Saturday, August 25, 2012

Ukhuwah Itu Manis 3


Salam mahabbah..Dah lama nak sambung entri tentang kawan-kawanku kat SMSSI,tapi tak buat-buat jugak..So,nilah sambungannya..

Nak tahu macam mana aku boleh tercampak kat bumi Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar,Mersing ni,boleh tengok entri ni..Aku rasa ukhuwah kat sini lebih erat mungkin sebab semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama.Ye la,balik asrama ke,pergi sekolah ke,muka-muka yang sama jugak yang kita jumpa..Walaupun 2 tahun je aku menuntut ilmu kat sini,tapi ukhuwah dengan kawan-kawan kat sini sangat terasa sampai sekarang.
·     

Thursday, August 23, 2012

Remaja dan Amalan Ziarah



Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada pembaca yang sudi membaca entri dan blog saya selama ini(ada ke orang baca blog ni?).

Kenapa saya kaitkan ziarah dan remaja?Selalunya,budaya ziarah-menziarahi ni memang disinonimkan dengan hari raya.Betul tak?Masa nilah kita jumpa sedara-mara yang tak selalu jumpa,kawan-kawan zaman sekolah,kawan sekampung dan kadang-kadang dari ceruk mana datang tiba-tiba rupanya ada pertalian darah dengan kita.

Walaupun aku lihat sambutan hari raya di Malaysia ni ada sikit terpesong dengan bermewah-mewahan sehingga tahap membazir,namun budaya ziarah-menziarahi ni antara amalan baik yang perlu dikekalkan.

Akhir-akhir ini,generasi tua kat kampung aku ada jugaklah membebel yang budak-budak muda sekarang ni dah kurang dah ziarah-ziarah ni.Tahunya,melekat depan TV je,takpun mengadap ‘facebook’.Kalau kat kampung aku,tak ketara sangat lagi lah kut senario ni.Tapi,pengalaman aku duduk kat bandar dulu,memang ketara sangat lah.

Cuma yang aku perasan,mana-mana aku pergi beraya sekarang ni(tak kira lah kampung ke,bandar ke,sama je),akan ada aku terperasan orang ‘online’ ‘facebook’ tak kira masa dan tempat.Ye la,sekarang ni kan banyak gajet@telefon pintar yang boleh online 24 jam kat mana-mana je.Tapi bagi aku, sangat ‘weird’ la nak ‘online’ jugak tengah-tengah ziarah kat rumah orang kan.Macam tak beradab je.Lagipun setahun sekali je kut,kita jumpa saudara-mara dan sahabat-sahabat kita.

Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Aisyah r.a:
‘Silaturahim,berjiran dengan baik,serta berakhlak baik semuanya itu memakmurkan kehidupan berumah tangga dan menambahkan umur.’

Budaya ziarah-menziarahi dalam Islam merupakan suatu ibadat yang mempunyai tempat tersendiri.Selain daripada mempertautkan hubungan silaturahim,ia juga dapat mendekatkan yang jauh serta menghilangkan perasaan syak wasangka sesame insan.
Rasulullah S.A.W bersabda:
‘Ziarahilah terkadang-kadang nescaya akan menambahkan sayang.’
-Dipetik daripada Majalah Anis keluaran September 2010 tulisan Dr.Nik Yusri Musa,Pensyarah Pusat Pengajian Umum,UKM.

Namun begitu,dalam suasana berhari raya dengan saudara-mara,jangan lupa menjaga aurat dan batas pergaulan kita terutama bagi muslimah.Walaupun dengan saudara-mara,ada aurat dan batas yang perlu dijaga.Seringkali,persoalan ini dipandang remeh di musim perayaan. Yang aku perasan nak-nak masa nak bersalam-salaman, main redah je antara sepupu lelaki dan perempuan,ipar duai,mahupun bapa saudara dan anak saudara.Jangan cemari niat murni ketika berziarah dengan perkara yang boleh mendatangkan dosa.

Ayuh rakan-rakanku yang bergelar remaja,mari kita tautkan ukhuwah,hormati yang tua,bersopan dengan yang muda.Yang  jauh didekatkan,yang dekat dimesra-mesrakan!

Wednesday, August 15, 2012

9/10 Punca Rezeki


Salam mahabbah buat pembaca..

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.

Pernah atau tidak kita bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan??Tak pernah terlintas kut di benak fikiran kita..Kalau zaman sekolah dulu,nak dengar kawan-kawan kita kata nak jadi ‘businessman’ bila disoal tentang cita-cita oleh guru,mesti susah kan! Tapi aku ada je sorang kawan aku dulu yang memang cita-cita dia nak jadi ‘businessman’..Bila disoal oleh guru tentang cita-citanya, dia jawab nak jadi ahli perniagaan makanan halal!Memang superb lah jawapan dia..Tu yang buat aku ingat sampai sekarang..Yang aku tahu sekarang, dia study bidang ekonomi kat salah sebuah IPTA..Dah dekat dah tu dengan bidang perniagaan..Moga cita-cita dia tercapai..Amin..

Aku terasa nak tulis pasal kerjaya ahli perniagaan ni sebab melihatkan fenomena kurangnya usahawan Bumiputera atau lebih tepatnya orang Islam terlibat dalam bidang perniagaan.Pernah tak kita berkehendakkan sesuatu barang atau produk,tetapi susah untuk mendapatkannya daripada orang Islam.Pilihan yang ada hanyalah usahawan bukan Islam.Memanglah tak salah berjual beli dengan orang buka Islam,namun aku percaya masih ramai yang lebih selesa berurus niaga dengan orang seagama.

