Thursday, July 9, 2015

Drama Tentang Dunia Perubatan

Salam alaik..

Hari tu aku ada post tentang drama korea berkisar tentang dunia masakan.Kali ni aku nak post pasal drama-drama yang aku tonton berkisar dunia perubatan.Sebenarnya,aku minat sangat dunia perubatan,malah pernah bercita-cita menjadi doktor sedari mula mengambil aliran sains tulen agama selepas PMR.Tetapi,akhirnya aku sedar kemampuan diri yang tak mampu bawak subjek maths n kimia,(subjek biologi dan fizik aku boleh score pulak,tak ke pelik,,huhu..),maka cita-cita tu terpaksa campak ke laut.Tapi,minat aku terhadap dunia perubatan dan sains tak dapat nak dikuburkan dalam-dalam,maka segala drama bersiri tentang dunia medik,memang akan jadi list aku yang teratas untuk ditonton.Let's check it out.....

Drama E.R ni kira legend kot.Masa aku sekolah rendah suka follow cerita ni kat TV2,kalau tak silap la.Lepas tu,drama ni juga aku tonton kat saluran Star World ke AXN,aku pun tak pasti,haha,semenjak family langgan Astro.Drama ni mengambil latar tempat dekat Wad Kecemasan sebuah hospital.Jadi,kalau tengok drama ni,doktor-doktor tu memang akan terkejar sana-sini dan suasana wad yang akan hectic setiap masa.


Drama perubatan yang kira latest ialah Grey Anatomy.Tajuk drama ni diambil daripada tajuk buku yang student medic guna masa study pasal anatomi manusia.Cerita ni tak mengkhususkan mana-mana department. Semua ada,pediatrik, O & G, ortopedik,bius,makmal, dan lain-lain lagi.Sekarang masih follow kat Star World.



Ok,dah habis rant drama orang putih.Sekarang,kita beralih ke Asia iaitu Korea Selatan.Drama Korea pasal perubatan menjadi trend bermula sekitar tahun 2006 dan ke atas,dan lepas tu,boleh dikatakan tiap-tiap tahun pasti akan ada drama perubatan yang disiarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...