Tuesday, February 7, 2023

TUTOR ONLINE SUBJEK AGAMA

 Assalamualaikum.

Saya ada menawarkan tuisyen online bagi subjek-subjek agama sekolah menengah di sekolah iaitu Pendidikan Islam, Bahasa Arab, dan Pendidikan Syariah Islamiah di aliran perdana. Jika mahukan tutor bagi subjek Kurikulum Bersepadu Dini(KBD) seperti Lughah Muasirah dan Syariah, boleh dipertimbangkan. Ibu bapa atau pelajar yang berminat, boleh terus tekan link whatsapp www.wasap.my/60145238536/naktutor.

BIODATA

Nama: Siti Fatimah Wahidah binti Zamri

Kelulusan: Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam), UKM.

Berpengalaman 6 tahun mengajar mulai tahun 2017 sehingga sekarang di sekolah menengah agama swasta.

Wednesday, May 11, 2022

Monday, February 14, 2022

Review When the Weather is Fine

 Review K-Drama

Kalau anda inginkan drama yang slow-pace dan dijamu mata dengan sinematografi kawasan luar bandar yang menarik, anda mesti tonton drama ini. Vibe cerita ini pun rasa macam kita pun berada di musim sejuk sambil menghirup kopi memandang tepi tingkap, gitu..OST dan instrumental drama ini pun semua best, sesuai dengan latar musim sejuk tu.

Lakonan Park Min-young (Mok Hae-won) dan Seo Kang-joon (Im Eun-seob), cerita ini bermula dengan watak Mok Hae-won pulang ke kampungnya ketika musim sejuk akan bermula. Disebabkan lelah dengan kehidupan bandar, Hae-won pulang ke kampungnya dan menetap bersama ibu saudaranya.

Drama ini menarik bagi aku sebab menunjukkan kehidupan yang tenang di desa tanpa hiruk pikuk kota metropolitan seperti di Seoul.Watak Eun-seob pula mempunyai kedai buku kecil yang cantik dan cozy, Good Night Bookstore. Bertambah menarik, di kedai buku Eun-seob ini lah mereka wujudkan Kelab Buku yang akan berkumpul membincangkan pelbagai genre buku. Hae-won diajak menyertai Kelab Buku tersebut oleh rakan lama beliau, yang juga sekelas dengan Hae-won dan Eun-seob, iaitu Lee Jang-woo dipegang oleh Lee Jae-wook.Bagi peminat Kdrama yang juga bibliophile, pasti suka scene perbincangan Kelab Buku mereka ini.Banyak puisi dan cerita yang best aku dapat tahu daripada scene gathering Kelab Buku mereka ni.

Cerita ini juga mengisahkan bagaimana watak Hae-won dan Eun-seob ini berdamai dengan masa lalu.Masing-masing watak ini mempunyai cerita masa lalu yang membuatkan mereka agak sukar menempatkan diri dalam masyarakat dan lebih banyak menyendiri.Watak-watak sampingan dalam drama ini juga berjaya menambah rencah cerita ini seperti watak adik Eun-seob, ahli-ahli Kelab Buku daripada pelbagai peringkat usia, serta watak Jang-woo. Aku suka watak Lee Jae-wook dalam drama ini yang kecoh dan baik dengan kawan-kawannya, berbeza betul dengan watak Lee Jae-wook dalam Extraordinary You yang stress aje, haha..

                                                    Ahli Kelab Buku Good Night Bookstore

Kesimpulannya, jika anda inginkan drama bergenre slice of life, healing, sinematografi luar bandar yang cantik, dunia buku, kehidupan yang tenang, sila lah tonton drama ini, dan anda tidak akan menyesal.



Sunday, November 28, 2021

Review Perempuan dari Masa Lalu oleh Wafa Awla

Sudah lama, Malaysia tiada buku puisi yang menjadi best seller seperti ini. Bacalah, dan anda akan mengerti mengapa buku ini menjadi best seller. Puisi yang ditulis saudari Wafa Awla ada jiwa, dan mudah difahami oleh semua orang. Hal ini mungkin kerana coretan yang dinukilkan pernah dihadapi oleh semua orang dalam meniti usia kedewasaan.

Antara puisi kesukaan aku dalam buku ini ialah Monolog: Pagi, Ketika Seorang Lelaki dan Perempuan, Sebuah Kota dalam Dada, Monolog: Syurga ialah Rak Perpustakaan dan Seorang Perempuan dari Masa Lalu.Aku kongsikan sedikit bait-bait yang aku suka daripada buku ini:

- Monolog: Pagi

Ajaibnya pagi, ia selalu hadir sebagai sebuah petanda harapan masih lagi ada.

- Sebuah Kota dalam Dada

Di kotaku, hanya di kotaku, kami terlupa cara menjadi gembira

Kami bisu yang cuma mereka-reka bahagia.

- Monolog: Syurga ialah Rak Perpustakaan

Barangkali syurga akan seperti rak-rak buku penuh di perpustakaan.

Kata-kata berpesta berusaha menjarakkan kesunyian.


Boleh juga dengarkan bacaan puisi tersebut di Spotify:

 

 Tahniah kepada penerbitan @inibukujiwa kerana menerbitkan buku seumpama ini. Aku pasti akan mendapatkan buku puisi daripada Wafa Awla lagi selepas ini. 😃

Friday, October 15, 2021

30 Day Song Challenge - Day 14

 Hari ke-14 - is an all-time favourite.

