Friday, May 26, 2017

Suspicious Partner

Salam mahabbah..

Jarang aku buat review drama yang masih ditayangkan, tapi jalan cerita ni buat aku rasa nak review awal.Drama ni ditayangkan di saluran SBS.Dan akhirnya Ji Chang-wook dapat jugak watak hero genre romantik komedi setelah sekian lama berlakon genre aksi je.



Drama ni mengisahkan Noh Ji-wook (Ji Chang-wook) seorang pendakwa raya yang perangai sering ikut kepala sendiri.Perangai dia yang sangat annoying menyebabkan pernah diundi pendakwa raya paling tidak disukai oleh peguam bela..haha..teruk sangat kan..Eun Bong-hee (Nam Ji-hyun) pula seorang pelajar jurusan undang-undang pada masa tu.



Pertemuan pertama mereka sangat la tak best sebab Bong-hee salah anggap Ji-wook ni sebagai orang yang merabanya semasa dalam tren.Nak dijadikan cerita, lepas tu Ji-wook ni tolong Bong-hee bila tengok Bong-hee bergaduh dengan teman lelakinya disebabkan teman lelakinya curang.Make it short, Ji-wook ni pun bekas teman wanitanya curang jadi dia sangat memahami perasaan Bong-hee masa tu.



Mereka bertemu lagi dengan Bong-hee jadi pelajar praktikal kat pejabat Ji-wook.Dengan tak semena-mena Bong-hee dituduh membunuh bekas teman lelakinya.Teman lelakinya dijumpai terbunuh di rumahnya.Ji-wook berperang dengan perasaan sendiri sama ada ingin mendakwa Bong-hee sedangkan dia tahu bukti yang ada tak cukup kuat nak sabit kesalahan tapi pada masa yang sama orang atasan ugut agar Bong-hee didakwa,jika tidak Ji-wook akan dipecat.




Rentetan selepas Ji-wook dibuang kerja yang best.Dia kerja dekat sebuah firma guaman, dan sekali lagi dia macam robot,bekerja dalam keadaan jiwanya di awang-awangan.Kerja sebagai peguam,tidak kena dengan jiwanya.Muka blur je dia masa ni.Dia pun jumpa balik dengan Bong-hee selepas 3 tahun dalam mahkamah pulak tu sebab klien masing-masing.Kerjaya Bong-hee sebagai peguam agak terumbang-ambing disebabkan orang ramai dah bagi gelaran kepada dia sebagai suspek kes pembunuhan.


Ji-wook pun letak jawatan bagi membuka firma guaman sendiri dan ambil Bong-hee kerja dengannya.Bagi aku, jalan cerita ni best sebab bagaimana dua watak utama ni mengalami zaman kejatuhan dalam kerjaya tapi tak mudah putus asa.Sejarah hitam lalu dua-dua watak utama ni membuatkan mereka senang memahami satu sama lain dan melengkapi kelemahan masing-masing.

Lakonan Ji Chang-wook memang best.Kelakar betul dia dalam cerita ni.Bila dia buat muka lonely,blur lepas tu leret tangan kat dinding,kesian betul..haha..Watak Ji-wook ni pulak ada masalah insomnia,tapi bila dia dengan Bong-hee, senang pulak dia tidur..haha..Nam Ji-hyun pulak nampak serasi betul dengan Chang-wook nak-nak masa babak mereka berbalas-balas cakap..Lawyer kata kan...



                Part ni kelakar.Konon tak jealous kan, sekali dia sembur kawan dia,Eun-hyuk yang                  tengah duk berbual dengan Bong-hee.

Sunday, April 30, 2017

PBAKL 2017

Salam PBAKL..

Disebabkan tahun lepas aku tak dapat pergi PBAKL yang diadakan di MAEPS Serdang, memang aku dah tanamkan azam dari awal tahun lagi nak pergi jugak tahun ni.Nasib la aku dapat kerja area Negeri Sembilan.Cuma yang tak berapa best, aku tercampak sorang-sorang kerja kat sini. Kata orang, tak ada teman suka duka la macam tu.Sorang pun sorang la.Nak pergi jugak punya pasal kan.Sebab biasanya aku berteman masa zaman UKM dulu dengan Syahirah Shofe.

