Saturday, March 6, 2010

KE MANA HALA TUJU SELEPAS SPM?

Pasti rakan-rakan lepasan SPM 2009 hanya menghitung hari menunggu keputusan SPM diumumkan pada minggu hadapan. Ada banyak institusi pengajian tinggi yang boleh anda pohon selepas SPM , antaranya ialah:
a) Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
b) Program Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
c) Politeknik atau Kolej Komuniti
d) Institut Pendidikan Guru (IPG)
e) Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
f) Tingkatan Enam

PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Mulai sesi 2000/2001 semua program Matrikulasi kecuali UIAM, Asasi Sains UM dan Asasi Undang-Undang KPTM telah dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Program matrikulasi ini merupakan satu program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan SPM untuk mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di IPTA. Tempoh pengajian akan mengambil masa dua semester atau setahun.Kurikulum program ini menitikberatkan kecemerlangan yang seimbang antara bidang akademik dan juga kokorikulum. Semua pelajar akan melalui kaedah penilaian dan sukatan pelajaran yang sama. Pemilihan ke universiti hanya akan dibuat selepas lulus program matrikulasi. Program matrikulasi ini menawarkan tiga aliran iaitu sains hayat,sains fizikal dan perakaunan. Penempatan pelajar akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengambilan pelajar dibuat sekali setahun iaitu pada bulan Mei. Dengan ini, pelajar yang berjaya boleh memulakan pengajiannya pada semester pertama berikutnya di IPTA.


PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM ANJURAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Semua urusan pengambilan pelajar diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP IPT). Dahulunya, bahagian ini dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU). Antara institut yang terlibat ialah:
a) Universiti Malaya (UM)
b) Universiti Putra Malaysia (UPM)
c) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
d) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
e) Universiti Teknologi MARA (UiTM)
f) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
g) Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
h) Universiti Malaysia Pahang (UMP)
i) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
j) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

i. Pemohon mestilah memenuhi syarat minimum bidang pengajian yang dipohon.
ii. Program berikut hanya dikhaskan untuk bumiputera sahaja iaitu semua program asasi di UIAM dan UiTM.
iii. Program berikut terbuka kepada bumiputera dan bukan bumiputera:
a) Semua program pengajian diploma di UPM,UTM,UTHM,UMT, dan UMP.
b) Semua program Asasi Pengajian Islam di UM.
c) Semua program pra ijazah sarjana muda TESL dan praijazah sarjana muda Sains (Matematik, Fizik,Kimia,Biologi) oleh Bahagian Pendidikan Guru
d) Semua program Tamhidi di USIM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...