Tuesday, May 22, 2012

Dakwah Penuh Hikmah dalam Sebarkan Cinta-Mu


Salam mahabbah kepada pembaca yang diredhai Allah..

Kenal atau tidak penulis bernama Fatimah Syarha Mohd Noordin(FS)? Yang saya pasti,jika seseorang itu berlatarbelakangkan pengajian aliran agama di bangku sekolah atau di IPT,pasti mengenali nama ini.Saudari FS menggunakan kecekapan dan ketajaman mata pena untuk berdakwah kepada pembaca.Harus saya akui,kehadiran saudari FS dan seorang lagi penulis iaitu  saudara Hilal Asyraf dalam dunia penulisan telah memberi satu dimensi baru bahawa dakwah lebih efektif jika disebarkan melalui mata pena.

Mereka juga memberi kefahaman yang lebih jelas terhadap isu-isu yang sering berlegar dalam kalangan pelajar(pelajar sekolah agama khususnya) terutamanya isu ‘cinta monyet’ atau istilah budak zaman sekarang ‘couple’.Kehadiran mereka memberi lebih pilihan kepada pencinta buku seperti saya untuk memiliki novel yang ada ‘isi’ yang semestinya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Di tengah-tengah lambakan novel picisan,hadirnya mereka memberi sinar!

Ok..ok..dah melalut pulak..Yang saya nak cerita dalam entri kali ni ialah novel terbaru saudari FS iaitu Sebarkan Cinta-Mu terbitan PTS Litera Utama Sdn.Bhd(taklah baru sangat novel ini sebenarnya).Saya berjaya dapatkan novel ni pun masa Pesta Buku Terengganu 2012 dan sudah masuk cetakan keempat!Semua novel saudari FS saya dapatkan semasa ‘book fair’.Betapa susahnya nak dapatkan novel bergenre sebegini kat Terengganu.


Berbalik kepada novel ini,di muka depannya tertera ‘tagline’(tagline ke?,dah tak tahu nak panggil apa) ‘Sebuah Novel Tauhid’.Tetapi,selepas khatam novel ni dua kali saya tak tahu apa yang boleh menyebabkan novel ini dikatakan sebuah novel tauhid.Pendapat saya ialah novel ni boleh dikatakan ‘Sebuah Novel Fiqh’.Mungkin kerana isu yang disorot dalam novel ini ialah tentang poligami,kewajipan menutup aurat dalam kalangan muslimah,ada sedikit perbahasan tentang agama Islam dengan orang bukan Islam,serta realiti wanita muslimah masa kini yang tidak tahu hak mereka dalam rumahtangga.

Mungkin ini pendapat saya sahaja disebabkan saya mengambil dan mempelajari subjek Syariah semasa di tingkatan 6 dan pendapat anda mungkin berbeza.Kalau tagline sebuah novel tauhid mungkin lebih sesuai untuk novel Sinergi karya saudara Hilal Asyraf kerana novel ni penuh dengan isu dan kepentingan iman dalam kehidupan manusia.Carilah novel ni ye!

Yang pasti,saudari FS menunjukkan kematangan dalam karya ini dengan membentangkan seribu satu hujah dan ilmu yang patut diketahui oleh umat Islam sepatutnya terutama tentang isu poligami.Poligami ialah rukhsah bukan azimah.(Kalau belajar Syariah,ada dalam tajuk usul fiqh).

Beliau juga tidak hanya memaparkan watak remaja yang rajin mengkaji tentang agama(watak Sarra) malah diwujudkan juga watak Diranie yang masih terumbang-ambing mencari kefahaman agama.Wujud juga watak Madam Zeema yang berfahaman liberal dan Ustazah Qatrun yang agak konservatif.Watak Pak Yodong yang sudah cukup dengan seorang isteri dan juga watak Pak Musa yang rasa tidak cukup dengan seorang isteri.Apabila wujud watak yang kontra seperti ini,maka boleh membuatkan pembaca berfikir dari pelbagai sudut dan tidak hanya sebelah pihak sahaja.

Namun,Islam mementingkan fikrah pertengahan bagi menjamin kesejahteraan dalam kalangan umatnya.Oh ya,terdapat juga persoalan ta’liq dalam novel ni.Syarat ta’liq dikenakan oleh Qasdina dan Sarra agar tidak menduakan mereka selagi mereka mampu menunaikan kewajipan sebagai isteri semasa bernikah(terdapat persamaan plot dengan novel Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman el-Shirazy,nah untuk lebih lanjut lagi,boleh tonton filem KCB sewaktu watak Anna Althafunnisa menerima kedatangan Furqan sewaktu peminangan).Hak ini perlu diketahui oleh wanita muslimah.