Tapi, perancangan Allah itu lebih baik.Kawan lama aku masa sekolah rendah,Zurina sanggup turun dari Johor semata nak pergi PBAKL ni jugak.Maka, dia pun tumpang tidur rumah aku semalam dan pagi esoknya,29 April, kami gerak ke PWTC dengan KTM dari Senawang.Dan hasilnya ialah...

                                 Ini sebenarnya hasil belian di PWTC campur online sempena PBAKL.

Disebabkan Zurina ada hal lain nak kena gerak dari PWTC tengah hari itu, kami decide pergi booth Jemari Seni dulu.Habis diborongnya..haha..Aku paksa dia amek autograf Rodier walaupun pada mulanya malu-malu alah.Ye la,dah datang jauh-jauh rugi je kan kalau tak amek autograf.Aku tak beli dulu sebab nak tunggu adik aku yang baru habis praktikal kat Putrajaya datang lepas Zuhur.Novel JS tulisan Packy Siddique tu yang adik aku request, maka aku sebagai kakak mithali, layankan je la sambil fikir macam mana nak survive sementara tunggu gaji masuk bulan ni.

Maka,selepas Zurina beredar, dan sementara tunggu adik aku datang,aku pun jalan-jalan booth-booth yang berada di tingkat 2 dan 3.Aku pergi booth Komik M dan Skuad Misi, nak belikan Misi PT3 untuk adik bongsu ku yang amek PT3 tahun ni.Dan Alhamdulillah, rezeki aku, ada penulis komik tu, Nazry Salam.


Kemudian, aku pergi ke booth Puteh Press untuk dapatkan buku terbaru Matluthfi, Alegori Rumah Api.Buku terbaru tulisan Ustaz Hasrizal, Setia dengan Kebenaran aku rancang nak dapatkan di booth Iman Shoppe.Tapi, Ya Allah, ramainya umat dekat Iman Shoppe.Aku pun pergi ke booth The Wakaf Buku dan Alhamdulillah ada.Berpusing-pusing aku cari The Wakaf Buku ni kerana kedudukannya agak tersorok.Bagi sesiapa, nak wakafkan buku,boleh berhubung dengan The Wakaf Buku.

Dan rezeki aku jugak sejurus je adik aku sampai, penulis Ramlee Awang Murshid pun tiba.Pada mulanya, novel terbaru beliau, Anding Ayangan tak masuk dalam bajet aku bulan ni.Tapi, alang-alang penulisnya ada kan,maka lari lah bajet aku...haha..Dah lama aku nak amek gambar dengan RAM dan dapat autograf beliau.




Aku cadangkan sesiapa nak jumpa ramai penulis masa PBAKL, datang lah masa hujung minggu.Masa aku pergi ni, ada juga penulis terkenal dari Indonesia, Tere Liye.Fattah Amin pun ada..haha..Nasib baik aku tak minat.Booth Telaga Biru aku pergi dapatkan buku terbaru Ustaz Pahrol untuk ibuku.

Cuma, kelemahan PBAKL tahun ni bagi aku, pengunjung tak dapat pelan lantai syarikat-syarikat dalam bentuk hardcopies macam tahun-tahun sebelum ni.Jenuh la pengunjung nak menjenguk pelan yang besar gedabak tu bagi setiap aras.Kelebihannya, Sunway Putra Mall bersebelahan PWTC ni dah bukak, jadi, ada pilihan untuk menjamu selera.

Kesimpulannya, simpan lah duit dari sekarang untuk PBAKL tahun depan agar tak lari bajet macam aku dan boleh beli stok buku banyak-banyak.

Sunday, April 16, 2017

Kebaikan Alfalfa Shaklee

Salam mahabbah..

