Salam alaik...
Lama betul aku tak bercerita di blog ini,kesibukan menyiapkan tugasan akademik dan tuntutan tanggungjawab menyebabkan blog ku ini bersawang sejak sekian lama,,Lepas tu,nanti ada yang kata ''sapa suruh hang pegang jawatan,kan dah sibuk sana sini'',,huhu,,tapi aku pegang kata-kata ni,''jika kamu tidak disibukkan dengan perkara-perkara baik,maka kamu akan disibukkan dengan perkara-perkara lagha'',,aku pulak bukan jenis duduk diam je melepak kat bilik,jadi tak tentu arah,,so,here I am...
Bercinta habis aku dengan PS ni hampir setahun.... |
Bermula tahun 2 pengajian ku di JPATI,maka dengan ketentuanNYA aku diberikan taklifan sebagai Timbalan Exco Informasi & Multimedia kelab cos aku,,huhu,,apa kebende lak skop kerja aku ni? Mula-mula,,rasa sangat bingung,taktau nak mula dengan kerja apa sementelah lagi post ni Informasi dan Multimedia ini baru diwujudkan,,kiranya aku ni pengasas la,(bangga sekejap,hehe)....Dengan bantuan exco aku yang sudah menginjak ke tahun 3,,(kiranya dia ni dah senior berpengalaman la kan..),maka bergeraklah kami menghebahkan sebarang info aktiviti berkaitan JPATI..
Kerja aku tentulah kena bermain dengan software photo,poster, dan video editing.Bab video editing takde masalah,mentelah aku pulak suka dengan keja edit-edit video ni .Tang yang poster editing tu,nak menangis jugak lah mula-mula duk bermain dengan Adobe Photoshop tu,tambahan pula aku ni bukan lah jenis yang kreatif orangnya,ditambah lagi bila 'deadline' mana-mana program jabatan dah dekat dan hebahan program perlu dibuat.Karang tak dapat sambutan,mesti alasannya kurang publisiti,aku jugak yang kena balik,huhu..(Masa ni,dah rasa macam betul-betul kerja kat syarikat media..).Agak stress di situ..
Mula-mula,banyak rujuk poster-poster yang sedia ada dan ditambah dengan komen-komen membina dari saff kepimpinan khususnya,maka jadilah jugak beberapa poster untuk tujuan hebahan program jabatan.At the end,bila dah tengok hasil,memang rasa puas and then tak percaya,betul ke aku yang buat ni?,hehe,,Nasib baik lah aku ni jenis minat jugak lah dengan benda-benda berkaitan komputer ni,so setakat 5-6 jam mengadap laptop edit poster dengan video tu,takde hal punya laa.....
Antara hasil kerja aku...Tak tidur malam aku duk edit banner ni,first time design n edit banner,,, |
Berbalik kepada tajuk di atas,apabila sudah hampir satu sesi aku bergelumang dengan dunia media dan penerbitan ni merangkumi poster dan video khususnya,harus ku akui media memainkan peranan utama dalam menyebarkan pengaruh baik ataupun buruk kepada masyarakat.Tetapi malangnya, tidak ramai graduan pengajian Islam yang berani menceburkan diri dalam bidang ini sedangkan bidang ini luas prospeknya.Sejak akhir-akhir ini,barulah berlaku sedikit kebangkitan untuk memahirkan diri dalam bidang media ini dalam graduan pengajian Islam.
Harus ku akui bidang media sangat luas peluang pekerjaan merangkumi bidang grafik,muzik,penerbitan filem dan drama serta banyak lagi.Bidang ini sangat memerlukan tenaga kerja yang ramai sama ada di belakang mahupun depan tabir tetapi malangnya industri ini lazimnya dimonopoli golongan yang kurang faham syariat.Maka seharusnya wujud alternatif dan kesedaran dalam kalangan graduan pengajian Islam untuk menyediakan alternatif hiburan yang lebih bermanfaat kepada masyarakat.
Semoga dengan kebangkitan ini mampu melahirkan industri hiburan di Malaysia yang patuh syariah pada suatu hari nanti..InsyaAllah....
P/S: Aku berharap aku dapat menceburkan diri dalam bidang ni lepas grad nanti,mohon doanya ya....