Dalam kesibukan menghadapi peperiksaan STPM,saya sempat menonton perlawanan akhir pasukan bola sepak negara menentang Indonesia,negara jiran kita.
Jantung sangat berdebar untuk menantikan keputusannya setelah melihat keadaan terikat 1-1 sehingga ke masa tambahan.Dan apabila kapten pasukan,Badrol Bakhtiar menyempurnakan sepakan penalti terakhir dan gol! Saya dan rakan-rakan begitu kuat bersorak...dan entah mengapa terasa diri ini begitu sebak dengan kemenangan pasukan negara..
Banyak sebab sebenarnya yang membuatkan saya sebak dalam keadaan gembira kerana pasukan negara menang dalam begitu kepayahan dengan kontroversi keputusan pengadil,beberapa jaringan dibatalkan disebabkan offsaid dan sikap fanatik penyokong lawan..
Namun,semangat pemain negara tidak mudah patah malah berjuang hingga ke saat-saat terakhir..Hal ini menjadi inspirasi kepada saya untuk gigih berusaha untuk peperiksaan STPM..
Dan yang kedua sukan memang berupaya menyatupadukan penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan perbezaan ideologi politik boleh duduk semeja menyokong pasukan negara...
Seharusnya sukan digunakan sebagai platform untuk memantapkan perpaduan rakyat..
Akhir kata,MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA....
Thursday, November 24, 2011
Saturday, November 5, 2011
Dalam Mihrab Cinta
Dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi peperiksaan STPM,saya sempat menonton filem Dalam Mihrab Cinta(nak lepaskan tekanan kononnya!) Filem ini diarahkan oleh penulis novel yang tidak asing lagi di Indonesia,Habiburrahman el-Shirazy.Filem ini percubaan pertama beliau mengarahkan filem dan hasilnya bagi saya dianggap satu percubaan yang baik.Filem ini diadaptasi daripada novel beliau dengan tajuk yang sama. Ramai yang menantikan filem ini selepas kejayaan besar filem Ketika Cinta Bertasbih(KCB) yang turut diadaptasi daripada novelnya.
Berikut adalah sinopsis filem ini:
Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup selesa.. Di pesantren ini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) anak pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dirompak di dalam bas sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kediri.Dipesantren ini Syamsul dibuang kerana dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar
membuat Syamsul menjadi seorang penyeluk saku dalam meneruskan kelangsungan hidupnya.
Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah. Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya?
Saya akui karya ini menunjukkan sisi kelainan dalam karya Kang Abik berbanding KCB.Banyak pengajaran yang boleh didapati dalam karya ini:
1.Syamsul Hadi difitnah mencuri oleh sahabatnya sendiri yang iri hati akan dirinya.Dalam filem ini pemilik pesantren tidak membuat siasatan yang mendalam terhadap tuduhan tersebut.Beliau hanya bersandarkan bukti pelajar-pelajar lain yang melihat Syamsul mengambil dompet Burhan dalam almarinya padahal Burhan yang menyuruh Syamsul mengambilnya untuk merangkap beliau.Dalam hukum syariah, bukti atau qarinah menjadi perselisihan para ulama sama ada boleh atau tidak untuk mensabitkan sesuatu kesalahan.Bukti menjadi khilaf para ulama kerana dikhuatiri terjadi seperti kes di atas yang melibatkan penganiayaan ke atas orang lain.Sekadar maklumat,dalam pensabitan kes hudud,hanya pengakuan pesalah dan saksi yang digunakan
dalam mensabitkan sesuatu kesalahan hudud.
2.Syamsul Hadi kemudiannya benar-benar menjadi pencuri untuk meneruskan kelangsungan hidupnya di kota besar Jakarta.Kesempitan hidup membuatkan beliau mengambil jalan pintas ini.Setiap kali selesai mencuri,dia akan merekodkan nama pemilik setiap dompet yang diambil dan jumlah wang yang diambil.Beliau kemudian mendapat pekerjaan sebagai guru mengajar Al-Quran di sebuah rumah orang kaya.Orang kaya tersebut mempercayakan sejumlah wang kepadanya untuk disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin.Di sini menjadi titik tolak hidupnya untuk berubah kerana beliau terharu kerana orang lain menganggap beliau seorang yang baik padahal pada masa yang sama dia mencuri.Beliau mengepos semua dompet yang pernah dicurinya bersama jumlah wang yang diambil yang direkodkan sebelumnya bersama tambahan 50000 rupiah.Walaupun Syamsul seorang pencuri,dia tetap mendirikan solat lima waktu.Disini menunjukkan bahawa iman manusia kadangkala turun dan naik.Namun,beliau kemudiannya bertaubat.Hal ini menunjukkan sebagai manusia biasa,kita tidak terlepas daripada melakukan dosa.Persoalannya,adakah kita bertaubat selepas melakukan dosa tersebut atau terus membiarkan diri dibelenggu dosa?
3.Syamsul Hadi kemudiannya memilih untuk berkahwin dengan Silvie sebagai isterinya.Malangnya,Silvie kemalangan beberapa hari menjelang hari pernikahan mereka.Hal ini menunjukkan bahawa jodoh pertemuan di tangan Allah dan manusia hanya mampu merancang.Dia kemudiannya mengkhitbah Zizi untuk menjadi isterinya.Persoalan jodoh sering ditunjukkan oleh Kang Abik dalam novelnya termasuk KCB bahawa jodoh dan cinta adalah dua perkara yang berbeza.
Apabila filem mampu menjadi medium dakwah,mengapa tidak kita merealitikannya?Saya berharap penulis dakwah di Malaysia dapat menceburkan diri dalam penulisan skrip kerana drama atau filem yang baik berpunca dariapda skripnya.Pengadaptasian novel Islamik yang popular juga boleh dilakukan agar dunia hiburan di Malaysia tidak terus-menerus dilanda hedonisme.Filem ialah medium dakwah yang efisien khususnya kepada golongan remaja.Di Indonesia,Habiburrahman telah berupaya melakukannya,bila pula giliran kita?
Subscribe to:
Posts (Atom)