Setelah sekian lama aku tak layan sangat drama Melayu yang bersiri terutamanya,banyak layan drama Korea je,akhirnya aku isytihar aku surrender dengan drama ni.Drama ni bagi aku banyak point yang buat cerita ni trending kt media sosial.Antaranya, nama watak hero dengan heroin (lakonan Syarul Ridzwan dan Janna Nick) ni sama,Iman Firdaus.Sedap gak nama ni kan.Yang hero ni artis terkenal,nama stage Im Aus.Hero ni dipanggil Aus dan heroin dipanggil Iman.Lepastu,tak ada watak mak mertua tak terima heroin,sebaliknya keluarga si hero ni suka je dengan heroin,malah sanggup angkut semua adik beradik Iman ni duk sekali dengan depa.Nama adik beradik Iman ni semua mula dengan Iman jugak,Iman Adrian,Iman Fazril,Iman Razif,Iman Haris, dan Iman Asri.Cute-cute jerr adik Iman ni haa..Heroin ni pulak berlakon selamber je,takde kontrol cun ke apa,tu yang jadi best nak layan cter ni.
"Kau pehal dowh?"-Iman
"Kalau aku cintakan kau,aku takkan lepaskan kau,sama jugak macam kau,kalau kau jatuh cinta dengan aku,kau jangan la lepaskan aku"-Aus
"Kau ni muka dah cantik,kalau kurangkan cakap tu,lagi cantik"-Aus
"Kau sayang aku tak? Mestila sayang.Kalau kau takde,aku nak kawan dengan sape,aku nak sepak sape"-Aus dan Iman
"Nak kacau sikit tak boleh.Kacau, kacau, kau ingat aku dodol ke?'-Aus dan Iman
"Iman Fazril,Iman Hafiz,jom ikut abang. Oooi sapa Hafiz? Mana ada Hafiz kat sini.Pandai-pandai kau je tukar nama adik aku.Iman-Iman,jom ikut abang".-Aus dan Iman
"Mace kito dulu-dulu.Abe ni dok abih abih maso kito dulu dulu maso kito dulu dulu"-Daddy dan mummy Aus
Atas tu semua dialog yang aku rasa setakat ni best.Banyak lagi tapi malas nak taip pulak..hehe..OST drama ni pun best.Layan dengar muziknya catchy je dan kena dengan jalan cerita..