Salam mahabbah kepada pembaca
yang diredhai Allah..
Kenal atau tidak penulis
bernama Fatimah Syarha Mohd Noordin(FS)? Yang saya pasti,jika seseorang itu
berlatarbelakangkan pengajian aliran agama di bangku sekolah atau di IPT,pasti
mengenali nama ini.Saudari FS menggunakan kecekapan dan ketajaman mata pena
untuk berdakwah kepada pembaca.Harus saya akui,kehadiran saudari FS dan seorang
lagi penulis iaitu saudara Hilal Asyraf
dalam dunia penulisan telah memberi satu dimensi baru bahawa dakwah lebih
efektif jika disebarkan melalui mata pena.
Mereka juga memberi kefahaman
yang lebih jelas terhadap isu-isu yang sering berlegar dalam kalangan
pelajar(pelajar sekolah agama khususnya) terutamanya isu ‘cinta monyet’ atau
istilah budak zaman sekarang ‘couple’.Kehadiran mereka memberi lebih pilihan
kepada pencinta buku seperti saya untuk memiliki novel yang ada ‘isi’ yang
semestinya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Di tengah-tengah lambakan novel
picisan,hadirnya mereka memberi sinar!
Ok..ok..dah melalut pulak..Yang
saya nak cerita dalam entri kali ni ialah novel terbaru saudari FS iaitu
Sebarkan Cinta-Mu terbitan PTS Litera Utama Sdn.Bhd(taklah baru sangat novel
ini sebenarnya).Saya berjaya dapatkan novel ni pun masa Pesta Buku Terengganu
2012 dan sudah masuk cetakan keempat!Semua novel saudari FS saya dapatkan
semasa ‘book fair’.Betapa susahnya nak dapatkan novel bergenre sebegini kat
Terengganu.