Saturday, January 14, 2012

MUJAHID CINTA

Menjadi remaja muslim atau muslimah masa kini dalam menjalani kehidupan seharian berlandaskan tuntutan ajaran Islam penuh dengan cabaran dan godaan,terutamanya di bandar-bandar besar.Menoleh ke kanan dan kiri,aduh! aurat berselerak tidak terkawal.Subhanallah!Jadi,bagaimana agaknya agar kita mampu menjadi kekasih Allah SWT?Ya,tidak ada jalan lain,kecuali berjihad.Jihad dengan penuh cinta,LILLAHITAALA!

Petikan di atas dipetik daripada buku motivasi antara yang terlaris di Indonesia iaitu Mujahid Cinta karya Irwanto-al Krienchiehe.Buku ini saya akui penuh dengan motivasi untuk remaja berdakwah dalam memerangi maksiat yang berleluasa sekarang dengan penekanan diberikan sehingga akhlak daie itu sendiri dalam permulaan bab dalam buku ini..Antara yang saya hendak kongsikan ialah akhlak seorang mujahid cinta:
  • Qanaah atau bersifat redha
  • Mencintai sesama muslim
  • Selalu menjaga silaturahim
  • Takut kepada Allah dan tidak takut terhadap celaan manusia
  • Berani berkata benar walaupun pahit
  • Selalu berzikir kepada Allah


Jangan salah faham dengan maksud perkataan jihad di atas.Jihad di lorong-lorong maksiat bukanlah dengan menayangkan pisau,kayu pemukul atau senjata untuk membunuh,tetapi menggunakan iman,ilmu pengetahuan,dan keterampilan(skills).InsyaAllah dengan gerakan jihad cinta ini akan ramai remaja dan generasi umat Islam khususnya yang terlepas daripada jerat noda dan dosa.

Saya amat syorkan buku ini dibaca kerana gaya bahasa yang mudah difahami dan mampu menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...