Pilihan aku ialah Amy Mastura - Jawapan Kasih. Walaupun lagu ni release masa aku baru umur 2 tahun, tetap lah jadi kesukaan aku sampai sekarang. First time aku dengar lagu ni dalam filem lakonan Amy Mastura, terus melekat sampai sekarang. Malah dalam Spotify playlist aku, lagu ni jadi all-time favourite playlist aku.Sebab apa suka lagu ini? Tak tahu lah kenapa, muziknya yang catchy dan light, jadi sedap je didengar.






Thursday, October 14, 2021

30 Day Song Challenge - Day 13

  


Hari ke-13 - would be the anthem of your childhood.

Pilihan aku ialah Ella - Rama-rama. Walaupun lagu ni release tahun 2007 di mana waktu ni aku dah form 3, kiranya bukan zaman childhood dah pun, aku tetap pilih lagu ni untuk menjadi simbol zaman kanak-kanak dan remaja aku.



Kenapa aku pilih lagu ni untuk menggambarkan zaman kanak-kanak dan remaja aku? sebab aku seumpama rama-rama, yang ingin nak bebas menjelajah seluruh dunia. Umur di mana aku dah mula kena galas tanggungjawab sebagai pelajar dan anak sulung harapan keluarga. Banyak benda aku pendam dan terpaksa korbankan.Aku ibarat rama-rama dalam lirik lagu ini, ingin bebas tanpa fikir tanggungjawab yang aku kena galas.

Seumpama rama-rama

Terbang bebas di udara

Tanpa ada halangan

Aman damai suka-suka

Riang ria tanpa ada

Rasa duka sengketa

Rama-rama


Terminal yang pasti satu fitrah hati

Kerana yang sejati tiada kekal lagi

Terbanglah ke sini mencari abadi

Terbanglah ke mari mencari hakiki


Wednesday, October 13, 2021

30 Day Song Challenge - Day 12

 Hari ke-12 - you have heard live (or would like to).

 Pilihan aku ialah Super Junior - The Crown dan GFRIEND - Labyrinth. Dua-dua lagu ni aku teringin nak dengar versi live.


Lagu ni rasa macam majestic gitu. Macam tunjukkan betapa power dan legend nya kumpulan Suju ni. Proud to be an ELF forever..

Kalau tengok versi live masa konsert depa ni, lagi la rasa meremang gitu.Semua tunjuk power vokal masing-masing.

Seterusnya, lagu GFRIEND iaitu Labyrinth. Lagu ni macam tunjuk betapa elegan dan badass kumpulan ni. Tapi sayangnya, depa dah disband. Jadi, lagu ni hanya pernah ada persembahan kat music show, tak sempat ada versi konsert dan music awards.







                                            Betapa synchronised nya tarian depa untuk lagu ni.


Tuesday, October 12, 2021

30 Day Song Challenge - Day 11

 


 

Hari ke-10 - is by an artist no longer living.

 Pilihan aku ialah semua lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan juga duetnya bersama Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Antaranya ialah:

1. Jangan Tinggal Daku (filem Ibu Mertuaku 1962)


2. Tiada Kata Secantik Bahasa (filem Anakku Sazali 1956)


3. Suria (filem Ahmad Albab 1968)



4. Nak Dara Rindu (filem Bujang Lapok 1957)



Sementara lagu duet P.Ramlee dengan Saloma yang aku suka ialah:

1. Joget Malaysia (filem Ragam P.Ramlee 1964)
Best lagu ni dibuat sempena pembentukan Malaysia tahun 1963.


2. Hancur Badan Kandung Tanah (filem Ragam P.Ramlee 1964)


3. Kalau Jodoh tak Kemana (filem Anak Bapak 1968)


4. Dalam Air Terbayang Wajah (filem Masam-Masam Manis 1965)
Lagu ni berlatar kan tempat di Zoo Negara. Filem ini boleh dijadikan rujukan utama untuk kita melihat Kuala Lumpur semasa zaman negara baru merdeka. Hampir 70% latar tempat di Kuala Lumpur antaranya Stesen Kereta api KL(sekarang KTM), Zoo Negara, dan Stadium Negara.


5. Ilham Tiba (filem Nasib Do Re Mi 1966)
Filem ini tidak menampilkan P.Ramlee dengan Saloma berduet secara nyata. Sebaliknya, pelakon Ghazali Sumantri dan Mahyon Ismail "lips-sync" suara P.Ramlee dan Saloma.


6. Taman Firdausi (filem Nasib Do Re Mi 1966)






Monday, October 11, 2021

30 Day Song Challenge - Day 10

   Hari ke-10 - calms you down.

 Pilihan aku ialah Kyuhyun - Album Fall, Once Again (2015).

 Ada 3 lagu dalam album ni yang buat aku feeling tenang-tenang. Vibe konon-konon sambil bunyi hujan dan minum kopi gitu, hehe. Lagu Wind, Piano Forest dan Autumn Sleeves. Siapa yang suka lagu-lagu ala-ala musim luruh yang tenang, dengar la lagu Kyuhyun. Kebanyakan lagu dia vibe tenang gitu. Sebab tu E.L.F pun gelarkan dia suara musim luruh. Kalau Ryeowook suara musim panas sesuai vibe ceria, Yesung pulak suara musim sejuk, vibe sedih sendu je sebab biasanya kan orang tak berapa aktif waktu tu. Ni semua E.L.F yang labelkan, haha..Kalau dah biasa dengar lagu dan suara trio KRY, confirm korang pun akan setuju dengan statement ni.

                                                                   Wind versi live

                                                                          Autumn Sleeves

                                                                Piano Forest versi live







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...