Wednesday, March 28, 2012

Keindahan Pantun dalam Warisnya Kalbu

Salam ukhuwah..

Setelah sekian lama blog ini dibiarkan berhabuk,saya ingin mengisi entri kali ini tentang keindahan pantun.Saya merasakan pantun ialah seni warisan milik orang Melayu yang asli yang terletak pada susunan kata-katanya dan mesej yang terkandung di dalamnya.Dan novel Warisnya Kalbu karya Sri Rahayu Mohd Yusop menjadikan keindahan pantun sebagai tema utamanya di samping unsur sejarah Pahang turut diselitkan dalam bentuk penggunaan bahasa Melayu klasik.Novel ini ialah pemenang tempat pertama kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi tahun 2007.Saya akui bahawa pemenang-pemenang HSKU lazimnya mempunyai imej dan mesej tersendiri lewat penulisan karya-karya mereka.Mesej dan gaya pengolahan mereka lazimnya sangat berbeza daripada penulis-penulis novel popular lain.Saya mengenali nama-nama seperti Faisal Tehrani,Ummu Hani Abu Hassan,Siti Jasmina Ibrahim,Zaid Akhtar dan Abu Hassan Morad kerana HSKU.


Daripada berpelita saja,
   Mari kita memasang ungggun,
Daripada duduk saja,
   Mari kita lawan berpantun.

Tuesday, March 20, 2012

Mengenal Erti Ikhlas

Salam mahabbah..lama betul tak update blog ni..selepas dapat keputusan STPM baru-baru ni,diriku terlalu sibuk  'bercinta' dengan UPU untuk mengisi permohonan ke IPTA..diharap anda yang membaca entri ini dapat mendoakan saya menjejak kaki ke menara gading..InsyaAllah..

Pernah atau tidak anda mengalami situasi anda sahaja yang setia bertanya khabar rakan-rakan anda sebaliknya mereka kurang mengendahkan anda..Lantas,anda membuat kesimpulan mudah bahawa mereka tidak mengingati anda..Sebenarnya,jika kita mengharapkan balasan daripada sahabat,kita sepatutnya mempersoalkan tahap keikhlasan diri kita kepada mereka.Mari kita melihat apa maksud ikhlas:

Thursday, March 8, 2012

Kita Tahu Erti Syukur Bila..

Alhamdulillah semalam saya dah selamat menerima keputusan STPM 2011.Memang betullah penantian satu penyeksaan..Mula-mula tgk result,eh,nape jadi camni?tu lah yang terdetik dalam hatiku..Subjek yang aku target skor tak skor malah sebaliknya subjek yang aku gerun tu lah aku skor..Lepas tu memang rase down tapi bila tengok ramai kawan-kawanku yang lagi teruk resultnya, aku lantas terfikir aku sepatutnya bersyukur dengan kurniaannya yang tak terhingga..Aku pernah mengalami situasi keputusan peperiksaan awam yang lagi teruk daripada ini,jadi siapalah aku untuk mempersoalkan takdirNYA..

Ya,bukan mudah nak memujuk hati supaya bersabar sebab itulah Allah berfirman bahawa DIA akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar.Mungkin ada hikmahNYA yang kita sebagai hambanya tidak tahu kerana itu semua dalam perancangan Allah jua.It is not the end of this world..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...