Wednesday, January 18, 2012

Ukhuwah itu Manis 2

Sambung pulak part 2....

SMK SULTAN ABDUL JALIL,KLUANG,JOHOR.
Tempat ni banyak memberi peluang untuk aku mencari identiti aku yang sebenarnya dalam menempuhi alam remaja.Tapi,bab kawan-kawan tak berkembang mana gak sebab ada lah beberapa budak kelas aku mase 6 Jujur SKKB yang turut tercampak dengan aku kt kelas KAA(kelas aliran agama) kat SSAJ ni.Antara insan-insan terpilih ialah Saidatul Akmal,Zurina,Firdaus Azni(yang ni muannas ok) dan seorang jejaka iaitu Fareez.Aku gak dpt ramai geng baru kt sini cam Haziqah,Izzati,Pka Din,Suryani,Adilah,Nanie dan ramai lagi la.

  • Nur Firdaus Azni binti Jamal-Azni.
  • Aku pun tatau camne leh terapat dengan Azni mase kt SSAJ ni.Mungkin sebab Zurina dah partner dgn Sai,aku pun kamcengla dgn Azni.Satu lagi reason mungkin ialah die je dak selain dari kelas 6 Jujur yang aku boleh ngamla mase kt SKKB dulu.Azni ni cantik rupawan yang menjadi idaman ramai jejaka dan die start aktif silat mase Form 2.Lincah kawan aku sorg ni.Macam Fit gak,die tak takut-takut nak kritik aku cuma beza die dgn Fit ialah die ni sopan santun sikitla.Cita-cita die nak keje berkaitan bidang-bidang hiasan dalaman atau seni bina hampir tercapai bila mana skang dia amik course Seni Bina Landskap kat UiTM Seri Iskandar,Perak.



  • Nursaidatulakmal binti Md.Puaad-Sai.
  • Sai pun ntah camne ntah aku leh rapat dgn die.Antara similarities kiterorang yang boleh jadi chemical bond ialah gen kiteorang ade ciri-ciri peminat Hindustan dan novel!Sai ni sopan santun dan agak lemah lembut,kadang-kadang sensitif dan teman yang baik.Lepas PMR,cita-cita kiteorang nak jadi doktor n kiteorang same-same dapat tawaran ke SMKA Johor Bahru.Lepas 3 bulan kat situ,aku dpt offer tempat lain.Nampaknya,terpaksalah kami berpisah lagi kerana offer yg aku dpt tu sukar aku nak lepaskan.Sai satu yang aku puji tentang dia ialah mudah 'masuk' dan 'ngam' dengan semua orang hatta orang yang baru die jumpa.Sifat yang ni takde pada aku so die telah melengkapkan kekurangan aku tu.Cita-cita die nak further study kt UKM dah pun tercapai lepas habis matrik kt KMNS.Die amik Sains Pemakanan kt UKM.Jadi dietietian la lepas ni.



  • Zurina binti Rahamat-Zurina
  • Die ni aku leh gelar 'Iron Lady' la.Bayangkan mase die Form 2,die dah pandai bawak motor,repair motor,masak nak dibandingkan dengan aku mase tu yang tak berape nak tahu apa-apa.Dia ni kadang-kadang sensitif gak tapi bile naik Form 3 dah makin kurang sensitifnya.Kalau nak study Maths, aku suke kalau study dgn die,faham sket.Pakar Maths la katakan nak compare ngan aku yg memang anti-Maths ni memang melambung la buku Maths bile aku tension tak dapat jwb certain soalan.Lepas PMR,die dpt offer SMKAJB gak tapi last-last die decide nak stay kt SSAJ.Aku dgn Sai frust gak ah tapi aku respect decision die tu.Tapi tup-tup mase bulan 2 aku dgr die dpt offer MRSM Muar dan die decide nak gi.Sebagai kawan,aku doakan die bahagia dengan keputusan die.Bukan calang-calang MRSM tu..Angkasawan Negara pernah skola kt situ..La ni Zurina dah merantau jauuuuh..kat Penang nu..die study Biotech kt USM..
        update 9/4/2012
        -Zurina study Kimia lah kt USM.Sori Zurina salah info.


  • Nurul Haziqah bt Abdul Rahman-Ziqah
  • Die ni special case sket sebab masuk SSAJ mase kiteorang Form 2.Ziqah ni sempoi je dan pandai menceriakan suasana.Lepas PMR,die stay je kt SSAJ sebab nak amik Lukisan Kejuruteraan.Pas tu agak kurang berhubung dgn die.Lepas SPM,aku byk contact dgn die sebab kiterorang sama-sama nak masuk Form 6 walau berbeza negeri.Aku bykla berhubung dgn die sal STPM,subjek Pengajian Am dan Bahasa Melayu n berita seantero dunia Tingkatan Enam.Hope kite dpt masuk U bulan 9 nanti.InsyaALLAH!.



  • Nur 'Izzati bt Ismail-Zati
  • Kenape aku letak koma kt name cik Zati ni..Sebab die kate kt surat beranak dgn I/c die cam tu.So,aku follow je la.Aku kalau bab-bab nama orang ni memang aku suke ikut kehendak tuan punya badan.Zati ni lak jenis rock sempoi hbes.Sebab tu die kamceng dengan Ziqah.Lepas PMR,Zati dpt offer MRSM Mersing.Lepas nak dekat setengah tahun aku duk kt SMSSI,Mersing baru aku taw die skola situ.Dan for your information,skola kiteroang kt Mersing tu sebelah-sebelah je.Walaupun kiteorang skola kt Mersing,tapi tak pernah lak terjumpa die mase outing atau ade gathering yang melibatkan kedua-dua buah sekolah.Habes baik pun,aku kirim salam melalui budak skola dia atau pun sebaliknya.Hehe,Zati dilantik jadi BADAR(Badan Dakwah dan Rohani) MRSM Mersing mase Form 5.Nak gelak sakan gak aku minah rock cam die jadi BADAR tapi die baik ape jika nak dibandingan dengan diriku sendiri..Tak silap aku Zati skang kt UiTM Dungun,tak taw betul ke tak,kene siasatla..
UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA!

2 comments:

Unknown said...

hehehe xsangka plak sy dpt gelaran "iron lady".... tp kn rindu ar nk cubit2, debik2 korang.... =)

sfw said...

Biasalah Eirien..mujur tak bagi gelaran iron chef ke..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...