Friday, July 27, 2012

CONTENGAN JALANAN...Bukan Sekadar Contengan..


Salam ukhuwah..Lama jugak rasanya tak ‘review’ buku di blog kesayangan aku ni.Jadi,sempena ‘atmosfera’ Ramadan sedang melanda umat Islam sekarang,aku rasa aku nak ‘review’ novel Contengan Jalanan(CJ) karya Hlovate.Eh,eh,,apa kena mengena novel ni dengan bulan Ramadan pulak?.Ha,tulah nak ‘review’ tu..

Novel ni aku baru beli sekitar hujung bulan 6 baru ni.Masa tu kat kedai buku,aku memang ‘target’ nak beli sebuah je novel sebab nak ‘spend’ duit tu benda lain.Hati aku masa tu berbelah bagi sama ada nak beli CJ atau satu lagi karya Hlovate,Versus.Walaupun otak aku ni menghantar isyarat supaya beli Versus,tapi hati dan tangan aku mengatakan sebaliknya.Maka,selamatlah novel CJ ni dibeli!

Sewaktu aku baru hendak masuk ke alam pembacaan novel ni,baru perasan muka depan dan muka belakangnya(muka belakang ke?),agak unik.Keluarga aku pun seronok je suka kat aku bila aku tengah baca novel ni.Anda mesti mulakan pembacaan dengan cerita Fend barulah cerita K2(baca=K square).Mula-mula ingatkan K2 ni pasal maths ke,yelah ada bunyi square lak kat situ.Rupa-rupanya K2 ni orang!
Betul kan unik muka depan dgn muka belakang buku ni..

‘The man that decided to change on the 12th dies on the 11th’.


Quote kat atas ni bolehlah aku katakan sebagai penggerak jalan cerita novel ni.Permulaan cerita kedua-dua watak iaitu Fend dan K2 ni boleh dikatakan sama kerana mereka berkawan baik dan tinggal sekampung serta mempunyai minat yang sama terhadap muzik sehinggakan ada band jamming mereka sendiri,Crappy Hues.

Mula-mula baca,aku ingatkan macam tak ada kaitan je budak berdua ni sebab kedua-dua cerita ini diceritakan dari sudut pandangan orang pertama iaitu diri Fend dan K2 sendiri.Fend dan K2 mempunyai prinsip yang sedikit berbeza menyebabkan sudut pandangan mereka terhadap sesuatu perkara juga berbeza dan itu yang memberi kelainan berbanding novel-novel Hlovate sebelum ini.

Personaliti mereka yang aku dapat rumuskan:
Fend atau nama betulnya Affendy ialah seorang remaja yang sukakan muzik.Hidupnya memang betul-betul ‘potret’ remaja sekarang;pergi kuliah,buat ‘assignment’,ada masa pergi berhibur,bab solat kadang-kadang je buat.Nak kata jahat sampai ganggu hidup orang lain memang tak ah,tapi nak kata baik sampai buat semua yang agama suruh pun tak jugak.Aku rasa ‘life’ aku masa menengah rendah bolehlah dikatakan lebih kurang macam ni.

Fend mula mencari erti hidup bersama sepupunya,Irsyad atau dipanggil Chad semasa Chad buat ‘kerja gila’ ajak Fend pergi ‘backpacking’ ke Australia semasa dua minggu pertama bulan Ramadan.Dan mereka mula mencari ‘agama’ mereka yang hilang dan merasa kemanisannya semasa di Australia.

