Wednesday, October 10, 2018

Promosi Iman Shoppe Oktober


Dapatkan promosi buku-buku sebelum perkahwinan,semasa perkahwinan dan ilmu kekeluargaan di Iman Shoppe.

Menampilkan karya-karya dari Indonesia dan Malaysia seperti Ustaz Cahyadi Takariawan, Ustaz Ebit Lew, Ustaz Hasrizal dan ramai lagi!

Dapatkan promosi #TwoSoulsBeatAsOne ini di http://www.imanshoppe.com?rfsn=1844101.1e0cfd atau secara walk-in di ImanShoppe, Serdang (waze).


Sunday, October 7, 2018

Review: PASKAL The Movie

Salam mahabbah..

Mengagumkan!!! Filem ni dah jadi satu penanda aras yang tinggi untuk filem-filem Malaysia yang lain selepas ini. Daripada aspek jalan cerita,sinematografi,lakonan pelakon-pelakon seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian,Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, dan Theeban G dan tahap realism yang ditunjukkan, berbaloi melaburkan duit untuk filem ini.


Aku pergi tengok filem ini masa hari pertama ditayangkan.Pop corn yang dibeli tak diusik langsung akibat terpana dengan jalan cerita filem ini.Aset-aset tentera ditunjukkan terutamanya kapal selam yang ramai kata kononnya tak boleh selam tu.


The Pasukan Khas Laut (Naval Special Warfare Forces, Jawi: ڤاسوكن خاص لاوت), commonly abbreviated PASKAL, is the principal special operations force of the Royal Malaysian Navy.




Cerita ni cukup rencah dalam aspek tema kekeluargaan, persahabatan dalam team PASKAL, cinta, dan yang paling penting tema pengorbanan dalam mempertahankan negara.Siap ada dialog dalam filem ni mengatakan bahawa dah jadi fardu kifayah dalam menjalankan tugas sebagai tentera.Salute dengan pengarahnya, Adrian Teh walaupun bukan Islam.

Dialog-dialog dalam filem ni pun menarik dan banyak unsur metafora.Ada satu babak Leftenan Arman (lakonan Hairul Azreen) berbual dengan Ustat a.k.a Khairil (lakonan Taufiq Hanafi):

“Pilihan terakhir kita ini ibarat ranting kayu yang banyak cabang, dalam setiap cabang itu masih ada lagi cabang-cabang yang akan tunggu masa bila ia akan mati. Apa pilihan kita? TIADA..Yang pasti tetap mati..”


 Semua pelakon dalam filem ini diberi latihan ala PASKAL sebelum shooting bagi                    wujud pembawaan PASKAL dalam diri masing-masing.Kebanyakan aksi juga dilakukan oleh pelakon sendiri tanpa bantuan pelakon aksi lagak ngeri atau stuntman.






                               Thumbs up dan salute aku bagi kat pengarah,Adrian Teh! Diharap beliau                                     boleh buat lagi filem macam ni dan FINAS pun jangan segan bagi dana                                        kepada beliau.


                                           Dokumentari Khas PASKAL The Movie


                                               Di sebalik tabir PASKAL The Movie


Aku pasti akan ulang tonton buat kali kedua.Dikhabarkan setakat entri ini ditulis, filem ini berjaya mencatat kutipan mencecah RM10 juta setakat seminggu ditayangkan.Sokonglah filem tempatan yang berkualiti seperti ini.Filem ini boleh pergi jauh di peringkat antarabangsa.

Bagi sesiapa yang nak dapat feel untuk tonton filem ini,boleh tonton tayangan perdana PASKAL di bawah ini.



Selamat menonton!

#PASKALTheMovie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...