Tuesday, January 31, 2012

Kisah Susu Ibu

Cerita ini dipetik dari...................................ah cari sendirilah!
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika.Maka ada dua orang ibu yang melahirkan seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan.Masalahnya,kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut!Ni kes berebut anak lelaki le!

Oleh kerana mereka melahirkan pada masa yang sama,maka timbul sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut!Pada waktu tersebut,tiada lagi ujian DNA.Maka doktor Amerika bertanya pada kawan dia,seorang doktor dari Mesir,macam mana nak selesaikan masalah berikut.Dah buat ujian darah malangnya,kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama!

Friday, January 27, 2012

Mencontohi Sultan Muhammad Al-Fateh

''Kota Kostantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik,tentera yang baik,dan rakyat yang baik,''begitulah maksud sebuah hadis Nabi Muhammad SAW.
Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan,maka ianya direalisasikan oleh Sultan Muhammad al-Fateh yang ketika itu baru berusia 21 tahun pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.

Wednesday, January 25, 2012

REMAJA DAN POLITIK...Perlukan Kematangan

Ni apehal pulak lah tanganku menaip entri yang lebih kurang sama dengan entri yang lepas..tapi aku tahu sebabnya..kerana aku sedih melihat remaja kini yang suaranya berdegar-degar kononnya memperjuangkan sesuatu tapi tidak sedar sebenarnya dia telah memperlihatkan sisi ketidakmatangan dalam dirinya..bila buka facebook,mereka tag video yang menyokong pemimpin tertentu dan menghentam yang lain,bila kat blog,mereka post entri berkaitan kepincangan karakter seseorang..adakah NABI MUHAMMAD ada melakukan ini pada musuh-musuh Islam,jawapannya TIDAK...

Wednesday, January 18, 2012

Ukhuwah itu Manis 2

Sambung pulak part 2....

SMK SULTAN ABDUL JALIL,KLUANG,JOHOR.
Tempat ni banyak memberi peluang untuk aku mencari identiti aku yang sebenarnya dalam menempuhi alam remaja.Tapi,bab kawan-kawan tak berkembang mana gak sebab ada lah beberapa budak kelas aku mase 6 Jujur SKKB yang turut tercampak dengan aku kt kelas KAA(kelas aliran agama) kat SSAJ ni.Antara insan-insan terpilih ialah Saidatul Akmal,Zurina,Firdaus Azni(yang ni muannas ok) dan seorang jejaka iaitu Fareez.Aku gak dpt ramai geng baru kt sini cam Haziqah,Izzati,Pka Din,Suryani,Adilah,Nanie dan ramai lagi la.

Ukhuwah itu Manis

Semua orang akan akui bahawa mereka paling merindui zaman persekolahan..Jika boleh diputar masa,zaman persekolahanlah menjadi pilihan mereka untuk kembali merasai betapa seronoknya detik ketika itu.Dan semua orang pasti setuju dengan ku bahawa mereka dapat dan mula-mula mengenali erti persahabatan apabila bermulanya alam persekolahan. Alam persekolahanku yang memerlukan aku selalu bertukar sekolah(hampir 5-6 buah sekolah gak lah dan merentas 3 negeri berbeza) membuatkan aku mengenali pelbagai rakan yang berasal dari latar belakang,bangsa,cara hidup,dan pendirian yang berbeza.Coretanku kali ini ingin mengimbau rakan-rakan yang banyak mempengaruhi cara hidupku sejak dari sekolah rendah.

Saturday, January 14, 2012

MUJAHID CINTA

Menjadi remaja muslim atau muslimah masa kini dalam menjalani kehidupan seharian berlandaskan tuntutan ajaran Islam penuh dengan cabaran dan godaan,terutamanya di bandar-bandar besar.Menoleh ke kanan dan kiri,aduh! aurat berselerak tidak terkawal.Subhanallah!Jadi,bagaimana agaknya agar kita mampu menjadi kekasih Allah SWT?Ya,tidak ada jalan lain,kecuali berjihad.Jihad dengan penuh cinta,LILLAHITAALA!

Tuesday, January 3, 2012

ERTI SYUKUR

Erti Syukur
Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

ANTARA CITY HUNTER DAN MIKHAIL

Lepas habis periksa ni keje aku asyik 'ulangkaji' novel-novel lama kat rumah.Nak beli novel baru takde bajet lak tapi sebenarnya aku suka borong buku-buku bila ada bookfest.Ada diskaun dan buku latest punye.Aku terasa lak nak 'ulangkaji' balik novel Mikhail karya penulis novel thriller no.1 Malaysia sapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid.Citer Mikhail ni mengisahkan seorang lelaki dalam lingkungan 20-an yang dilatih menjadi pembunuh upahan oleh ayah angkatnya yang dipanggil Uncle Dick. Uncle Dick kononnya menyelamatkannya daripada dibunuh oleh musuh-musuh perniagaan ayah kandungnya semasa kecil.Namun,jalinan plot dalam novel ini lebih rumit sebenarnya apabila Mikhail dilatih menjadi pembunuh upahan dalam rangka untuk membalas dendam bagi kematian ayah kandungnya.Nak tahu kesudahannya,bacalah sendiri novel ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...