Sejarah penempatan di Makkah dapat dikatakan bermula dengan kedatangan Ismail dan ibunya. Sedangkan perigi zamzam yang dijadikan Allah menjadi penyebab penempatan di situ berkembang dan semakin ramai dari masa ke semasa. Apabila Nabi Ismail telah dewasa dan berkahwin, Nabi Ibrahim datang membina Kaabah sebagai tempat ibadah bagi keturunannya. Keturunan Ibrahim dari anaknya Ismail yang berkahwin dengan orang Jurhum itulah berkembang di Makkah, di samping keturunan orang-orang Jurhum yang lain. Selama Nabi Ismail masih hidup, urusan Kaabah dipegang oleh beliau.Apabila beliau wafat, urusan Kaabah dipegang oleh anaknya dan akhirnya jatuh kepada salah seorang keturunannya bernama Mudhad bin Amru al-Jurhumi.
Ketika itu,bangsa Jurhum telah terbahagi menjadi dua, pertama memakai nama Jurhum dan yang kedua memakai nama Qathura dengan dipimpin oleh Sumaiza.Jurhum yang memakai nama Jurhum dipimpin oleh Mudhad dan menduduki tempat di bahagian atas Makkah sehingga ke Bukit Qaiqu’an. Sedang Jurhum Qathura mengambil tempat di Jiyad (sampai masa ini masih bernama Jiyad) dan kawasan-kawasan bahagian bawah Makkah. Selama lebih kurang 200 tahun kedua-dua puak ini hidup dalam aman damai dan tugas-tugas menguruskan Makkah dan Kaabah dijalankan bersama.
Suatu ketika terjadi perang saudara antara keturunan Jurhum Mudhad dan Jurhum Qathura yang sangat dahsyat sehingga menggunakan kuda-kuda perang. Pertempuran berakhir dengan kekalahan Jurhum Qathura dan mereka berundur. Akan tetapi, jawatan dalam pentadbiran Makkah dan Kaabah berada di tangan puak Jurhum Mudhad sepenuhnya dan puak Qathura diketepikan.
BERMULANYA PENGUASAAN BANI KHUZAAH…..
Kaum Khuzaah berasal dari negeri Saba’ yang berkedudukan di selatan Semenanjung Arab atau di sekitar Yaman sekarang. Di negeri ini ada satu empangan yang sangat canggih dinamakan empangan Maarib yang diusahakan sendiri oleh mereka. Dengan adanya empangan inilah, tanah-tanah pertanian mereka berkembang subur. Suatu ketika apabila mereka cuai dan alpa dek kemewahan, empangan Maarib pecah yang mengakibatkan banjir besar dan merosakkan tanah-tanah pertanian. Sebahagian penduduk Saba’ tidak dapat meneruskan kehidupan lalu keluar mengembara mencari penempatan baru dan di antaranya ialah Bani Khuzaah.
Kaum Khuzaah yang berhenti di sekitar Makkah minta izin kepada kaum Jurhum untuk tinggali di sekitar Kaabah bersama orang-orang Arab yang lain. Namun, penguasa Makkah tidak mengizinkannya. Walaupun pada mulanya mereka termasuk kaum yang tidak baik, musibah banjir yang menimpa negerinya telah membuka keinsafan mereka.
Salah seorang tokoh Jurhum bernama Mudhad bin Amr sering memperingatkan para bangsawan Makkah tentang keadaan mereka yang telah banyak menyimpang. Dia mengingatkan bahawa kehidupan berfoya-foya mereka akhirnya akan memusnahkan mereka dan dapat dikalahkan oleh kaum lain.
Sementara perbalahan dia antara Jurhum dan Khuzaah berterusan, Mudhad merasa yakin bahawa pada akhirnya Khuzaah akan berjaya menguasai Makkah. Oleh kerana itu pada suatu malam dia telah berjaya masuk ke kawasan perigi zamzam lalu mengoreknya lebih dalam.Setelah itu, dikeluarkannya harta Kaabah yang terdiri daripada ketulan-ketulan emas dan barang-barang berharga lainnya dimasukkanya ke dalam perigi. Ditimbusnya perigi zamzam itu sehingga rata dengan tanah dan tidak dapat dikesan lagi di mana tempatnya.
Mudhad yang berfikiran cerdik berbuat demikian agar harta Kaabah tidak jatuh ketangan kaum Khuzaah. Strategi yang kedua ialah apabila perigi zamzam tidak dapat dikesan, bererti jika kaum Khuzaah berjaya menguasai Makkah, mereka akan kekurangan air dan segera berundur.
Tidak lama kemudian, terjadilah peperangan antara Bani Khuzaah dan Bani Jurhum. Pihak Jurhum telah kalah dan berjaya dihalau keluar dari Makkah oleh bani Khuzaah.Dikatakan bahawa selama Bani Khuzaah berkuasa ke atas Makkah, ekonomi mereka semakin meningkat dan kehidupan semakin makmur.
BAHAYA BERLEBIHAN DOS SUPLEMEN OMEGA-3
1 day ago
0 comments:
Post a Comment