Wednesday, January 18, 2012

Ukhuwah itu Manis

Semua orang akan akui bahawa mereka paling merindui zaman persekolahan..Jika boleh diputar masa,zaman persekolahanlah menjadi pilihan mereka untuk kembali merasai betapa seronoknya detik ketika itu.Dan semua orang pasti setuju dengan ku bahawa mereka dapat dan mula-mula mengenali erti persahabatan apabila bermulanya alam persekolahan. Alam persekolahanku yang memerlukan aku selalu bertukar sekolah(hampir 5-6 buah sekolah gak lah dan merentas 3 negeri berbeza) membuatkan aku mengenali pelbagai rakan yang berasal dari latar belakang,bangsa,cara hidup,dan pendirian yang berbeza.Coretanku kali ini ingin mengimbau rakan-rakan yang banyak mempengaruhi cara hidupku sejak dari sekolah rendah.

SRK BATU 10,SIBU,SARAWAK.

  • Maizatul Idazarina binti Hj Mahadi-Maizatul.
  • Ni kawan baik aku yang pertama la aku kenal sejak memulakan alam persekolahan.Aku salute dengan dia sebab bijak!Masihku ingat dia dah start buat latihan Matematik darjah 3 mase kiteorang baru darjah 2.Sebab tu die pandai dan skang dia buat medic kat UIA.Sebab dialah aku rasa nak bersaing dalam pelajaran.Walau bagaimanapun,takdir memisahkan kami apabila aku terpaksa follow abah dan ummiku posting ke Semenanjung mase darjah 3.
SK KLUANG BARAT,KLUANG,JOHOR.


  • Nur Fitriana bt Ahmad Jais-Fit.
  • Em..ntahcamnentah aku leh rapat dgn Fit ni.Seingat aku la aku start rapat dgn die mase nak dekat hujung-hujung tahun darjah 5.Tapi satu perkara yang buat aku sure kenapa aku rapat dengan dia sebab kami sama-sama pencinta buku!Ah, satu lagi minat drama korea start dengan kegilaan Winter Sonata mase darjah 4.Em,die ni suka kritik penampilan aku,katanya selekehlah!Kadang-kadang,selambe je die betulkan tudung aku depan-depan ramai orang.Tapi,tu tanda dia menunjukkan erti kasih sayang seorang sahabat.Dia antara beren aku yang berani kritik aku depan-depan aku je.Thanks for your compliments,Fit.Aku tak pernah lost contact dengan die sejak   lepas UPSR sampailah skang.Walaupun dia beren aku(beren=best fren) tapi matlamat kami berbeza lepas UPSR.Dia cenderung ke Sains lalu berkelanalah dia ke Sekolah Tinggi Kluang aku pula teringin nak belajar bahasa arab lalu merantau lah aku ke SMK Sultan Abdul Jalil,Kluang,Johor. Skang die amek degree English for Public Relations(kalau tak silapla,kalau silap,tolong betulkan) kat UiTM Shah Alam.
  • Member-member lain yang agak rapat Zulaikha,Saidatul Akmal,Zurina,Azni,Atiqah Idris,si kembar Mira dan Hani(sepanjang persekolahan aku,ni je lah kawan kembar yg aku pernah ada),Atika Abu Zaki,Ashikin Ruzi,Idayu,Huda,Nazzira dan ramai lagi la.To all my frens,I owe you all big..


2 comments:

Ayana Ahmad said...

Masya Allah!!!
Oh Emmm Geeee!!! That's my full name kan yg ko tulis tu??! Haha. Ingat lagi ko ye??? Aq pun igt ko punye gak Siti Fatimah Wahidah binti Zamri. Signature ko sfw. Betulkan? Hehe. Terharu gile sebab ko buat entry ni. Rindu ko lah plak.. ;'( Insya Allah satu hari nnti kita bole jumpe balik jgk! Amin. Oh yang degree tu English for Professional Communication aka EPC. Lps ni plan nk amik master in history plak. cuma blom sure specific dlm apa lg. Good luck in yr STPM nnti. UKHUWAH ITU MANIS!:)

sfw said...

saje lah Ayana Ahmad..nak tolong popularkan nama kawan sndiri di alam siber ni..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...