Ada satu ‘statement’ yang buat aku rasa korang patut baca tengah-tengah aura bulan Ramadan ni:
 Oh...Fend angguk. "Mesti rindu nak puasa kat Malaysia?" Lain suasana puasa kat tanah air orang dengan tanah air sendiri.Aku yang baru sehari puasa kat sini pun dah rasa tak senang duduk!
            Tadi waktu sembang sekejap sambil makan tu sempat la juga nak kenal-kenal.Akmal kata dia asal dari Negeri Sembilan.Belajar kat sini.Kat UNSW;University of New South Wales.Dia pun jenis suka masjid-hopping juga kalau ada kelapangan.
            "Aku lagi suka celebrate Ramadhan kat sini sebenarnya." Dengan senyum tenang Akmal menjawab.
            Huh?
Akmal membetulkan letak sandarnya je dinding. "Ruh Ramadhan tu lagi terasa kat sini sebenarnya.Erti Ramadhan sebenar tu,baru betul-betul rasa kat sini.Kat Malaysia sekarang ni aku rasa Ramadhan tu dah jadi lebih kepada benda budaya."
"Maksud kau?" Kening Fend terangkat sebelah.
            Akmal membetulkan letak kopiah di kepala."Ramadhan tu bukannya diertikan dengan bazar Ramadhan.Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita.Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung.Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel.Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV.Tapi benda-benda tu la yang dah jadi definisi Ramadhan kat Malaysia."
 Fend diam sejenak.Memikir.Memang betul pun apa yang Akmal cakap tu.Lambat-lambat kepala dianggukkan.
            "Orang dah hilang erti Ramadhan tu sendiri.Bagi aku Ramadhan tu purification.Penyucian.Kira penyucian by all the means and senses of the word." Akmal senyum segaris.

-Contengan Jalanan Fend m/s 161-162-

Dan ini..
 Ada kebenarannya di situ.Fend mengangguk lagi.Akmal dipandangnya. "Kalau nak ikut jujur,selama ni aku tak pernah pulak terlintas nak fikir pasal Ramadhan dengan cara kau fikir." Telus dia mengucapkan.
            Akmal senyum senang. "Dan aku pun tak pernah terfikir dengan cara tu sebelum aku sampai tanah Australia ni." Mudah dia menjawab. "Mata aku pun dah naik kabur kelabu dengan apa yang dah biasa kat Malaysia kot."
            Fend angguk lagi.Sungguh.Memang selama ni tak pernah terfikir pula nak tengok situasi dari perspektif Akmal tu.
            "Sebab tu aku kata kat Malaysia tu benda-benda agama banyak yang dah jadi benda budaya." Akmal menyambung lagi. "Padahal yang hitam dengan putih tu dah jelas nyata."
                                                                        -Contengan Jalanan Fend m/s 163-

See,dah faham maksud aku novel ni ada aura Ramadhan?Muhasabahlah diri kita ye..
K2 pulak nama betulnya Ku Kamaruzzaman.Dia ni memang minat muzik tapi minatnya pulak nak mahirkan diri main semua jenis alat muzik.Dibandingkan dengan Fend,dia ni lebih keras hati.Selepas Chad meninggal(ops,spoiler!),Fend bawak K2 ke Australia jugak sebab nak bagi K2 rasa apa yang dia rasa.Tapi tu lah,pegangan K2 ni ialah hidup ikut acuan sendiri,jangan ikut acuan orang.Dia rasa sangat hipokrit apabila tadarus,solat cukup lima waktu,tolong bersihkan masjid sepanjang berada di Australia sedangkan ‘real life’ dia yang sebenarnya takkan buat macamtu.

Bak kata Fend,hati K2 bukan dia yang pegang.Namun,akhirnya dia berkelana ke Indonesia dalam perjalanan mencari erti hidup dan akhirnya dia merasakannya!Bila menyelami hati K2,aku rasa sedikit sebanyak kena tempias diri sendiri juga..

Kesimpulannya,5 bintang la novel ni.Novel yang penuh dengan falsafah dan muhasabah diri sebenarnya sebab banyak kali aku terberhenti di muka-muka surat tertentu apabila Hlovate letakkan maksud ayat Al-Quran yang berkait kehidupan kita.Bacalah dengan mata hati!

Ada lagi pesanan:
‘Ikhlas tu bukan kita yang tentukan,tu biar Allah yang tentukan.Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia,kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.
                                                                                    -Contengan Jalanan K2 m/s 269-

1 comments:

Anonymous said...

best2..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...