat bahasa Arab yang sebenar kepada semua ahli-ahli kelab yang baru.

Akhir kata,.هيا نحب اللغة العربية


Ahli-ahli kelab debat bahasa Arab UKM bergambar selepas pertandingan...
P/S:Semua gambar diambil daripada fb YDP Kelab Debat,mohon dihalalkanlah hendaknya...

Monday, December 17, 2012

Maha Mendengar

Salam mahabbah..

First time dengar lagu ni kat radio NasyidFm.Memang menusuk kalbu..Malas tulis banyak-banyak,tengoklah sendiri ye..




Munsyid : Halim
http://liriknasyid.com


Yang meniti di bibirku
Yang terlintas di akalku
Yang terbisik di hatiku
Semua DIA kan tahu
Kerna DIA Yang Menciptakannya
Semua di dalam kekuasaanNYA

Di dalam susah pintalah kepadaNYA
Kerna DIA pasti mendengarkannya
Juga di dalam senang pintalah kepadaNYA
Moga bahagia kan sentiasa bersama

Ya ALLAH
Kau Maha Maha Mendengar
Tiap kata yang hamba lontarkan
Tiap doa yang hamba pohonkan

Ya ALLAH
ENGKAU Maha Memberi
Segala kurniaan dan rezeki
Ya ALLAH....

Tuesday, December 11, 2012

Apabila Iman Diuji...

Salam mahabbah dan ukhuwah semua..

Kali ni saya ingin kongsikan satu filem yang menjadi tugasan saya untuk diulas.Apa?Ulas filem jadik assignment?Jangan terkejut pulak.Memang lecturer course Pengajian Islam sekarang ni canggih-canggih pemikiran mereka dalam memerah idea untuk bagi tugasan kat kami.Kali ni bawah subjek Fiqh Sirah.Kami dikehendaki membuat ulasan tentang filem Mohammad,Messenger of God.Kalau search kat internet,filem ni jugak dipanggil dengan tajuk The Message dan The Story of Islam.Filem ni dah lama sangat diterbitkan,iaitu pada tahun 1976.Malas lah pulak,nak citer panjang-panjang,nak tahu lebih lanjut tentang filem ni,boleh tengok sini.

Filem ni secara keseluruhannya menceritakan tentang perjuangan dakwah Rasulullah sejak awal penyebaran Islam sehinggalah kewafatan baginda.Memang real jugaklah gambaran yang ditunjukkan dalam filem ni nak-nak bila 'part' suasana kota Mekkah ditunjukkan dengan adanya penyembahan berhala serta berlakunya jurang antara golongan bangsawan dan hamba.

Paling aku tak boleh tahan bila 'part' hamba-hamba diseksa oleh tuan mereka.Mungkin kita dah biasa dengar cerita Bilal hanya sebut 'Ahad,Ahad' je semasa dijemur di tengah panas di padang pasir dan ditindih batu besar di atasnya.Namun,bila digambarkan secara jelas dalam filem situasi tersebut,secara tak langsung memang la buat hatiku sebak.

Aku lantas terfikir,jika aku berada dalam keadaan sedemikian,mampukah aku bertahan dan mempertahankan akidah ku ini?Nauzubillah hi minzalik.Memang generasi yang terawal memeluk Islam begitu tabah mempertahankan akidah ini sehingga ke akhir nyawa mereka.Senario umat Islam yang berada di Malaysia berada di zon selesa yang sebenarnya.Kita belum pernah betul-betul berada dalam keadaan iman kita begitu teruji oleh musuh-musuh Islam.

Lagi satu aku suka tengok dialog sewaktu babak Ammar bercakap dengan ibu bapanya tentang dakwah baginda.Masa tu berhala sembahan di rumahnya terjatuh,lalu:

Yassir(bapa Ammar):Apa akan terjadi sekarang?Maafkan aku,ini salahku.Tuhan ini telah menjaga kita sepanjang hidup kita.

Ammar:Tapi dia terjatuh,dia tak mampu pun nak tolong diri sendiri.

Sumayya(ibu Ammar):Kamu telah dengar kata-kata apa?

Ammar:Tuhan sebenar tidak dapat dilihat.Bukannya diperbuat daripada tanah liat.

Sumayyah:Ibu risaukan kamu.Kamu mendengar orang-orang yang akan melukakan kamu.

Ammar:Tapi aku mendengar kepada Muhammad.

Yassir:Muhammad memang seorang yang pemurah,tapi dia menyebarkan pemikiran yang berbahaya.

Ammar:Pemikiran bahaya?? Bahawa tak seorang pun patut berlapar! Bahawa orang kaya tak patut menindas orang miskin! Bahawa orang gagah tak boleh menindas orang yang lemah! Inikah yang dikatakan bahaya? Orang perempuan tak sepatutnya dipaksa kahwin,dan berhak memilih! Baru malam ini baginda bersabda,hentikan menanam hidup-hidup bayi perempuan yang baru lahir!

Ok cukup-cukup lah tu ye.Boleh lah cari filem ni dan tengok.Banyak ibrah kita boleh dapat daripada filem ini.Bila lah agaknya Malaysia nak buat filem macam ni?

Kesimpulannya,jangan kita mudah berasa selesa dengan tahap keimanan kita selama ini.Seharusnya kita berusaha meningkatkan tahap keimanan kita dengan memperbanyakkan amal ibadah dan menghadiri majlis-majlis ilmu.

P/S:Tugasan untuk subjek Nahu wa Sorof aku tak hantar lagi.Yang ni lagi best,sebab kene buat video berdasarkan mana-mana tajuk yang dah dipelajari.Camne? Canggih kan pemikiran pensyarah FPI ni?Nanti dah siap editing segala bagai,aku upload kat blog ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...