TAKDIR…
Bagi aku, perkataan ni yang menggerakkan jalan cerita Coffee, Sara. Semua watak dalam ni belajar menerima takdir masing-masing. Cuma, cara bagaimana, cepat atau lambat sangat bergantung kepada diri sendiri dan sokongan orang sekeliling. Walaupun watak dalam ni agak banyak, penulis bijak membuat kita tahu perbezaan karakter setiap watak tersebut tanpa kita keliru. Aku suka nama watak-watak dalam ni yang ringkas dan senang disebut; Adam, Sara, Kifli, Fazwan.
Pertama kali baca karya Ieya Sya , aku boleh habiskan satu malam sahaja.Novel ni genrenya misteri dan thriller. Ada isu tentang lucid dreamer dalam ni. Bagus penulis selitkan isu ni dalam novel, dapat jugak aku pengetahuan baru.Plot nya macam kita tengok drama yang thriller di mana penghujung setiap bab penulis bijak letakkan cliffhanger membuatkan kita akan terus membaca. Sedar-sedar dah jam 3 pagi.😂
Cara penulis menulis cerita macam aku rasa sedang tengok filem Hollywood. Cara watak-wataknya berdialog mengingatkan aku kepada filem rom-com Hollywood. Cuma, cadangan aku, penulis tambah sedikit apa-apa yang membuatkan latarnya ada nuansa tempatan.Ada juga disebut tapi bagi aku belum cukup. Contohnya, disebut menu makanan Malaysia atau latar tempat Malaysia yang popular seperti Langkawi dan Cameron Highland. Jika tidak, aku akan rasa macam baca novel Inggeris yang diterjemahkan.
Bagi aku yang dah lama sangat tak baca novel Melayu, sejak syarikat Jemari Seni tutup, yes, aku akan cari lagi novel Ieya Sya yang lain pulak. Cara penulisan beliau bagi aku ada identiti sendiri. Kudos kepada penulis.👏