Salam ukhuwah dan mahabbah..
Di tengah-tengah keheningan malam ni,aku teringat kepada rakan-rakan yang pernah mewarnai hidupku bermula rakan sepermainan sejak aku bersekolah darjah satu sehingga darjah dua di SRK Batu 10,Sibu,Sarawak.Kemudian,aku berkelana ke bumi semenanjung Malaysia dan memulakan persekolahan darjah tiga hinggalah saat aku mengambil UPSR di SK Kluang Barat,Kluang,Johor.
Selepas itu,aku memulakan alam sekolah menengah di Kelas Aliran Agama(KAA) dan mengambil PMR di SMK Sultan Abdul Jalil,Kluang.Takdir menentukan aku diberi peluang walaupun sebentar cuma di SMKA Johor Bahru untuk mengenali rakan-rakan baru ketika di tingkatan 4.Lantas,aku masih diberi peluang oleh-Nya untuk membina tautan ukhuwah yang baru bersama rakan-rakan Gen 5 2009 dan menghadapi SPM di SM Sains Sultan Iskandar,Mersing,Johor(aku pernah menyimpan angan-angan hendak bersekolah di SBP namun sedar diriku tidak layak).
Khas buat sahabat-sahabat yang pernah mengenali diri ini...
Dan,sememangnya aku sangat bersyukur apabila impianku untuk bersekolah di sebuah sekolah aliran agama termakbul apabila aku mengambil STPM 2011 di SMKA Sheikh Abdul Malek,Kuala Terengganu.Dan,kurniaan-Nya sangat tidak terhingga(sehinggakan aku merasa,layakkah aku menerima semua ini??),apabila aku diberi peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang pengajian Arab dan Tamadun Islam....
Aku berharap semua nikmat ini tidak membuat aku lalai dan leka dalam melaksanakan tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya yang lemah lagi hina serta sebagai khalifah yang memakmurkan(harapnya tidak menghancurkan!) muka bumi ini..InsyaAllah...
Sebagai penutup,renungkan lirik lagu 'Kita Hamba' yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan..
Kita adalah insan yang dihidupkan buat sementara...
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba...
Tapi mengapa sering kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya
Tapi mengapa kita selalu leka dengan kewajiban sebagai hamba
Kita adalah insan yang dihidupkan buat sementara...
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba...
Tapi mengapa kita selalu leka dengan kewajiban sebagai hamba
Sedang Tuhan tak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya
Bahkan Tuhan Maha Pengampun
Di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat