Salam PBAKL..
Disebabkan tahun lepas aku tak dapat pergi PBAKL yang diadakan di MAEPS Serdang, memang aku dah tanamkan azam dari awal tahun lagi nak pergi jugak tahun ni.Nasib la aku dapat kerja area Negeri Sembilan.Cuma yang tak berapa best, aku tercampak sorang-sorang kerja kat sini. Kata orang, tak ada teman suka duka la macam tu.Sorang pun sorang la.Nak pergi jugak punya pasal kan.Sebab biasanya aku berteman masa zaman UKM dulu dengan Syahirah Shofe.
Tapi, perancangan Allah itu lebih baik.Kawan lama aku masa sekolah rendah,Zurina sanggup turun dari Johor semata nak pergi PBAKL ni jugak.Maka, dia pun tumpang tidur rumah aku semalam dan pagi esoknya,29 April, kami gerak ke PWTC dengan KTM dari Senawang.Dan hasilnya ialah...
Ini sebenarnya hasil belian di PWTC campur online sempena PBAKL.
Disebabkan Zurina ada hal lain nak kena gerak dari PWTC tengah hari itu, kami decide pergi booth Jemari Seni dulu.Habis diborongnya..haha..Aku paksa dia amek autograf Rodier walaupun pada mulanya malu-malu alah.Ye la,dah datang jauh-jauh rugi je kan kalau tak amek autograf.Aku tak beli dulu sebab nak tunggu adik aku yang baru habis praktikal kat Putrajaya datang lepas Zuhur.Novel JS tulisan Packy Siddique tu yang adik aku request, maka aku sebagai kakak mithali, layankan je la sambil fikir macam mana nak survive sementara tunggu gaji masuk bulan ni.
Maka,selepas Zurina beredar, dan sementara tunggu adik aku datang,aku pun jalan-jalan booth-booth yang berada di tingkat 2 dan 3.Aku pergi booth Komik M dan Skuad Misi, nak belikan Misi PT3 untuk adik bongsu ku yang amek PT3 tahun ni.Dan Alhamdulillah, rezeki aku, ada penulis komik tu, Nazry Salam.
Kemudian, aku pergi ke booth Puteh Press untuk dapatkan buku terbaru Matluthfi, Alegori Rumah Api.Buku terbaru tulisan Ustaz Hasrizal, Setia dengan Kebenaran aku rancang nak dapatkan di booth Iman Shoppe.Tapi, Ya Allah, ramainya umat dekat Iman Shoppe.Aku pun pergi ke booth The Wakaf Buku dan Alhamdulillah ada.Berpusing-pusing aku cari The Wakaf Buku ni kerana kedudukannya agak tersorok.Bagi sesiapa, nak wakafkan buku,boleh berhubung dengan The Wakaf Buku.
Dan rezeki aku jugak sejurus je adik aku sampai, penulis Ramlee Awang Murshid pun tiba.Pada mulanya, novel terbaru beliau, Anding Ayangan tak masuk dalam bajet aku bulan ni.Tapi, alang-alang penulisnya ada kan,maka lari lah bajet aku...haha..Dah lama aku nak amek gambar dengan RAM dan dapat autograf beliau.
Aku cadangkan sesiapa nak jumpa ramai penulis masa PBAKL, datang lah masa hujung minggu.Masa aku pergi ni, ada juga penulis terkenal dari Indonesia, Tere Liye.Fattah Amin pun ada..haha..Nasib baik aku tak minat.Booth Telaga Biru aku pergi dapatkan buku terbaru Ustaz Pahrol untuk ibuku.
Cuma, kelemahan PBAKL tahun ni bagi aku, pengunjung tak dapat pelan lantai syarikat-syarikat dalam bentuk hardcopies macam tahun-tahun sebelum ni.Jenuh la pengunjung nak menjenguk pelan yang besar gedabak tu bagi setiap aras.Kelebihannya, Sunway Putra Mall bersebelahan PWTC ni dah bukak, jadi, ada pilihan untuk menjamu selera.
Kesimpulannya, simpan lah duit dari sekarang untuk PBAKL tahun depan agar tak lari bajet macam aku dan boleh beli stok buku banyak-banyak.