Apa itu Syarat T a’liq?
Syarat Ta’liq atau Ta’liq talak merupakan perjanjian suami isteri yang bersifat sukarela. Yang mana, ada atau tidak adanya syarat ini hanya ditentukan oleh pihak suami isteri dengan tujuan memberikan keadilan bagi kedua-dua pihak.

Syarat ta'liq bermaksud menggantungkan pernikahan dengan syarat tertentu. Jika ada di kalangan suami atau isteri melanggar syarat maka jatuhlah talak.
Dilihat dari segi kewujudannya, ia sebagai perjanjian yang menggantungkan kepada syarat dengan tujuan utama melindungi isteri dari kemudaratan atas kesewenangan suami.

Dalam masalah poligami, syarat ta'liq menjadi jaminan undang-undang agar suami tidak memadukan isterinya. Jika ternyata suaminya tetap memadukan isterinya, maka isterinya berhak mendapatkan perceraian walaupun perceraian itu amat berat bagi suaminya. Isterinya pula hendaklah sejak awal menyediakan mental , fizikal dan ruhani untuk positif meneruskan hidup baru pasca perceraian andai ternyata diduakan suami. Jika tidak bersedia, isteri berhak membatalkan syarat ta'liqnya.

Setiap suami biasanya sukar melepaskan isteri solehah yang sekian lama berkongsi susah-senang dan membina cinta bersama. Maka, syarat ta'liq ini menyebabkan isteri beroleh ketenangan hati daripada sikap tidak setianya suami. Bukan itu sahaja, suami yang menyayangi isterinya akan fokus pada
pembinaan mawaddah, rahmah dan sakinah dalam rumah tangga sedia ada serta fokus pada pendidikan anak-anak tanpa berfikir untuk menikah lagi.

Perjanjian Ta’liq Talak biasanya dilakukan ketika suami menandatangani sighat Ta’liq yang diucapkannya sesudah akad nikah.

Dalil Sah
1 .Dalil sah talak ta’liq y ang dikaitkan dengan sifat atau syarat, dan jatuhnya talak jika syarat atau sifat itu benar-benar berlaku ialah Sabda Nabi SAW yang bermaksud :

‘’Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat mereka’’
(HR Al-Hakim dari Anas dan Aisyah).

Difahami daripada hadis di atas syarat-syarat yang dikaitkan dengan berlakunya sesuatu perkara adalah diambil kira oleh syarak selagi ia tidak mengharamkan perkara halal atau menghalalkanperkara haram.
( Al-Fiqhul Manhaji – Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 4, Menghuraikan Bab Undang-Undang Kekeluargaan; Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji; terjemahan UstAzizi Ismail & Ust Mohd Asri Hashim; Pustaka Salam 2002.)

2.Rasulullah SAW bersabda,’’Syarat yang paling berhak untuk dipenuhi adalah syarat yang menjadikan kamu halal bersetubuh dengan isterimu’’(HR Bukhari dan Muslim. Muttafaqalaih).

3.Rasulullah SAW pernah berkhutbah di atas mimbar dengan mengkritik Ali secara halus agar tidak memadukan puterinya dan memenuhi janji terhadapnya agar tidak menyakiti hati Fatimah kerana menyakiti Fatimah bererti menyakiti Rasulullah sendiri. Baginda juga menyebut dan memuji menantunya yang lain yang telah memenuhi janji terhadap beliau dengan tidak menduakan puteri-puterinya yang lain.
.
Dipetik daripada blog Fatimah Syarha..

Pengajaran yang saya dapat dari novel ini(ceh,macam jawab soalan KOMSAS pulak);

11.  Pentingnya pelbagai cabang ilmu dalam diri seseorang(pendakwah khususnya)  dalam mendepani lapisan masyarakat terutama dalam menghadapi orang yang terlalu memberatkan atau orang yang terlalu memudahkan sesuatu hukum agama.Jalan yang terbaik ialah di pertengahan.

22.     Kita jangan cepat menghukum orang lain.Mungkin seseorang itu tidak tahu dan menjadi kewajipan kita yang tahu ni untuk memberitahunya agar tidak tersesat.Fenomena menghukum orang lain inilah membuatkan orang yang sudah jauh daripada kefahaman agama takut untuk mendampingi orang yang faham agama.


Kesimpulannya,belilah novel ni!Anda pasti tidak rugi membelinya kerana anda akan menemukan pelbagai ilmu di dalamnya.Akhir kata,ingatlah! Kita hanyalah penyeru,bukan penghukum!


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...