Salam mahabbah..
Aku baru
habis tengok filem Bisik pada Langit (BPL).Mulanya rasa nak tengok sebab Beto
Kusyairy yang berlakon.Lepas tu, banyak pula review dekat facebook mengatakan
dah lama tak ada filem Melayu yang berkualiti macam ni.Tambah pulak,bila aku
tahu Kabir Bhatia yang menjadi pengarah,lagi membara rasa nak pergi tengok
cerita ni.Aku yang jenis tengok wayang dalam sekali je seumur hidup pun pergi
lah tengok cerita ni dengan cikgu-cikgu sekolah aku.
Ok, apa
pulak kaitan review novel Rooftop Rant karya Hlovate dengan filem ni.Persamaan
tema tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.Masa tengok filem
ni,terus aku teringat novel Hlovate yang ini.Dalam filem BPL ni, aku terkesan
dengan watak Zaidi lakonan Beto, anak sulung yang redha terhadap nasib diri
yang berkorban untuk adiknya Hajar sambung pelajaran ke luar negara.Cuma,
kadang-kadang terlepas la perasaan yang dijeruknya selama ni pada ayahnya.Ada
jugak watak Iqram, anak bongsu yang sering dibandingkan dengan Hajar sebab tak
cemerlang dalam akademik.
Dalam
banyak-banyak novel Hlovate, aku paling suka Rooftop Rant.Watak dalam novel ni
tak sebanyak seperti dalam novel-novel Hlovate yang lain.Watak utama Jade
dengan Trisy.Watak sampingan ada la kawan-kawan kartunis Jade, kawan Trisy
dekat Matrik dengan Aberdeen, watak ibu bapa Jade dan Trisy,atuk,opah dan pak
Su Trisy.Aku suka cara Hlovate begitu menumpukan kepada perkembangan karakter
watak Jade dan Trisy. Teknik imbas kembali perbualan demi perbualan antara Jade
dengan Trisy semasa di rooftop bagi aku sangat menyentuh rasa.
Jade in the
middle, sering menjeruk rasa pabila dibandingkan dengan abang dan adiknya yang
cemerlang di USM dan UM.Sama macam watak Iqram dalam BPL.Trisy yang dilahirkan
dalam keluarga yang kaya nakkan perhatian keluarga menjadikan Trisy seorang
yang reserved dan antisocial.Kadang-kadang aku jadi takut nak kahwin,bina
keluarga sendiri dan bila ada anak,aku takut aku jadi pilih kasih kat anak-anak
aku.Macam yang Jade rasa.
“Live well
or hell, you choose”. Kata-kata ini menggerakkan perjalanan cerita ini.Watak
Jade dan Trisy yang masing-masing nakkan perhatian keluarga menjadikan mereka
mudah memahami satu sama lain. “We live in same boat, but different cabin”..How
I wish boleh jumpa seorang yang boleh dibuat kawan macam Jade.Kita akan lagi
senang bercerita pabila orang yang mendengar itu mengalami rasa yang sama.Dan,
aku tak jumpa lagi ‘Jade’ atau ‘Trisy’ dekat alam realiti ni.
Dan Hlovate
berjaya buat aku terpesona dengan kerjaya Jade sebagai pelukis atau kartunis.Menarik
untuk kita tahu tentang dunia komik.Lain dengan novel-novel Hlovate yang lain
yang banyak cerita tentang kerjaya doktor dan jurutera sahaja.
Lagu yang menjadi latar persahabatan Jade dan Trisy
Lontarkan..kalau
tidak ia meracun..kongsikan..walau hanya pada awan-awan..
Dan mereka
terus bercerita..sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa..