Friday, March 12, 2010

AGAMA YAHUDI

Teras kepercayaan agama Yahudi ialah wujudnya Yahwe yang Esa, iaitu pencipta dunia yang menyelamatkan Bani Israel dari penindasan Yahwe menurunkan undang-undang Yahwe (Torah) kepada Bani Israel dan memilih mereka sebagai cahaya bagi manusia sejagat.

Penganut Yahudi percaya Yahwe telah membuat perjanjian dengan Nabi Ibrahim bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi keberkatan apabila mereka kekal beriman kepada Yahwe.
Perjanjian ini kononnya diulangi oleh Nabi Yaakub dan Nabi Ishak. Oleh sebab Nabi Ishak dan Nabi Yaakub daripada bangsa Yahudi , mereka percaya mereka ialah bangsa pilihan (The Chosen One). Kononnya, penganut Yahudi dipilih bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab khas,seperti mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama, dan berkhidmat kepada Tuhan.

Sebagai balasan, mereka dijanjikan kecintaan serta pelindungan Yahwe. Yahwe kemudiannya menganugerahkan mereka sepuluh perintah yang sekarang dikenali sebagai Sepuluh Perintah Yahwe (Ten Commandments) melalui ketua mereka. Nabi Musa, yang mereka mengganggap sebagai Putera.

Sinagog ialah pusat masyarakat serta keagamaan yang utama dalam agama Yahudi, manakala rabbi ialah orang yang ahli dalam hal-hal keagamaan.

Al-Quran telah menyatakan kitab Injil dan Taurat telah ditahrif (diubahsuai, iaitu ditokok tambah dan dikurangi) oleh penganut-penganutnya yang menyeleweng , yakni selepas Nabi Musa wafat dan Nabi Isa diangkat ke langit.

Selain Torah, Yahudi juga mempunyai lain-lain kitab. Kitab Hebrew yang dipanggil Tanakh terdiri daripada 24 buah buku yang dihimpunkan menjadi tiga jilid:
a) Torat atau Torah (Undang-undang)
b) Nevi’im (Para Nabi)
c) Ketubim (Tulisan)

Selain itu, terdapat juga Talmud yang adalah juga terjemahan dan komentar mengenai Torah daripada para rabbi dan cendekiawan undang-undang. Ini termasuklah Mishnah dan Halakah (kod undang-undang masyarakat utama penganut agama Yahudi), Gemara,Mishrah dan Agaddah (legenda dan kisah-kisah lama). Kabbalah adalah teks lama yang berunsur mistik. Ia menceritakan zat-zat tuhan Yahwe.

Kebanyakan pengikut Yahudi mengikut undang-undang pemakanan yang termaktub dalam kitab Torah, yang mana ia melarang campuran susu dan daging. Daging babi juga dilarang. Makanan yang disediakan menurut undang-undang tersebut serta daging yang disembelih oleh pihak rabbi dipanggil kosher.

Bagi masyarakat Yahudi, keluarga adalah unit yang utama dalam agama ini dan penganutnya yang setia melakukan sembahyang setiap hari. Bagi mereka, hari Sabtu adalah hari utama yang dipanggil hari Sabbat. Antara wajtu senja Jumaat sehingga senja hari Sabtu, mereka menyalakan lilin dan minum wain, dan makan roti (yang tidak beragi-unlaven) yang telah diberkati.
Selain hari Sabtu, hari keraian lain bagi mereka ialah Rosh Hashanah (Tahun Baharu) dan Yom Kippar (Hari Penerimaan Taubat).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...