KEBAIKAN ALFALFA

Apa itu alfalfa? Mari saya ceritakan kepada anda.Orang Greek guna alfalfa untuk rawat penyakit pundi kencing dan buah pinggang.Sementara itu,perubatan ayurvedik yang popular pula menggunakan alfalfa untuk merawat bengkak air,arthritis dan ulcer.Dan di China pula, alfalfa digunakan untuk mengatasi masalah batu karang.
Antara kebaikan alfalfa dalam menangani masalah kesihatan:

PENYAKIT JANTUNG –Membantu menurunkan tahap kolesterol.
DETOKS DAN MEMBERSIHKAN DARAH DAN HATI- Ia akan menjadikan seseorang kerap buang air kecil, dan dalam alfalfa ada klorofil yang bertindak sebagai agen detoks.
ANTI RADANG – Sebagai penahan sakit dari rasa tidak selesa akibat sakit-sakit sendi, arthritis dan gout.Hal ini kerana alfalfa membantu menstabilkan tahap keasidan dan kealkalian dalam badan serta melarutkan asid urik.
MELANCARKAN PENGHADAMAN DAN ANGIN BADAN –Terdapat enzim penghadaman dalam alfalfa yang membantu memecahkan makanan dan meningkatkan pergerakan usus.
PENJAGAAN MULUT – Membantu menghalang gigi reput dan mengembalikan semula mineral gigi dan mengatasi masalah nafas berbau.
ALERGIK/ALAHAN- Kesan anti histamin dalam enzim alfalfa sangat membantu.
KECEDERAAN DAN LUKA KECIL –Bagi yang biasa mengamalkan alfalfa,lukanya akan cepat sembuh sebab darah akan beku cepat.



Nutrisi dalam alfalfa kaya dengan klorofil, karotin,protein,asid amino,serat serta 15 zat galian lain.SATU TABLET ALFALFA bersamaan 300 mg alfalfa organik.

Jadi, apa tunggu lagi!
Boleh pm saya di fb Siti Fatimah Wahidah, pm/whatsapp di talian 0145238536 supaya kita dapat rasakan kehebatan Alfalfa ini bersama.Saya juga menyediakan COD di kawasan Senawang.InsyaAllah,saya akan memberikan servis terbaik kepada anda jika anda membeli dengan saya serta consult cara makan yang betul agar masalah anda dapat diatasi.

Friday, April 7, 2017

KENAPA SET JERAGAT SHAKLEE TERBUKTI BERKESAN


3 produk asas Shaklee untuk set jeragat ialah:

GLA Complex:
Hormon kulit jadi stabil.Hal ini kerana ianya punca utama selain sinar UV.
Mempunyai kandungan vitamin E bagi menghalang pembentukan jeragat baru.
Mencerahkan dan menegangkan kulit.
Mengawal kelembapan kulit.
Mempercepatkan pemulihan sel kulit yang rosak akibat jeragat.

SR Vita-C Plus:
Kolagen kurang bila umur meningkat.Ia nya akan menaikkan kolagen secara semulajadi.
Mencerahkan tompok jeragat.
Ada antioksidan bagi melawan jeragat lama dan baru.
Mencerahkan dan menegangkan kulit.

Garlic Complex
Melindungi kulit dari penuaan akibat sinaran UV.
Alicin yang ada dalam garlic yang sangat tinggi antioksidan membantu melawan kesan negatif kerosakan kulit akibat sinaran UV yang tinggi.



Jadi, apa tunggu lagi!
Boleh pm saya di fb Siti Fatimah Wahidah, pm/whatsapp di talian 0145238536 supaya kita dapat rasakan kehebatan Set Jeragat ini bersama.

Thursday, March 30, 2017

SET IBU HAMIL DAN BERPANTANG TERBAIK

Mari kita lihat bagaimana supplemen dalam set ini membantu ibu yang dalam pantang selepas bersalin:


  • ·         B-Complex

Membekalkan asid folik yang sangat diperlukan oleh bayi dari seawal kandungan serta tempoh menyusukan anak.B-Complex juga berfungsi mengelakkan ibu dari mengalami stress dan penat dan paling ditakuti jika ibu tersebut gila meroyan.Selain itu ia juga bagus untuk tenaga dan menghilangkan sakit-sakit badan.

  • ·         ESP

Membekalkan tenaga berpanjangan kepada ibu agar kekal cergas sepanjang hari malah mampu mencantikkan kulit ibu dan bayi.Ia nya juga bonus bagi ibu kerana insyaAllah kulit akan menjadi flawless, dan menambah susu badan dan  serta menganjalkan badan yang kendur.