Namun,sering terjadi timbul masalah juga berjual beli dengan orang Islam.Antaranya isu kebersihan,layanan yang kurang sopan terhadap pelanggan,penipuan sukatan dan timbangan,serta kekurangan stok terhadap produk yang dikehendaki oleh pelanggan.Hal beginilah membuatkan sesetengah golongan mencebik ketika diminta memberikan sokongan terhadap usahawan Islam.Hal ini juga memberikan imej yang buruk terhadap agama Islam.Rasulullah S.A.W telah memberikan contoh yang baik sebagai ahli perniagaan berjaya. Mengapa tidak kita mencontohinya??

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW.  Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).

Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Sekarang ni aku dah mula membeli secara atas talian..Hehe..Secara ‘online’ lah...Dulu aku kurang yakin dengan transaksi atas talian ni.Ye la takut tak puas hati bila barang sudah dipos sebab tak dapat tengok ‘live’ sebelum beli..Sekarang ni aku yakin untuk jual beli buku dan tudung je secara ‘online.Aku  mula beli secara ‘online’ sebab susah nak dapatkan buku dan tudung yang aku nak kat kawasan tempat tinggal aku..Kalau buku mungkin tak akan timbul masalah tak puas hati,tapi masa nak beli tudung(aku pakai tudung bidang 60,susah nak cari tudung jenis ni) aku ‘survey’ dulu kat facebook dan google..Caranya cari website atau blog yang mempunyai ‘pageview’ yang tinggi serta banyak maklum balas dan komen yang memuaskan daripada pengunjung.

Fikir-fikir balik memang dapat pahala banyak orang berniaga ni nak-nak bila perkhidmatan atau produk yang dijual susah didapati,kira dah macam fardu kifayah dah.Jadi,bila seseorang berniaga benda yang orang nak tapi susah nak dapat,dah kira banyak pahala bagi dia sebab memudahkan urusan ramai orang..Contohnya aku,susah sangat nak cari orang jual tudung bidang 60 dan tudung labuh..Kalau ada pun,jenis yang jarang daripada kain bawal..Akhirnya,aku jumpa juga kat internet..Memang beliau telah memudahkan ramai muslimah yang tercari-cari tudung yang sesuai untuk menutup aurat..See,mesti dia dapat banyak pahala kan!

Akhir kata,
‘Seandainya kita tidak mampu melakukan walau sedikit kebaikan dan kesenangan kepada orang lain,berusahalah supaya kita tidak melakukan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.’

P/S:Sesiapa yang ingin membeli secara online tudung bidang 60 dan 50,boleh jenguk blog ni..Hijab for Muslimah..Sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kualiti barangnya..

Monday, August 13, 2012

Ramadhan:Adat Budaya atau Tuntutan Agama?


Salam Ramadhan al-Mubarak separuh masa kedua..Kalau dalam sukan bola sepak,sekarang ni dah masa kecederaan pun..

Dalam masa-masa sekarang,aku cenderung memerhati perbezaan antara status-status lewat di facebook dan blog rakan-rakanku dan terdapat perbezaan ketara antara status remaja awal 13 tahun dan remaja sebaya aku iaitu awal 20-an..

Biasanya remaja awal 13 tahun akan bercerita tentang persiapan raya dan remaja sebaya aku akan bercerita tentang merebut ganjaran pahala sepuluh malam terakhir..See,ada perbezaan di situ..

Teringat masa kecil-kecil dulu,biasanya kita dimomokkan oleh ibu bapa supaya berpuasa dan dijanjikan ganjaran wang ringgit atau sesuatu barang yang diinginkan..Lepas tu,ayat yang popular ialah ‘kalau tak puasa,tak boleh raya..’hehe..

Maka,kita pun dipasakkan dengan anggapan bahawa kita puasa untuk mendapat ganjaran duniawi dan dimomokkan lebih dengan kemeriahan menyambut hari raya daripada merebut pahala membuat amal ibadah....Dan lazimnya orang ramai akan lebih memenuhi masjid HANYA untuk solat sunat hari raya Aidilfitri dan tidak pula berterusan kemeriahan masjid di waktu solat-solat fardu selepas itu..(ni pun peringatan untuk diri sendiri)

Sedar atau tidak,hari raya yang asalnya perlu diraikan dengan sederhana selaras tuntutan syarak sudah menjadi budaya yang bermewah-mewah dan dikomersialkan pula oleh pihak-pihak tertentu..
Namun,terdapat kecenderungan yang ketara dalam kalangan remaja seusia aku dalam menyambut bulan Ramadhan dalam kerangka menambah amal ibadah..Satu perkembangan yang menarik sebenarnya kerana ramai yang beroleh kesedaran ini(termasuklah aku..hehe) ketika usia sudah mencecah angka 20-an..Mungkin kerana sudah matang berfikir agaknya..

Memanglah Nabi ada bersabda yang mafhumnya ada amal ibadah yang kena dipaksa sehingga menjadi darah daging,tapi sampai bila kita nak biarkan kefahaman bulan Ramadhan di Malaysia yang sekian lama cenderung kepada adat budaya terus dipasakkan ke dalam pemikiran generasi muda kita..Wallahualam..

The Prophet(Sallahu Alaihe Wasalllam) also urged the Muslims to prepare for death and to take provisions for the Hereafter,He said: ‘Be in this world like a stranger,or a wayfarer’’ (By Bukhari)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...