Wednesday, January 25, 2012

REMAJA DAN POLITIK...Perlukan Kematangan

Ni apehal pulak lah tanganku menaip entri yang lebih kurang sama dengan entri yang lepas..tapi aku tahu sebabnya..kerana aku sedih melihat remaja kini yang suaranya berdegar-degar kononnya memperjuangkan sesuatu tapi tidak sedar sebenarnya dia telah memperlihatkan sisi ketidakmatangan dalam dirinya..bila buka facebook,mereka tag video yang menyokong pemimpin tertentu dan menghentam yang lain,bila kat blog,mereka post entri berkaitan kepincangan karakter seseorang..adakah NABI MUHAMMAD ada melakukan ini pada musuh-musuh Islam,jawapannya TIDAK...

Bila ditanya remaja yang sebegini..
Jawapan mereka,''Kau apa tahu,ni perjuangan menegakkan agama,kau ni tak sayang agama ke?'
Ataupun berbunyi begini,''Kau ni sokong kerajaan kan?''

Walau apapun kata-kata golongan sebegini,saya tetap berpendapat bahawa mereka masih budak mentah yang perlu melengkapkan diri dengan persiapan ilmu,mental dan fizikal untuk terjun ke dalam dunia politik.


Tak usahlah cakap berdegar-degar tentang ketidaktelusan pilihan raya,kalau fungsi SPR atau apakah perbezaan antara DUN dan Parlimen pun tak tahu..
Tak usahlah cakap pasal pelaksanaan hukuman hudud,kalau ilmu tentang apa itu hudud dan cara pembuktian hudud dalam ilmu jinayat tak pernah nak ambik tahu..
Tak usahlah cakap pasal pemimpin ni jahat,pemimpin tu tak Islamik,kalau sirah Nabawiyah khususnya bagaimana akhlak Rasulullah dalam berhadapan dengan musuh dan sejarah tamadun Islam tak pernah khatam gara-gara tak minat subjek sejarah...

Akhir kalam,saya sangat-sangat menyeru kepada generasi muda terutamanya syabab SILAKANLAH lengkapkan diri dengan ilmu ukhrawi dan duniawi sebelum terjun ke medan politik,jika tidak ANDA akan jadi fitnah kepada agama ISLAM..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...