Lepas habis periksa ni keje aku asyik 'ulangkaji' novel-novel lama kat rumah.Nak beli novel baru takde bajet lak tapi sebenarnya aku suka borong buku-buku bila ada bookfest.Ada diskaun dan buku latest punye.Aku terasa lak nak 'ulangkaji' balik novel Mikhail karya penulis novel thriller no.1 Malaysia sapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid.Citer Mikhail ni mengisahkan seorang lelaki dalam lingkungan 20-an yang dilatih menjadi pembunuh upahan oleh ayah angkatnya yang dipanggil Uncle Dick. Uncle Dick kononnya menyelamatkannya daripada dibunuh oleh musuh-musuh perniagaan ayah kandungnya semasa kecil.Namun,jalinan plot dalam novel ini lebih rumit sebenarnya apabila Mikhail dilatih menjadi pembunuh upahan dalam rangka untuk membalas dendam bagi kematian ayah kandungnya.Nak tahu kesudahannya,bacalah sendiri novel ni.
Masa ulangkaji novel ni,aku juga sedang menonton citer korea City Hunter lakonan aktor terkenal Lee Min Ho dan aktres Sungkyungkwan Scandal,Park Min Young.Citer ni lebih kurang sama plotnya iaitu si hero dilatih menjadi pembunuh dalam rangka usaha membalas dendam.Persamaan kedua-dua citer ni ialah si hero tidak menggunakan cara membunuh untuk membalas dendam sebaliknya menggunakan bukti secukupnya untuk membawa mereka yang terlibat dengan jenayah ke muka keadilan.
Dalam City Hunter, Yeon-seoung(lakonan Lee Min Ho) membantu pendakwa raya Pejabat Pendakwa Raya Seoul, Kim Young-Joo dengan menghantar bukti dan orang yang bersalah untuk diambil tindakan selanjutnya.Manakala dalam Mikhail,Mikhail membuat kematian palsu dan membantu Inspektor Zetty Erlina dengan menangkap pembelot yang wujud dalam pasukan PDRM. Bila baca novel Mikhail, saya terbayang drama aksi Korea(sebab drama Malaysia jarang ada genre macam ni).Yang pasti,PDRM digambarkan cukup hebat dalam menyelesaikan kes dalam novel ni.
Satu pengajaran yang saya dapat dalam novel dan drama di atas ialah dendam yang disimpan bakal merosakkan diri kita dan orang lain.Belajarlah memaafkan orang yang berbuat salah kepada kita kerana itu lebih membuatkan hidup kita lebih tenang tanpa menyimpan apa-apa dendam.
Apa-apapun, saya syorkan bacalah novel Mikhail dan tontonlah City Hunter, best!
Sesungguhnya,kemaafan adalah dendam yang terindah!
0 comments:
Post a Comment