Monday, March 8, 2010

PEMBENTUKAN NEGARA HARAM ‘ISRAEL’

Zionisme adalah gerakan politik antarabangsa yang menyokong tanah air untuk Yahudi. Gerakan antarabangsa tersebut akhirnya berjaya mendirikan negara Israel pada tahun 1948. Gerakan moden utamanya bersifat sekular, bermula secara besarnya sebagai tindak balas oleh Keyahudian Eropah kepada antisemitisme yang menular di Eropah. Tambahan kepada tindak balas secara politik, semasa lewat abad ke-19,Yahudi mula lari daripada penindasan Eropah Timur dalam bilangan yang besar. Kebanyakannya menuju ke Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah Barat. 

Menjelang 1924, hampir dua juta Yahudi telah berhijrah ke Amerika Syarikat.,lantas mewujudkan komuniti besar daripada bangsa yang relatifnya bebas daripada penindasan dan kebangkitan anti-semitisme di Eropah. Orang Yahudi yang hidup dalam diaspora (penyebaran ke merata-rata tempat) telah cuba berhijrah ke Israel selama berabad-abad. Umpamanya, pada tahun 1141,Yehuda Halevi memanggil orang Yahudi berhijrah ke Israel Eretz.Akhirnya, dia meninggal di Baitul Maqdis. Gelombang penghijrahan juga berlaku pada tahun 1209-1211. Penghijrahan atau Aliyah Perancis dari England ke Acre menjadi masyhur pada tahun 1258 dan 1266.Gelombang-gelombang imigrasi yang berlaku pada abad ke-18 adalah disebabkan tujuan agama.Pada tahun 1860, komuniti Yahudi lama di Baitulmuqaddis memulakan pembinaan kawasan-kawasan kejiranan di luar dinding Bandar Raya Lama (yang pertama ialah Mishkenot Sha’ananim). 

                                                          

 Gelombang besar imigrasi moden yang pertama bermula ke Israel pada tahun 1881 apabila orang-orang Yahudi melarikan diri daripada penyeksaan yang bertambah, atau selepas idea-idea Zionisme Sosialis tentang ‘penebusan tanah’ dicadangkan oleh Moses Hess dan orang-orang lain. Orang Yahudi membeli tanah daripada Turki Uthmaniyyah dan pemilik-pemilik tanah perseorangan Arab. Theodor Herlz, seorang Yahudi Austria-Hungary, mengasaskan gerakan Zionisme.Pada tahun 1896, dia menerbitkan Der Judeenstat(Negara Yahudi), menyeru kearah pembentukan sebuah negara Yahudi. Penubuhan Zionisme telah mencetuskan Aliyah kedua (1904-1914), dengan kebanjiran sekitar 40,000 Yahudi. 

Pada tahun 1917, Setiausaha Luar Negara British ketika itu, Arthur J.Balfour telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour yang memandang baik penubuhan satu kediaman rakyat Yahudi dalam Palestin. Kebangkitan Nazisme di Jerman pada 1933 telah mengakibatkan Aliyah kelima. Pada waktu itu, kaum Yahudi di rantau itu telah bertambah dari 11% jumlah penduduk pada 1922 kepada 30% pada 1940.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...