  • ·         Vita-Lea

Mengandungi zat besi yang diperlukan oleh ibu dalam pantang agar tidak lesu.Juga membantu mengatasi masalah anaemia ketika hamil dan menambah darah selepas bersalin.

  • ·         Sustained Released Vitamin C

Membantu penyerapan vitamin C ke tahap optimum.Di samping itu, ianya membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan.

  • ·         Ostematrix

Membekalkan kalsium secukupnya mengikut keperluan ibu berpantang.Kalsium penting bagi mengelakkan masalah kejang kaki, sembelit dan sukar tidur.Ia nya juga mampu membantu masalah gigi dan gusi berdarah.

  • ·         Alfalfa

Melancarkan darah nifas bagi menyihatkan tubuh badan.Membantu menguatkan rahim selepas bersalin.

Jadi, apa tunggu lagi!
Boleh pm saya di fb Siti Fatimah Wahidah, pm/whatsapp di talian 0145238536 supaya anda dapat rasakan kehebatan Set Istimewa ini bersama.Saya juga menyediakan COD di kawasan Senawang.

Sunday, March 19, 2017

Kebaikan Vitamin E


Bagus kepada jika anda inginkan kulit lebih cantik, lebih licin, dan awet muda sentiasa.

Antara fungsi vitamin E ialah :
Bersifat anti-penuaan.Ia dapat mengurangkan garis halus yang merupakan tanda penuaan pada wajah.
Membantu memudarkan/mengurangkan parut dan masalah jerawat.
Memperbaiki peredaran darah lalu menjadikan wajah berseri dan tidak kusam.Juga secara tidak langsung, kulit akan bersih dari jerawat dan jeragat.
Bagi yang mempunyai masalah rambut seperti keguguran rambut dalam jumlah yang banyak, vitamin E membantu dalam mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan lebat.
Bagi yang mempunyai kulit muka yang berminyak, vitamin E bertindak mengawal pengeluaran sebum minyak.

Pengalaman saya menggunakan vitamin E berjaya mengurangkan kesan muka yang terbakar akibat cuaca panas terik.Malah,ahli keluarga juga memuji tona kulit muka saya lebih sekata.

Jadi, apa tunggu lagi!
Boleh pm saya di fb Siti Fatimah Wahidah, pm/whatsapp di talian 0145238536 supaya kita dapat rasakan kehebatan Vitamin E ini bersama.Saya juga menyediakan COD di kawasan Senawang.

Monday, March 13, 2017

Lecithin untuk Mengawal Kadar Kolesterol


KEBAIKAN LECITHIN
Mencantikkan otot dan kulit.
Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa.Lecitihin juga membantu membentuk sel membrane, melembapkan dan menghaluskan kulit.Juga mengaktifkan metabolism sel dan melambatkan penuaan.

Membantu sesiapa yang ada alergi/alahan
Lecithin membantu menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin parah.Contoh penyakit kulit seperti dermatitis.

Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress
Kolina akan berfungsi untuk menghantar saraf kranial.Saraf kranial ini penting bagi mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer  dan meringankan stress.Ia nya juga membantu sel otak berkembang dan berperanan penting dalam penghantaran saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan neuro transmitter(berkaitan ingatan jangka pendek).

Menghapuskan lemak degil dalam badan.


APA FUNGSI KOLINA?
Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya sebagai membantu kesihatan otak, hati, dan kardiovaskular.
Kolina adalah suatu komponen neuro penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.
Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolesterol dalam badan,lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.

SIAPA YANG PERLU AMBIL LECITHIN
Penderita keguguran rambut – memerlukan kerana kekurangan inositol.
Orang yang mempunyai kolesterol tinggi 
Pelupa
Ibu menyusu untuk melancarkan air susu dan merawat bengkak susu.



Jadi, apa tunggu lagi!
Boleh pm saya di fb Siti Fatimah Wahidah, pm/whatsapp di talian 0145238536 supaya kita dapat rasakan kehebatan Lecithin ini bersama.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...