Kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menggondol pingat emas dalam kejohanan Sukan SEA pada tahun lepas terus menjadi bahan perbualan sehinggalah ke hari ini. Namun, yang berlalu biarkan terus berlalu. Kalendar sukan tahun 2010 dipenuhi dengan pelbagai kejohanan antarabangsa seperti kejohanan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan, Sukan Asia, Sukan Komanwel,serta Kejohanan Piala Thomas di mana Kuala Lumpur diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi temasya kali ini. Namun, kita harus bersikap realistik di mana tidak mungkin semua atlet negara yang dihantar mampu mencapai kemenangan di atas podium bagi memuaskan hati rakyat. Jika dilihat senario semasa, sukan yang hanya boleh diharapkan untuk menyumbang sesuatu ialah skuash,badminton,boling,renang,gimnastik,berbasikal manakala disiplin sukan yang lain hanya sekali-sekala membuat kejutan melakar kemenangan di arena sukan anatarabangsa.
Namun, sukan bola sepak dan berbasikal kian mendapat perhatian rakyat dan para pemerhati sukan tanah air ekoran kejayaan pasukan bola sepak bawah-23 tahun negara yang melakar sejarah tersendiri mengalahkan Vietnam 1-0 dalam kejohanan Sukan SEA Laos pada tahun lepas. Acara berbasikal pula mencuri perhatian ekoran kejayaan anak kelahiran Dungun,Terengganu,Azizulhasni Awang memenangi acara keirin dalam Kejohanan Piala Dunia Klasik di Beijing, baru-baru ini. Menariknya, kedua-dua kejayaan ini dilakar barisan anak muda yang umur masih belumpun mencecah 30 tahun bak kata orang-orang tua, belum mencecah umur matang. Namun, mereka membuktikan sebaliknya. Ini menunjukkan anak muda jika diberi peluang dan digilap bakat mereka secara berterusan, tidak mustahil mampu menggegar dunia!
Analisis yang kedua yang saya dapati hampir 80% barisan pemain skuad bawah-23 tahun negara ialah hasil keluaran Sekolah Sukan Bukit Jalil(SSBJ). Ini menunjukkan kejayaan sekolah sukan dalam melahirkan atlet berbakat buat negara berhasil dan ini menepis tanggapan sinis sesetengah pihak bahawa tentang ketidakupayaan sekolah sukan dalam melahirkan atlet berpotensi buat negara dan pada masa yang sama tidak tercicir dalam pelajaran. Apapun, peringatan saya. Biar apapun yang terjadi, sebagai rakyat Malaysia, sokonglah negara anda bagi memartabatkan sukan negara.
‘’MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam.
blog ko ni bgus.
cuma nmpk dull la
letak la lagu ker..
gambar ke...
bru nampak cun.
sbbkn kalau blog yg fact-oriented cam ni kene ade jgk la gmbr2.. klo tak org cm mleh nk bce..
sekadar beri pndangan je.
Post a Comment