“Ia kekal
dongeng..Jika engkau tidak mula berjalan..’’
Bila aku
baca je kata-kata ni dekat kulit muka depan, memang aku rasa tak rugi beli buku
ni.Buku ni dah keluar tahun lepas lagi, tapi aku selalu bertagak-tagak je nak
beli walaupun buku ni dah bestseller.Tapi, minggu ni aku kerap rasa stress dan
terus rasa nak cari apa-apa buku untuk naikkan balik semangat aku.
Tak salah
la aku beli buku ni pada masa sekarang.Banyak quotes dalam ni yang aku
suka.Antaranya ialah:
- ·
“Sungguh, kadangkala kita perlu keluar dari
‘zon selesa’ untuk belajar bersyukur dan bercita-cita.Beruntunglah mereka yang
Allah telah bantu untuk dijauhkan dari wabak terlampau selesa” -m/s 53. Aku
memang boleh relate betul dengan quotes ini,sebab sekarang aku kira seorang
diri tercampak kerja kat Senawang dengan
pekerjaan yang aku dulu tak nak sangat, tapi sekarang aku dah bergelar cikgu
pun.Dengan housemate yang tak berapa mesra alam sangat, mula-mula aku
kerja,sangat depress.Dengan kerja yang aku separuh hati tak berapa nak
suka,memang keluar dari zon selesa betullah aku ni.
- ·
“Dia sedar ini merupakan ujian Allah
untuknya.Dalam keadaan kesempitan wang,apa sahaja sanggup dilakukan oleh
seseorang untuk mencari rezeki” –m/s 83. Ni pun aku rasa,lumrah baru kerja
dengan gaji tak lah banyak mana, memang ada keinginan aku nak tambah
pendapatan.Cuba-cuba nak belajar berniaga,tapi ada sesetengah perniagaan yang
secara berjemaah ni,ada yang diajar kena overclaim produk,sungguh aku rasa tak
selesa.Dan sekarang, aku selesa dengan kerja home tutor je.
- ·
“Janganlah tengok periuk nasi orang lain untuk
bandingkan dengan periuk nasi kau sendiri. Tapi, tengoklah periuk nasi orang
lain untuk pastikan mereka ada cukup makanan. Bersyukurlah dengan rezeki yang
Tuhan beri pada kita.Bantu orang lain.Kau akan jadi tenang.” –m/s 102
- ·
“Kalau kalian punyai minat,fikirkan bagaimana
cara untuk salurkannya ke jalan Allah.Asah minat itu setajam-tajamnya.Gunakan
bakat itu untuk meraih redha Allah.Kalau tidak, kehebatan itu hanyalah debu
yang tiada nilainya.”-m/s 196
- ·
“Tangan ini.Mata ini.Semua ini anugerah Allah
kepada hamba-Nya.Mana mungkin seorang hamba sanggup menggunakannya untuk
mengundang murka Tuhannya.Itu derhaka”- m/s 202
Buku yang
sangat bagus untuk inspirasi dan motivasi.Teme ni rahsiakan identitinya macam
Hlovate. Beliau seorang arkitek.Kalau Matluthfi menyentuh kita dengan videonya,
Teme ni menyentuh kita melalui lukisan dan tulisannya.Jarang jumpa orang boleh
menulis sehingga kita tersentuh dan melukis dengan sangat baik.Sungguh aku cemburu
dengan bakat yang dianugerahkan kepadanya.Nanti aku akan beli pulak sambungan
buku ni,Arkitek Jalanan.