Salam mahabbah..
Jarang aku buat review drama yang masih ditayangkan, tapi jalan cerita ni buat aku rasa nak review awal.Drama ni ditayangkan di saluran SBS.Dan akhirnya Ji Chang-wook dapat jugak watak hero genre romantik komedi setelah sekian lama berlakon genre aksi je.
Drama ni mengisahkan Noh Ji-wook (Ji Chang-wook) seorang pendakwa raya yang perangai sering ikut kepala sendiri.Perangai dia yang sangat annoying menyebabkan pernah diundi pendakwa raya paling tidak disukai oleh peguam bela..haha..teruk sangat kan..Eun Bong-hee (Nam Ji-hyun) pula seorang pelajar jurusan undang-undang pada masa tu.
Pertemuan pertama mereka sangat la tak best sebab Bong-hee salah anggap Ji-wook ni sebagai orang yang merabanya semasa dalam tren.Nak dijadikan cerita, lepas tu Ji-wook ni tolong Bong-hee bila tengok Bong-hee bergaduh dengan teman lelakinya disebabkan teman lelakinya curang.Make it short, Ji-wook ni pun bekas teman wanitanya curang jadi dia sangat memahami perasaan Bong-hee masa tu.
Mereka bertemu lagi dengan Bong-hee jadi pelajar praktikal kat pejabat Ji-wook.Dengan tak semena-mena Bong-hee dituduh membunuh bekas teman lelakinya.Teman lelakinya dijumpai terbunuh di rumahnya.Ji-wook berperang dengan perasaan sendiri sama ada ingin mendakwa Bong-hee sedangkan dia tahu bukti yang ada tak cukup kuat nak sabit kesalahan tapi pada masa yang sama orang atasan ugut agar Bong-hee didakwa,jika tidak Ji-wook akan dipecat.
Rentetan selepas Ji-wook dibuang kerja yang best.Dia kerja dekat sebuah firma guaman, dan sekali lagi dia macam robot,bekerja dalam keadaan jiwanya di awang-awangan.Kerja sebagai peguam,tidak kena dengan jiwanya.Muka blur je dia masa ni.Dia pun jumpa balik dengan Bong-hee selepas 3 tahun dalam mahkamah pulak tu sebab klien masing-masing.Kerjaya Bong-hee sebagai peguam agak terumbang-ambing disebabkan orang ramai dah bagi gelaran kepada dia sebagai suspek kes pembunuhan.
Ji-wook pun letak jawatan bagi membuka firma guaman sendiri dan ambil Bong-hee kerja dengannya.Bagi aku, jalan cerita ni best sebab bagaimana dua watak utama ni mengalami zaman kejatuhan dalam kerjaya tapi tak mudah putus asa.Sejarah hitam lalu dua-dua watak utama ni membuatkan mereka senang memahami satu sama lain dan melengkapi kelemahan masing-masing.
Lakonan Ji Chang-wook memang best.Kelakar betul dia dalam cerita ni.Bila dia buat muka lonely,blur lepas tu leret tangan kat dinding,kesian betul..haha..Watak Ji-wook ni pulak ada masalah insomnia,tapi bila dia dengan Bong-hee, senang pulak dia tidur..haha..Nam Ji-hyun pulak nampak serasi betul dengan Chang-wook nak-nak masa babak mereka berbalas-balas cakap..Lawyer kata kan...
Part ni kelakar.Konon tak jealous kan, sekali dia sembur kawan dia,Eun-hyuk yang tengah duk berbual dengan Bong-hee.